They're exist. A soul who've been hurt so many times, but have always choose to be kind. A pure soul with delicate heart. Who is in pain and will never allowed anyone to feel the same suffers as they'd been facing it, before. They're soft and tender. They, are; exist. And always still. -Laila.
Disclaimer: segala2 yang tertulis hanyalah karangan dan imaginasi. cerita ini masih bukan tentang anda atau sesiapa pun.
Warning triggered: Self harming, suicidal thoughts and suicide attempt, murder, abused, mental health, and sexual harrasment.
Untuk jiwa yang sedang bersedih, kecewa, sakit dan kosong; jiwa yang tidak akan menceritakan kesedihannya kepada sesiapa pun.
Tidak mengapa. :)
Kamu tidak seorang. *Pelukkuat-kuat.
Dan seperti biasa, aku menulis untuk mereka yang mahu baca. Bagi sesiapa yang baru sahaja menjengah cerita yang ini, lemme tell you. Baca dulu part 1 dan 2.
Pergi dekat box tepi ni yang atasnya ada nama 'tales here'. Scroll sikit tajuk dalam box tu. Pergi dekat 2021. Bulan Julai. Ada midnight-tales tajuk darkside (1) and (2). Baca yang itu dulu. Baru baca yang ke tiga ni.
I know, I know. There's so much gap between the date. Ahahahah. Sorry for that. I akan usaha lagi. So, to be short untuk baca part sebelum ini;
Go to the box 'tales here' ---> scroll a bit. ---> 2021 ---> Julai ---> midnight-tales: Darkside (1) and (2)
Okay, leshgo.
Btw, welcome back to our midnight storyyyyy <3
"May your nights be quite and your days be bright."✨
---
Darkside (3)
"While we're still young and fearless."
Sepasang karbon yang berwarna amber itu Rumi tatap, cantik. Macam orangnya juga. Ehhh?
"You're always here."
Sasha tersengih kecil sambil mengangguk sederhana, "I am. I always am."
"Thank you."
"???" Sasha berkerut mendengar ucapan terima kasih yang tiba-tiba itu. "For all the roses before."
Sasha pandang Rumi tanpa berkedip. Macam mana Rumi boleh perasan? Sasha rasa, dia sering letak bunga itu sewaktu keramaian. Bermakna, tidak harus diperasankan oleh Rumi yang sememangnya menjadi tumpuan.
"Sama-sama, Rumi." Mereka sambung diam. Sasha masih lagi sibuk menyiat batang bunga ros untuk membersihkan duri tersebut.
"Why?"
Sasha yang hampir selesai dengan kerjanya menoleh. "Hmm?"
"Kenapa buang duri tu?"
"Because it will hurt you when you touched it recklessly nanti. Sebab I kan letak dalam bekas duit tu. Nanti kalau you terpegang batang berduri tu, your fingers will be bleed. Nanti macam mana nak main biola lagi? I mean, your fingers will get hurt. Like- you will get hurt. And no, tak susah pun." Panjang lebar jawapan Sasha. Sebenarnya, Sasha pun tak tahu nak susun ayat macam mana.
Tapi tak apa, Rumi mengerti.
Rumi rasa macam lucu dan comel. Dia tergelak sederhana. Sasha berkerut tetapi malas mahu bertanya asbab Rumi tergelak.
Lantak kau lah sana.
Tapi sejujurnya, Sasha rasa suka bila dia menjadi tumpuan Rumi. Rumi, seorang manusia yang sering menjadi tumpuan ketika membuat persembahan biolanya.
"Tapi Sasha..,"
"Yess?"
"Yang settlekan bekas duit tu bukan saya. Kawan saya. So, kalau awak biar je duri tu pun, takpe. Tak payah susahkan diri nak buang semua tu." Tipu. Rumi tipu.
"I don't wanna hurt anyone. I don't wanna be a reason for someone's pain."
"Why? I mean, maksudnya?"
"Duri bunga rose ni sakit tau. I dah selalu kena. Cuba bayangkan jari kawan you sakit sebab I malas nak buang duri bunga rose ni? I punca. I don't want that. I don't wanna feel guilty. That will hurt me more. I'll be broken because of that, Rumi." Rumi tersenyum mendengar balasan Sasha.
My little overthinker.
Sometimes, it's okay to be an overthinker. But, when it's too much-- it's not good for your own healthy. And that is not okay for you.
Namun, bagi Rumi- "Unic."
Manusia yang berjiwa hamba ini unik. Ketika mereka merasa sakit disebabkan sesuatu. Nilai manusia yang ada dalam diri mereka serta-merta memberi isyarat supaya mereka harus ada rasa tanggungjawab untuk mengelakkan orang lain dari merasai sakit yang sama.
Sangat beruntunglah bagi manusia yang mampu merasa sakit. Kerana mereka sedang belajar cara menjadi empati daripada takdir mereka.
Hidup.
Hidup ini susah. Tidak ada hidup yang senang.
Dan yang dapat melaluinya tanpa mencacatkan sisi cinta dan lembut dari diri mereka, adalah manusia-manusia yang mampu berdamai dengan takdir.
Maka, berdamailah dengan takdir.
Pemahaman terhadap rasa sakit itu membuatkan mereka lebih prihatin tentang hal yang wujud disekeliling mereka. Hidup ini harmoni sebenarnya apabila sense kita sangat peka dengan keadaan sekeliling. Nilai manusia itu akan terbentuk dengan sendiri.
Bagi orang-orang yang berfikir.
Apatahlagi ketika kita meluruskan pandang pada hal yang tak nampak dek mata. Contohnya macam keadaan mental seseorang. (Tiber)
"Hmm?" Sasha kurang jelas dengan percakapan Rumi tadi. Rumi pun, bercakap macam sedang mumbling sahaja. Cubalah jelas sikit.
"No. Nothing. Eheh."
"Dah siap." Kini, Sasha sudah siap 'mengerjakan' batang bunga rose itu sepenuhnya. Dia pandang Rumi sambil tersenyum, "alang-alang you ada depan mata I."
Rumi membalas pandang Sasha.
"Nahh!" Huluran Sasha dipandang sepi.
Rumi bingkas bangun, "Kasi saya masa saya dah habis perfomance nanti." Kakinya mencari langkah untuk pergi ke tapak persembahannya, "Like- right on my hands!"
"Saya pergi dulu, Sha. Jangan lupa bagi bunga tu dekat saya!" Sempat Rumi berhenti seketika,
"I mean, on my hand!" dan zaaaaaaaap!
Rumi telah selamat ditelan kesesakan di dalam keramaian buat seketika sebelum sampai ke destinasinya. Sasha tak mampu berkata apa-apa. Langkah dan kata-kata Rumi terlalu laju untuk dia potong. Hilang terus daripada pandangan mata.
Rumi itu apa? Ada keturunan Flash ke? Atau Bionik? Atau sejenis mutan yang sudah mencapai tahap matang untuk bermutasi macam dalam cerita x-men? Ehh?
Nevertheless, dia dapat dengar dengan jelas permintaan Rumi tadi.
Sasha tersenyum sendiri. Perutnya terasa macam ada rama-rama terbang sini-sana. Dadanya disentuh,
"Apa benda ni?"
Lalu dia tergeleng sendiri.
Expect less, Sasha. Expect less.
Sasha duduk bertinggir di atas banch batu yang tersedia di situ. Tempat itu memang selalu menjadi titik kegemarannya apabila menonton persembahan biola Rumi. Maklumlah, sedar diri sendiri yang tak tinggi mana. Kalau menyelit ditengah keramaian, mampus tak nampak apa. Itu satu, kalau bersesak dan ditolak? Hurm..., selamat jalan romeolah namanya. Entah-entah romoeo pun tak berjalan nanti.
Lagipun, kedudukannya tidaklah begitu jauh dengan persembahan Rumi. Masih nampak dengan jelas. Di atas banch batu tersebut, dia berdiri. Pandangan Sasha terpicing lurus ke arah Rumi yang sedang bersedia memegang biola.
Kepala Rumi elok terlentok pada biolanya. Sisi dagu Rumi kemas terletak pada bahagian chinrest biola.
Ketika itu, dia sudah mula teruja. Selajur, gesekan pertama digesek oleh Rumi pada tali-tali halus yang ada di permukaan biola tersebut. Gerakan dan tarian yang tergesek itu, Sasha nikmati adunan ritmanya.
Ahhh, indah.
Mata Sasha sedikit terpejam buat sementara waktu. Setiap melodi yang berirama, dia hayati sesungguhnya. Rasa seperti dirinya diperhatikan, Sasha kembali membuka mata. Sepasang karbon amber milik Sasha bertemu pasangan sempurna karbon coklat milik Rumi yang sedang bermain biola itu.
Satu saat, dua saat, tiga saat dan...,
Magis.
Sasha tersenyum perlahan. Dan Rumi masih meneruskan gesekan. Rasa sederhana yang bercambah dalam jiwa, tiba-tiba mencengkamkan sempurna paling dalam. Entahlah.
Mereka sama-sama terbuai. Pada irama yang tergesek dengan simfoni rasa.
Simfoni cinta.
"God, is this love?" Hati Sasha berdetik mesra. Tuhan..., Masih adakah di dunia ini;- cinta dan rasa suam untuk manusia serumit aku?
Susah. Entah kenapa dia masih bermonolog seolah dia masih mempercayai Tuhan. Sasha seorang atheist. Tapi Sasha sedar, jauh di sudut hati yang paling dasar dan paling tenggelam. Intuisinya melagukan rentak untuk bergantung pada sesuatu.
Sesuatu yang dia boleh percaya. Sesuatu yang kekal. Sampai bila-bila. Sesuatu yang boleh menjadi tempat dia bersandar. Sampai hujung nyawa.
Bukan manusia. Manusia akan mati. Dia mahu sesuatu yang kekal.
Mungkin, sampai selepas mati. Kerana sungguh, jiwa gadis itu sudah semakin lelah. Lelah pada dunia yang sering mengkhianatinya. Lelah pada setiap sakit yang tiada penghujungnya.
Normalisasi hidupnya terlalu catastrophic. How pathetic it is to be said like this. But- it is, what it is.
Yeah, it is what it is.
Sasha sudah penat. Sungguh.
Khayalannya terputus tiba-tiba. Sasha memang kuat termenung. Selalu sangat zoned-out. Matanya kembali tertancap pada Rumi. Gesekan pada tali masih berirama. Entah, sudah lagu yang ketiga barangkali.
Sesekali, tumpuan Sasha beralih pada sosok Rumi yang kelihatan begitu charming. Wajah lelaki asia itu kelihatan sangat pure maskulin. Badannya yang sederhana ketak. Tidak terlalu tinggi tetapi lebih tinggi jika dibandingkan dengan dia.
Kadang-kadang, angin malam yang bertiup merancakkan keindahan pada wajah maskulin Rumi. Tampak sungguh romantis.
Rumi yang sederhana.
Rumi yang indah dengan santunnya.
Rumi yang cantik pada bahasanya.
Rumi yang puitis pada setiap gesekannya.
Rumi yang pandai meromantiskan suasana.
Rumi...,
Lelaki itu masih berada di tengah-tengah perhatian, sedang dengan penuh perhatian mengalunkan melodi untuk setiap gesek-gesek biolanya. Kelopak mata Rumi terbuka.
Dari jauh, dia merenung sepasang karbon milik Sasha. Terasa begitu panjang dan hangat. Sasha yang sedang tersenyum kepadanya sambil memegang sekuntum bunga ros.
Untuknya. Ironik.
Sasha..., wanita yang sangat sesuatu itu.
Sempat Rumi mengenyitkan mata pada Sasha. Terlihat juga mata Sasha yang sedikit membulat. Terkejut barangkali.
Haihh, comel je.
Saat lagu terakhir itu tamat. Maka, tamatlah juga persembahan tepi jalannya pada malam itu. Selepas acara pengutipan wang, Rumi dan rakannya yang lain turut mengemas barangan mereka.
Dari kejauhan, Rumi dapat melihat Sasha datang mendekat. Cara Sasha berjalan pun boleh buat dia rasa yang gadis itu tersangatlah-
Adorable.
Rumi ni, betul-betul tengah angau agaknya. Ahahahah.
"Like always, you never disappoint me." Sasha menegur Rumi. Bunga ros juga turut dia hulur. Dan dia perasan, Rumi sedang elok memerhatikan dia dari awal dia datang mendekati lelaki ini tadi. Dia cuba sedaya boleh tidak blushing. Padahal suka. Ahahahahh.
Rumi menyambut bunga ros tersebut.
"Alhamdulillah, thank you."
Dah agak. Rumi seorang muslim. Sasha tersenyum. Kagum sedikit dengan orang muslim yang sering meletakkan Tuhan dalam aktiviti hariannya. Terasa seperti tempat bergantung harap itu selalu ada.
Islam ni, unik. Kan?
Unik yang adorable.
Rumi menyeluk poket seluarnya, sepucuk surat yang saiznya sederhana- dia keluarkan. Renyuk sedikit, tapi takpelah.
Rumi hulurkan sepucuk surat untuk Sasha. "Baca nanti, bila you dah dekat rumah. Okay?"
Sasha menyambut huluran itu sambil mengangguk. Dia tersenyum membalas pandangan redup milik Rumi.
Rumi yang penampilannya sederhana, tetapi kacak pada penglihatan Sasha. Haihhh kalau hati dah suka. Semuanya terasa attractive pada pandangan mata.
Ahahahahh.
"I balik dulu, Rumi."
"Jaga diri you, Sha." Sasha tergamam seketika. Terharu sedikit. Sebelum ni, mana pernah ada orang 'care' pasal dia.
Tak pernah.
Dia mengangguk perlahan. "I will. You too, be safe."
Sasha mula menapak untuk mengambil basikalnya dan pulang. Tapi dia tidak gembira untuk pulang.
'when home isn't a home.'
"Yelah, crush dah notice. Mana nak ingat kitorang dah. Kann." Ray mematikan lamunan Rumi.
Kemain budak si Rumi ni. Jauh dia mengelamun sambil pegang bunga ros yang crush dia kasi tadi. Dah macam nak tembus dia lamunkan si bunga itu. Pula tu, sambil tersenyum. Angau betul nampaknya si Rumi ni.
Parahhhh.
"Ermm, tulah. Siap main balas-balas surat lagi." Sampuk Omar pula.
"Member dah tangkap cintun, yallll!!" Rayenambah.
"Diamlah, babi." Rumi tak marah pun sebenarnya.
"Di babi kannya kita ni, Mar. Jahaaaat molot tu." Ray tiru suara Sajat! Ahahahahhh.
Rumi tergelak. Bodohnya lahai perangai kawan-kawan dia ni. Tak pernahnya nak serious. Tapi itulah, penyeri hidup. Kalau tak ada mereka, entah mungkin kurang seri hidupnya.
"Dah, jomlah kemas. Nak balik." Ajak Rumi.
"Ehh, awal?" Omar bertanya. Biasanya mereka akan lepak dulu.
"Aku belum solat isyak, gila. Ni kalau mak aku tahu, mampos aku."
Omar gelak kecil. Ray juga. Mereka, walaupun bukanlah orang-orang yang beriman. Bahkan bukan orang baik pun. Sudahlah tidak baik, nakal pula tu.
Tapi solat tidak pernah mereka tinggal.
Stay halal bestieeeqqq.
Bunga ros yang masih ada di tangan, Rumi simpan elok-elok di dalam begnya. Aihh, crush bagi ni. Mana boleh tak jaga.
Ahahahahh
-bersambung

Gracias!