Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Forgive or forget. (??)

Selasa, 27 November 2018



Bismillah,
Salam gais. Aloha! 
So, geng. 

Dalam hidup ni, kita memang akan dipertemukan dengan banyaaaaaak manusia. 
Dan macam macam jenis manusia.
Baik dari segi perangainya, rupanya, bahasanya, budayanya, agamanya, lifestylenya, dan lain lain.
Termasuklah dengan manusia yang bakal atau mungkin dah berjaya buat hati kita sakit kecewa. 

Dikhianati?

Ya, barangkali juga di sebabkan hal hal macam tu. Kan?

Erm, so gais. Tujuan aku mencatat hari ni adalah kerana sebab (tolong jangan masukkan tiga perkataan yang aku boldkan tu dalam satu ayat masa buat karangan bm ya, adik adik. Tu hakak saje je)

Semalam, ada orang tanya aku.
"Macam mana nak hilangkan rasa benci dekat kawan?"


Macam ni, dalam hidup ni.
Segala yang berkaitan dengan perasaan tu, adalah fitrah.
Termasuklah jugak perasaan benci. Clear?
Yang jadi point dan wajiiiib jadi keutamaan adalah,

"how we handle it?" 

Yess, itu yang patut di ketengahkan, di kekanankan, di kekirikan, di kehadapankan dan jangan di kebelakangkan. Ehhhh (?) ~melawak je.
Sebelum aku pergi lebih jauh dan far (??). Aku nak korang tahu. Islam ni, canggihnya dia adalah pada hal hal berkaitan pengurusan soal hati dan perasaan. Serious. Aku tak tipu.
Islam ajar kita, benci pada perbuatan seseorang. Maka, bila perbuatan tu dah takde pada diri seseorang yang kita benci sebab perbuatan dia yang menyebalkan tu, rasa benci tu kena hilang jugak. Faham?
Ke nak aku bagi contoh? Takpe, tak susahkan aku pun, biar aku bagi contoh dan terangkan. Takpe, tak susah pun. Ehh (?) 

Contohlah, ada sorang hamba Allah ni. Kau rasa macam setiap kali tengok dia, mesti dahi kau berkerut. Bukan pelik, tapi kau rasa meluat. Rasa tak nak tengok muka dia. Rasa macam; "something went wrong with her/his brain"  (hahah, jahatnya aku)
Tapi ni just CONTOH. Tahu? Ke nak aku suapkan sup tahu? Hahaha, gurau lagi.

Okey, sambung.

Kita rasa benci tengok dia sebab perangai dia yang gedik semacam. Ehhh, bukan semacam gediknya, tapi dah bermacam-macam dah.
Then, once bila dia dah berubah. Maka rasa benci kau terhadap dia pun totally hilang. Tanpa kau ungkit diri dia yang dulu macam mana. Kau berkawan dengan dia.
Bahkan yang aku katakan cara pengurusan yang Islam ajar tu canggih adalah,
Kita diajar, apabila benci seseorang. Kita kena usaha untuk buang rasa benci tu. Dengan cara? Kita ajak dia buat benda baik. Nasihatkan dia.
Ajak, ajak, nasihat dan nasihat sampai dia berubah (in shaa allah).

Okey, ni masalah benci yang pertama.
Macam yang korang dan aku sendiri tahu. Hadirnya rasa benci ni, ada banyak asbab. Dan asbab kedua yang paaaaaaaaaaaaaaaling femes ialah;
Apabila kita dikecewa.
Kita akan benci orang yang kecewakan kita. An?
Yup, itu perkara biasa. Dan itu memang selayaknya kita rasa bila diperlaku sedemikian. An? Kalau kita tak de langsung rasa sedih, kecewa yang akhirnya mendatangkan benci tu. Tu bukan manusia lah namanya. Mungkin robot atau kayu? ~tak, aku serious. Mana ada manusia yang takde perasaan? Kan?
Gais, satu satunya cara untuk kau hilangkan rasa benci pada irang yang buat sebegitu adalah dengan cara;

Kau forgive and accept.

Sebab kita ni, geng. Memang tak mampu nak 'forgive and forget.'

Kita manusia.
Memang Allah jadikan manusia macam ni.
Mudah menyimpan, dan sukar melupakan. Kadang sampai tahap, tak mampu nak lupakan. Yess, itu manusia. Dan kita memang manusia biasa.
Allah tak jahat, in fact; Allah baik sangat.
Bukan saja saja Allah jadikan kita macam ni. Ada sebab. Dan sebabnya memang terlampau berguna untuk kita.

Kenapa?

Sebab, dengan cara kita sukar nak lupakan sesuatu buruk yang terjadi tulah; kita belajar dan lebih berhati-hati selepasnya. 

Try to forgive and accept.

Terima dengan hati yang terbuka, tetapi berhati-hati. Supaya kau tak masuk dalam kecewa dam sakit yang sama, atau lebih teruk dari sebelumnya.  Okey, geng? ❤
Sampai sini dulu catatan aku.

As human, geng.
Aku saaaayaang korang.

So, aku tanak korang terus terseksa atau menyeksa diri dengan cara membenci manusia lain.
Serious geng, kita takkan bahagia dengan cara membenci.
Maafkan, Terima tapi jangan sampai masuk dalam kecewa yang sama atau lagi teruk.
Aku yakin, korang boleh 

So, try.  Okey?
Bhaiii ❤
-Laila, 2018

2 ulasan:

  1. Part "Allah baik gila" tu nampak macam kurang sesuai digunakan utk menyifatkan kebaikan2-Nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks! nanti saya baikkan lagi cara penulisan saya.

      Padam