Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

What? Buku????

Selasa, 29 Disember 2020

 "Korang suka baca buku tak?" 


Jadi, saya teringatlah something yang happened  tak lama hari tu. Tetapi sebelum tu, saya nak share something. 

I am a person who loves to read. Book, article and so on.


I read a book. All genre.  

(any) -Tales

Romance, 

Love,

Sweet,

Fantasy,

Epic, 

Thriller,

Dark-fantasy, 

Historical-fantasy,

Buku2 sejarah yang fakta,

Buku2 pengalaman hidup orang, 

Buku2 tentang travelogue orang pergi travel, 

Buku2 kerohanian atau keagamaan, 

Buku2 puisi, 

Buku bahasa inggeris, buku bahasa melayu, bahasa indonesia selagi tulisan tu adalah dengan menggunakan bahasa yang saya fahami; saya baca. 

school-book (Ofkoslah, kalau tak baca nanti bodoh). 

Saya juga suka baca manhwa. (komik; online atau buku, kalau kena dengan selera saya; saya baca.) 


Di dalam bilik saya, ada tiga kawasan yang digunakan hanya untuk meletakkan buku. Buku untuk study dan buku2 yang saya suka baca. Saya bukanlah fanatik, tetapi..., hobi kan? 


Bezanya saya, saya tidak gemar membaca buku yang orang lain suruh atau suggest pada saya dengan cara yang saya tidak suka. Contoh? 

orang itu tahu saya suka baca novel, tetapi dia kata macam ni; 

"weyh, daripada kau baca novel tak bermanfaat tu; baik kau baca buku ni. At least terisi juga dada kau tu

what? 


really? 


Saya memang bukan penulis, saya cuma pembaca. Tetapi saya tak suka kalau ada orang lain merendahkan buku2 yang saya baca. Seolah-olah nak cakap, "Saya tak pandai cari buku yang bagus2 untuk dijadikan bahan bacaan." 


WOW.


Dalam setiap pembacaan, akan ada sesuatu yang penulis tu nak sampaikan. Dan saya percaya benda tu. Kerana tulisan adalah seni. 


Dan amat tidak layaklah bagi seorang pembaca untuk kata 'buku ini lebih bagus' daripada novel itu hanya kerana buku itu lebih banyak fakta. Ada beza. 


Ada beza, buku yang kita baca untuk kita telaah untuk fahami dengan buku yang kita hanya baca untuk rasa. Ada beza. 


Persamaannya, perasaan yang kita bawa untuk baca buku2 itu sahaja. 


(Bila kau baca buku tak kisahlah bahasa apa pun yang penting kau faham):

Bila kau baca buku novel atau puisi, kau faham tanpa perlu kau telaah sebab benda itu sangat mudah untuk kau selami. Dia bawa kau berimaginasi dan bawa kau faham perasaan yang sepatutnya wujud dalam hati. Olahan ayat yang digunakan rasa seronok dan buat kita rasa kita ada dalam cerita itu. Sesetengah novel adalah untuk hiburan. 

tetapi, ada novel yang akan buat kau rasa nak tahu tentang 'sesuatu' yang mungkin itu adalah kali pertama kau baru tahu tentang 'sesuatu' itu. Dan dalam tak sedar, kau sendiri cuba kaji tentang benda tu. (Perkara ni aku pernah alami semasa aku baca novel daripada penulis2 yang aku anggap wow). 


Berbanding bila kau baca kitab2 hadis imam bukhari, hadis matan arba'in, hadith thulasa, kitab2 macam tanbihul ghafilin, kitab2 tafsir surah yang bukunya berjilid2 tu, atau senangnya buku fakta2 tentang agama. Yang kau sendiri perlu telaah. supaya kau boleh faham dengan jelas. 

Atau buku2 sekolah yang patut kau study. 


Mana boleh kau samakan buku2 yang perlu kau study supaya kau faham dengan buku2 novel yang memang ada jalan cerita dan kau boleh faham dan selam perasaan sendiri bila kau baca. 


Mana boleh. 


Walaupun kedua-duanya adalah buku, tetapi perbandingan itu sangat tidak adil. 


Kalau kau nak bandingkan juga, lebih kau baca quran sahaja hari2. Kan dalam al-quran dah lengkap semua? Al-quran juga kitab. Sebuah bahan bacaan. 


Tak boleh, kan? 


Sebahagian ayat di dalam quran, bila kita baca terjemahan, kita boleh faham yang cuba disampaikan oleh Allah melalui wahyu2-Nya itu. Sebab kebanyakan ayat quran yang difahami adalah sebenarnya sesuatu yang kita jalani sehari2. 


Dan ada sebahagian besar ayat quran yang bila kita baca; kita bukan setakat kena buka terjemahan, tetapi juga tafsir dan wajib berguru. Contoh? Every verse yang menunjukkan perintah, hukum-hakam, sirah dan yang sama waktu dengannya. 


Ya, ada bezanya. Kan? 

Membaca bahan2 bacaan yang lebih kepada fakta perlu ditelaah dan terkadang wajib berguru. Untuk kau keluarkan something new dari apa yang kau pelajari. Mungkin untuk kau ajar orang lain, atau untuk buat 'sesuatu' yang memberi mudah kepada orang lain. Contohnya, kefahaman. 

kita boleh belajar dan fahamkan orang lain dengan bahasa yang lebih mudah. Itu antara tujuan kau baca bahan2 fakta.

Membaca bahan2 yang lebih kepada cerita buatkan kau nak tahu tentang sesuatu yang disampaikan oleh penulis buku tu. Dan kau cuba faham sesuatu yang dalam cerita2 itu; mesti ada wujud keadaan seperti itu dalam kehidupan ni. 

Sebab ironi kepada seorang penulis, walaupun tak banyak kisahnya; tetapi mesti ada situasi kecil yag dia pernah hadap, telah dia diarykan dalam tulisannya. Walaupun cuma satu perenggan, atau mungkin cuma satu ayat. 


Sebab tu, kita as pembaca (Boleh jadi wakil rakyat, aku ni) 

Tak boleh lah nak bandingkan semua buku yang kita baca. Kalaupun kau perasan, "buku ni lebih elok daripada buku yang tu" 

Simpan sorang-sorang, tak perlu cakap dekat orang lain. Selagi buku tu tak datangkan mudarat kepada mental, akidah, perasaan muslim yang lain. Tak perlu canang keburukan buku tu pada orang lain. Atau cerita keburukan penulis buku tu seolah-olah kau kenal sangat penulis tu. 


Kalau kau tak mahu baca, jadi tak payah baca. Jangan halang rezeki penulis tu dengan cara kau canang keburukan tulisan dia pada pembaca lain. Boleh jadi, cuma kau sorang rasa macm tu. Boleh jadi, pembaca lain meluat tengok kau bersuara macam keldai. Tak ada sebarang manfaat pun. Sumpah, takde. 

Pembaca, membacalah dengan matang. 

Membacalah dan cuba untuk faham. (Macam saya kata tadi, faham tak semestinya kita kena telaah, faham pun maksudnya kita cuba sedar yang dalam dunia ni; tak mustahil situasi dalam novel yang kita baca tu; tak wujud.)


"Dalam tulisan itu, ada diary hidup seseorang." 


ada walaupun hanya secebis. 

ada, walaupun cuma seperca. 

ada. 

dan memang ada. 


Cuba faham.

Ini tidak, baca asyik nak cari kesalahan je. Tak faham aku. Dari dulu, sampai sekarang; bila aku baca buku..., aku akan elak sesuatu. 


Sesuatu yang, 'ohh, aku kenal penulis ni' sebab tu aku baca buku dia. 

Atau sesuatu yang, aku rasa..., aku baca buku ni sebab aku suka dekat penulisnya. (Suka bukanlah macam kau jatuh cinta, tapi nak katanya macam aku baca buku ni sebab aku tertarik pada penulis tu dan cuba jadi macam dia) 


setiap kali baca buku ya, anak2. aku akan berperang dengan perasaan macam tu. ahahahah, pelik kan? Tetapi ia wujud dalam situasi hidup aku sebagai pembaca. 


Sebab, bila aku decide nak baca satu buku sebab aku suka atau tertarik kepada penulisnya; aku bukannya 'sedang betul2 membaca' sebenarnya, aku lebih kepada nak support penulis tu berbanding mencari kebaikan dalam setiap tulisan yang dia tulis. 

Aku takut bila benda tu jadi, aku akan deny tulisan penulis lain bila mereka bercakap tentang sesuatu yang bercanggah dengan penulis yang aku favorito kan tadi. Jadi benda ini sangat bahaya untuk aku. 


Dulu, aku pernah jadi begitu. (Saya bercerita berdasarkan pengalaman, ya anak2 sekalian) 


dan benda itu sangat tidak bagus untuk kesihatan rohani. 

Sebab, benda tu buat aku rasa semua benda pasal penulis tu adalah betul dan aku telan bulat2 padahal sebenarnya, tak. Harus sadar ya, penulis juga adalah manusia. 


Ada satu tulisannya yang buat kau rasa terbuka tentang memahami sesuatu; tidak semestinya penulis itu betul untuk semua keadaan. sebab? 


Mereka juga manusia, pada akhirnya. 

Yang akan ada salah, yang berhak untuk menerima kemaafan dan yang ada hak untuk memperbetulkan kesilapan. 


Akhir kata,

Jadilah pembaca yang matang. (Aku rasa nak gelak bila baca ni, tapi memang ini yang aku cuba nak sampaikan). 


With du'a, 

-Laila.

Home.

Jumaat, 11 Disember 2020

 Home. 

"Are you sure that you really have a home?" 


    Hye, there. Aku minta maaf untuk mengecewakan anda sedikit. Tetapi posting kali ini bukan sambungan cerpen Al-hub. Dan sebelum aku go any further, I would like to remind you something. Tulisan aku kali ini mungkin agak panjang. 

    Mungkin. 

    But I ensure; you will never regret for reading this, In shaa Allah. 


    Jadi, macam biasalah. Aku akan bercerita dan 'sedikit' membebel.

    Baru-baru ini, aku ada tengok satu video di Youtube (Ofkos bukan pasal isu viral baru2 ni pasal pendakwah Malaysia.) 


Ini pasal benda lain.

    Something more important than that.  no, Most. 


    Most important.


Ingat tak, entri aku pada bulan februari haritu? (tajuk Jannah-mate )Aku tahu korang dah lupa. Tapi tak apa, aku cuma nak recap semula satu ayat dalam entri tu. Yang mana ayat berbuni lebih kurang camni; 

"Mereka yang zalim adalah mereka yang menembunyikan kebenaran." 


    

    Ada dua entri aku yang aku cerita tentang sesuatu yang aku dapat daripada bulatan yang kebanyakan panggil Usrah. Entri yang tajuk Jannah mate tu, dan lagi satu Entri yang tajuk Circle-mate. Korang sendiri tahu yang aku bukanlah sejenis yang islamik. Tetapi kau tahu? Aku pun manusia. Bagi aku, manusia ni ada satu sifat yang macam kucing. apa?


Curious. And we want to experience something new. Something that we can't get before. 


    Dan perkara sama terjadi pada aku. I wanna share some garis-masa about my journey. Just a bit.

    Masa umur aku 14 tahun dah nak masuk 15 tahun (Pengakhiran umur 14 tahunlah, maksudnya. ahahaha), aku start memakai pakaian yang menutup aurat. Secara keseluruhan. Bukanlah berniqab (pernah berniat, tapi aku tahu aku tak mampu. Bukan kewangan, it is..., hati. Aku ni lemah kat bahagian hati.) Tetapi cara aku berpakaian lebih elok berbanding aku yang dulu. (baca elok2 ya, aku tak compare kan diri aku dengan sesiapa. aku cuma compare kan diri aku dengan diri aku yang dahulu.)

     Mungkin tak layak untuk digelar Icon muslimah, tetapi pada waktu itu aku dah mula menjaga aurat yang patut aku jaga. Before this memang aku tahu, tapi tulah kan..., nafs is really make me sick. 


    Masa umur aku 15 tahun, Allah pertemukan aku dengan seorang kawan. Yang aku rasa..., banyak ubah aku. Waktu umur ni, aku rasa aku sangat membosankan. Waktu ini aku addicted untuk baca buku2 motivasi. yang sentap2 tu an.. Ahahahah. Aku start suka menulis berkaitan hal2 yang islamik2 tu. Tetapi aku tahu, keseronokan aku tu bukan keseronokan sebenar. Aku jujur, waktu itu..., aku cuma suka bila aku tengok kawan aku suka baca apa yang aku tulis. 

    Masa Umur aku 15 tahun tu lah aku start tulis cerpen. Tulis tangan je. Lepastu bagi kengkawan baca. Sometimes, aku tulis benda2 yang sangat islamik. Aku tak tahu apa yang buat aku suka. tapi bila aku ingat balik...., *aku rasa macam nak tumbuk2 diri aku yang ini. 

    Aku siap buat grup wassap lagi weh. konon2 islamik sangatlah tu agaknya. Kat situ, aku terbabit dengan usrah dalam talian. Seronok. Tapi still, aku tak faham apa benda yang buat aku rasa seronok. am I really seronok? idk,


    Masa umur aku 16 tahun, kawan aku start ajak aku pi usrah. Of course, even aku tak tahu apa fungsi aku pergi usrah. Tapi sebab aku tahu benda tu baik, aku just ikut. And yup. I enjoy every moment when I'm in there with them. Cuma tulah, aku masih tak faham keseronokan apa yang aku dapat. Is it when I'm just can laugh in that circle or when I got some 'ilm?  Aku mention ea badan dakwah tu? Nama Ngo tu, Kpij (Kesatuan Pelajar Islam Johor) Usrah ini bercampur lelaki perempuan. *aku bukan nak promote kay? Tapi kalau kau nak tahu cawangan dia ada di semua negeri. Dan lepas tu ikut nama negeri masing2 lah (If ada ahli Kpij yang baca post ini, dan jika info saya tersalah; mohon betulkan di comment ya?) 

    Oh ya, saya bukan ahli aktif. Saya cuma join bila saya rasa saya free dan terasa nak join. Bukan salah badan dakwah itu, bukan. Tetapi saya yang masih tak faham apa fungsi saya pergi usrah. So, salah saya yang tak bagi komitmen. Kadang-kadang sebab saya ego. Saya rasa isi2 usrah mereka adalah sesuatu yang sangat common. Saya dah tahu, so saya dengan ego saya yang fikir 'dah tahu, buat apa nak ambik  tahu lagi?' boleh pergi jahannam dengan pemikiran saya pada waktu itu. sepatutnya, even dah tahu pun; saya tetap kena pergi sebab..., cara orang memanang sesuatu isu tu lain. Tapi tulah, ego kan? Mungkin boleh juga nak kata yang saya pada waktu itu juga sombong. Bila fikir balik, aku rasa berdosa iler, sumpah. 

     Aku bukanlah penghafaz al-quran. Aku tak fasih al-quran. (tapi membaca tu, tahulah. Aku tak buta huruf) Aku cuma.., aku nak sesuatu yang aku patut dapat dari quran tu. Aku nak..., aku nakkan kefahaman. Faham tak? Kefahaman pada al-quran ni bukanlah cuma bila kau baca quran bahasa arab dan baca ruminya (maknanya) sahaja. If you think like that, So our thoughts were really different. Aku nakkan kefahaman yang lebih lagi. Aku nakkan sesuatu yang boleh tarik aku lagi kuat ke arah Islam ni.

    Saya nak sesuatu yang baru. Sesuatu yang saya belum pernah dapat. Sebab bagi saya, bila kita berusrah kita ada murobbi kita yang kita boleh rujuk. dan saya sangat sure murobbi tu pun pernah experience something more than I did. So, saya nakkan benda itu. ya, saya memang tamak. Dan kebiasannya saya pergi usrah tu sebab kawan saya ajak. Dan ya, sebab saya nak jaga hati kawan saya. (nampak tak kat sini niat aku dah salah. pergi usrah sebab kawan? astaghfirullah.) *jangan jadi macam aku. 

    Saya tahu saya salah, saya minta maaf. *muka kesian (tipikal orang zaman sekarang nak raih simpati)


    (ohh, sebelum tu aku mintak maaf. Aku memang macam ni. kadang2 guna aku. kadang2 guna saya. Bila nak gedik sikit pakai I. Ha..., nak islamik sikit pakai ana-ente. *Tapi belum pernah guna lagi yang ni lah. ahahahah)


    Masa umur aku 17 tahun, aku jauh dari kawan aku. 

    Aku rasa benda ni betul. Bila kau letak pergantungan tu pada sesuatu yang tak kukuh, maka kau akan jatuh. The same thing happened to me. Aku rasa aku jauh sangat dari kebaikan. Tetapi dalam masa yang sama aku nakkan kebaikan tu. Kali ni bukan sebab kawan aku. Tapi memang aku sendiri yang nak. aku rasa, tahun itu adalah tahun kejatuhan aku. Aku rasa macam semua benda going so fast. aku penat. aku rasa terbeban. 

    aku rasa aku dah tersesat. Something worst happened. I'm feeling lonely even when I'm in a crowded room.


    Dan waktu tu..., I'm feeling so drowned. Aku rasa macam tak ada siapa nak tolong aku. I'm feeling like aku dah tenggelam jauh sangat ke dasar. Untill one day, aku terdengar satu ayat quran ni ada sorang qari baca. alahm, biasalah kan nak dekat waktu maghrib dekat tv al-hijrah mesti ada bacaan atau alunan ayat quran. Waktu tu.., dah sampai 4 ayat terakhir dah. Qari tu menangis. Aku yang mendengar ni macam.., eh? apa jadi? 

    Aku baru nak tengok tv tu, tiba2 dah habis siaran tu. Sempat tengok nama surah tu je. So, tak boleh jadi. Aku nak tahu.

    Aku cari nama surah yang qari tu baca. Surah al-fajr. Surah yang ke 89. Empat ayat terakhir 27 hingga 30. Aku tak faham. Aku baca makna. Sedikit yang aku tahu tentang al-quran. Ayat-ayatnya mendamaikan. Ada ayat yang buat hati pembacanya terasa sangat dekat dengan Tuhan. Ada ayat ang buat kita sedar kedudukan kita sebagai hamba. kan? 

    Waktu ni, aku sorang. Aku tak ada kawan untuk rujuk. Banyak benda yang aku minta dekat Allah. Salah satunya, jangan buat aku jauh dari kebaikan. 

    lagi dua bulan nak SPM, Masatu tengah trial. Allah bagi aku jumpa one person. Kalau boleh buat visualnya, masa aku tenggelam tu. Dialah tangan yang cuba tarik aku. Masa aku rasa aku makin jauh dari cahaya, dia yang bawak aku jumpa jalan aku semula. Hacentu. Itu perasaan aku waktu tu. 

    Paling comelnya, aku jumpa dia bukan dekat masjid atau dekat sekolah atau dekat mana2 tampat yang korang expect untuk berjumpa dengan orang-orang Islamik. Tetapi dekat dalam mall. Amazing kan takdir ni? What a beautiful fate. 

    Masa umur aku 18 tahun, aku kenal Islam 'semula.' *what a sarcasm here, semula ni bukanlah sebelum ni aku tak Islam. Cuma... well, aku sedar aku muslim yang belum Islam. 

    or if  I can enlighten again, aku mula kenal tarbiah.

    Aku panggil dia kak Thirah some rakan-rakan usrah aku panggil dia kak eton (Bukan nama sebenar). Bila dah lama kenal, rupanya..., Kak Thirah pun suka menulis. Cuma dia tak ada konfiden nak bagi orang baca, mungkin sebab dia tahu aku ada channel telegram. Dia selalu tanya pendapat aku tentang tulisan dia bila dia dia menulis sesuatu. Satu aku suka sikap orang yang ditarbiah dengan cara islam yang sebenar ini, mereka sangat humble. Even ilmu dia lagi tinggi dari aku, tapi dia tak pernah lokek dan tak pernah berkira. Masa awal perkenalan aku dengan kak Thirah, dia tengah tahun akhir degree: medic. Dan Alhamdulillah, sekarang dah bergelar doktor!!!! Ma shaa Allah. 

    Setiap minggu, dia bawa aku pergi usrah. Kebiasaannya, seminggu sekali. Kali ni, Allah bagi apa yang aku nak. Bermula dengan satu ayat yang dia tadabburkan. Lepastu cara dia kupas ayat yang dia tadabbur tu. lepastu cerita kisah sahabat. dan ...., kak Thirah selalu share pasal ayat2 quran. Tak banyak pun. Kadang2 ayat dekat dalam surah2 juz amma. Kadang2 dia terangkan tentang satu ayat sahaja. Tetapi untuk aku, benda tu..., sangat bermakna. Kau faham tak? Bila kau sebenarnya dapat sesuatu yang kau dah lama gila harapkan. Sesuatu yang isi rasa kosong dalam hati kau. Sesuatu yang dah lama kau hilang. Faham tak perasaan tu? Usrah kali ini, semua perempuan. aku rasa selesa nak share. Aku rasa lebih terjaga. Aku rasa..., aku betul2 seronok. 


    as manusia, tipulah kalau aku kata iman aku terus mencanak naik kan? Ya, ada masa pun..., aku rasa malas nak join usrah. tetapi bila dah sampai dalam bulatan tu, aku rasa macam..., aku tengah berehat. 

    Satu hari, Kak Thirah tanya. 

"Nak tahu tak..., kenapa kena ada usrah?" 

Soalan ni..., soalan aku bertahun dulu yang tak pernah terjawab. Dia kata: 

"Sebab usrah ni, adalah pembinaan iman. tahu tak? Usrah adalah satu2 nya tempat di mana orang-orang beriman berkumpul dan merehatkan diri untuk kembali sejenak ingat kepada Allah."

dia kata lagi, "Sebab dulu, Rasulullah pun memulakan Islam yang pernah takluk 2/3 dunia dengan sebuah bulatan kecil yang dipanggil usrah."

aku tak tahu kenapa tapi aku ada satu sense yang mana aku tersentuh dengan ayat tu. aku rasa berdebar dengar ayat tu.

Ada satu lagi persoalan dia, "Siapa orang2 beriman tu?" 

Dia senyum sebelum menjawab, "Kita." 


And my tears dripping. a lot. 


A-L.O.T

    

    Waktu tu, kawan2 usrah aku bukan dengan umur sebaya aku. Mereka semua kakak2. Semua hebat2. buat aku rasa aku nak belajar betul2. Luaran mereka buat aku rasa macam susah nak percaya yang diorang tu..., entahlah. susah nak explain. Bila first time aku jumpa mereka, aku expect mereka semua mesti macam..., set2 tahfiz, madrasah atau UIA. But, no. Aku salah. Ada macam2. Ada yang engineer. Ada yang Architect. Ada yang bakal peguam syari'ah. Ada yang doktor. Ada yang bakal guru. Ada yang bekerja as lukis peta dalam apps waze tu. Ada yang cuma dari sekolah biasa-biasa je. 

    One day, dia bawa aku jumpa kakak-kakak usrah yang lain. (sahabat-sahabat usrah dia). Dia janji nak bawa aku pergi RI (Rumah Islam). Rumah Islam ni, terisi dengan orang2 yang mahukan tarbiyah tu. Aku adore sangat bila masuk rumah tu. Cara mereka..., buat aku rasa kebaikan tu sangat dekat. They help me to purrifies myself. Dalam RI, ada ramai kakak-kakak yang lagi hebat. Hebat di sini bukan dari segi pendidikan mereka atau kerjaya mereka. Tetapi akhlak mereka. cara mereka persembahkan Islam tu. Cara mereka bawak agama ini. Aku jatuh cinta. 


Mereka dakwahkan aku dengan akhlak mereka. 

Ad-deenul husnul khuluq. (agama itu keindahan budi pekerti).

        Slowly, segala persoalan aku yang aku pernah persoalkan terjawab satu demi satu. 

Pernah tak korang sampai pada satu tahap yang..., korang dah lama persoalkan benda tu. Kadang bertahun. Dan satu hari, Allah bagi korang jawapan. Kadang2 bukan dengan lisan daripada seseorang. tetapi kau dapat tangkap maksud segala situasi yang sedang berlaku di sekeliling kau dan kau tahu itu adalah jawapan kepada persoalan yang pernah kau persoalkan dulu. 


Aku masih ingat setiap kali mula usrah, Kak Thierah akan tanya setiap ahli usrah. 


"Macam mana perasaan semua orang hari ni?" 


Dan setiap kali habis usrah, mesti akan ada round table untuk semua orang bersuara bagi pendapat atau cerita apa yang paling buat dia terkesan sepanjang usrah tu. Lepastu check list mutabaah amal sama2. eiii, seronok! Aku rasa gembira gila setiap kali dapat jumpa mereka. Vibe dalam bulatan usrah tu, lain. 

aku tak tahu nak terangkan macam mana, but yeah.., I love it.

Bila ada masa, dia ajak pergi hiking. Aku suka cara mereka. Kat mana2 pun, sempat dia selitkan cerita2 berkaitan agama. Even masa makan dekat restoran. Berjalan tepi longkang. Masa nak berjogging. Diorang buat aku rasa sangat dekat. Dan aku suka perasaan ni. 

    Aku mula tahu tentang wasilah tarbiah. (Usrah, Katibah, Dawrah, Rehlah, Nadwah, Mukhaiyyam dan Muktamar).

    Setiap hujung bulan, Kak Thierah akan bawa aku pergi dawrah. 


Masa Dawrah pertama aku dapat ayat ni, dari Kak Maryam (Bukan nama sebenar) 

"Maka ketika Allah mahukan kebaikan untuk hamba-Nya, Dia akan berikan kepada hamba-Nya itu kefahaman agama." 


Jujur ya, aku menangis lagi. 


Aku rasa aku tak layak. Aku takut aku tak mampu nak sampaikan Islam ni betul2. Dan aku rasa terpujuk bila Akak-akak tu bagi aku satu ayat quran ni, Surah Taha ayat 4. 

Mereka kata. "Kerana al-quran ini bukan untuk Muhammad seorang. Tetapi untuk kita juga."


They recite me many verse and make me understand. Make me feels no more hopeless.

Kak wani (bukan nama sebenar) pernah kata. "In live, there's a contra. between good and bad. In everthing we do, kita kena sentiasa hati2." 

Aku difahamkan tentang sibghah Allah (Al-baqarah: 138)

Aku didedahkan tentang hadis logam. 

aku didedahkan tentang sejarah Islam. Jatuh dan bangkit Islam. 

aku didedahkan dengan bermacam ilmuan islam yang aku belum pernah dengar namanya.


    Aku didedahkan tentang Syahadah Haq. 

Kak thierah pernah cakap, "Dosa paling besar pada diri kita sendiri adalah apabila kita tak ajak orang lain faham tentang Islam." 


 Aku teringat kata2 kak Dayu (Bukan nama sebenar),

  "Islam tak datang dalam keadaan magic. Ia datang dalam keadaan susah. Islam akan terbangun kalau ada yang membangun. Allah kalau nak menangkan Islam, sekelip mata je Dia boleh buat. Tapi kenapa Allah tak buat? Sebab Allah nak bagi kita peluang letak diri kita dalam cerita ni." 


SEBAB ALLAH NAK BAGI KITA PELUANG UNTUK WUJUD DALAM CERITA NI.


ayat tu sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.


One more thing, aku nak ingatkan. "Bila kau sia-siakan peluang untuk faham agama ni and do something for Islam. Bila kau lengahkan sesuatu yang ramai lagi nak, Bila kau buat tak endah terhadap apa yang kau dapat sekarang. Allah tak rugi. Dia takkan rugi sikit pun. Sebab dia boleh bagi peluang yang kau dapat ni dekat sesiapa yang dia mahu."


tak jealous ke? 


Tak jealous bila Allah tukar tempat kau dengan orang lain? 


Tak jealous? 


bila nak bangun ni? 


Kerana bukan salah seseorang tu bila dia tidak dapat Islam. Tetapi salah orang Islam yang berdiam. 


setiap kali habis daurah, Kami akan ditinggalkan dengan beberapa persoalan. 

"Apa yang kita nak buat untuk islam lepas ni?"

"Dah ready ke nak bangunkan Islam semula?" 




    Jadi, Dua hari lepas. Aku ada tengok video Ustaz Nouman Ali khan dekat YouTube. Tajuk: 4 guided step in the Quran foe self-tranformation

untuk Video yang kali ni, beliau kupas tentang ayat 1 dan 2 dalam surah al-jumu'ah. 

(Aku suggestkan korang tengok video2 beliau. Sebab beliau pun banyak buat research tentang ayat-ayat quran. Dan mudah faham bila tengok cara beliau terangkan ayat quran yang beliau kaji. Beliau pandai bagi pandangan terhadap sesuatu ayat tu. Beliau juga ada share kajian daripada ulama2 yang kaji ayat quran dalam setiap content dalam video channel You Tube beliau.)


video yang ini, beliau cakap tentang 4 nama Allah dalam ayat pertama surah jumu'ah dan 4 tugasan nabi dalam ayat ke dua. 


Nampak macam simple kan? 


Tapi aku terkesan. 

Sebab dia ada cerita, perubahan Islam tu terjadi start nabi mula berdakwah secara sembunyi. Dengan wujudnya seorang lelaki bernama Muhammad SAW. Sepanjang 23 tahun kerja2 dakwah itu dimulakan dan Islam berkembang sampai sekarang. 

Kerana usaha dakwah 23 tahun itulah, kita ada seorang mulim. Kerana kesusahan itu, kita seorang muslim. 


Semalam, 11 haribulan 12. 2020. 

Aku ada usrah, usrah online. Dan Dalam usrah tu, Kak Sophie (bukan nama sebenar) kata, 

once, Islam is just one small puzzle. And Rasulullah kukuhkan tampuk sampai semua umat islam rasa selamat untuk ada di dunia. All the muslims are all feeling like home, once. 

Sebab dulu, semua Khalifah Islam menyayangi umat Islam. Sebabtu mereka sangat jaga umat Islam. mereka jaga Islam.

Sampailah satu masa ketika Turki Uthamaniyah jatuh. Masa pemerintahan last khalifah (Sultan Abdul Hamid). Umat islam kehilangan rumah. 


We lost our home where we should feel safe, feel peace, feel happy. 

Berapa ramai umat Islam dekat dunia ni yang boleh hidup aman, damai, selamat dekat tempat di mana mereka berpijak?


really.

WE LOST OUR HOME. 


kenapa aku kaitkan cerita ni dengan video ustaz nouman ali khan tu? 


Sebab...., 23 tahun yang beliau mentioned tu. 


it's ruined. 


Akak usrah tadi ada share, satu video yang mana diorang pasang satu puzzle yang susah nak buat tu. puzzle yag kecik2 tu. Yang makan masa berhari nak siapkan tu. Diorang pasang puzzle tu, bila dah siap baru aku nampak puzzle tu gambar world maps. besar  weyh. 


kak Sophie kata, "susahkan nak siapakan puzzle ni?" 


"Makan masa berhari" Sambil tangannya mangankat puzzle tu. Mungkin nak tunjuk pada kami. 


"Apa perasaan korang kalau akak hancurkan puzzle ni?" 


dan tiba-tiba...., dia betul2 hancurkan puzzle tu weyhhhh! YA ALLAH. even puzzle tu bukan aku yang buat tapi aku macam tergamam. Weyhhh.., tu usaha berari-hari diorang kut? 


"Marah tak?" 

"Geram?" Tanya dia lagi. 


"Cuba bayangkan perasaan rasullah dan para sahabat usaha 23 tahun mereka nak bangun dan sebarkan Islam ni, Hari ni.... hancur sebab adanya orang-orang yang masih tenggelam dengan dunia macam kita ni"



ohh wau. it's hurt me in my 'meow meow'. (heart)

sakitnya dada aku. sakitnya hati aku. Lagi2 bila diorang tunjuk video macam mana khalifah last kita dibunuh. Aku rasa nak menangis. 


tambah buat aku sesak bila ayat "WE ARE ACTUALLY LOST OUR REAL HOME."

tu terngiang-ngiang dalam telinga aku. 


Rasa berat kan tanggungjawab jadi muslim ni? Macam, "aku betul2 takde masa nak fikir pasal gossip2 tu. aku kena sebarkan Islam ni cepat2. So that semua orang faham tujuan hidup diorang." 


kan?


Bukan setakat you kena laksanakan apa yang wajib, tapi we need to spread about Islam to others. and make them understand. 

cuba tengok orang sekeliling kita. orang terdekat kita. Berapa ramai yang dah faham Islam? 

susah. Susah. Rasa terbeban. 


there, there. 

Cuba buka quran, surah yang ke 61 aat 10 hingga 13. See what allah has offered to us. comel kan cara Allah nak counterback hati kita supaya kita jangan kalah

Dia tahu sifat manusia ni sangat suka 'offer' tu, so that Dia offer kita something big. 


Bersyukurlah, kalau sekarang kau sedang berada dalam bulatan usrah. 'usrah antara pertolongan Allah untuk kau.' 


supaya kita tak jauh dari kebaikan. 


Kak syu (Bukan nama sebenar) pernah pesan, 

"Dakwah ni, kau takkan boleh bawak kalau kau tak letak Allah dalam hati." 


Sebab salah satu cara untuk kita bina rumah kita semula adalah dengan usrah. Fahamkan diri dan orang sekeliling kita tentang Islam. 


quran. Semuanya bermula daripada quran. Perubahan bermula daripada sampainya wahyu pertama. Sebab tu al-quran ni penting. 

kak atik (bukan nama sebenar) dalam usrah minggu lepas, dia pesan "Make sure bila kau baca quran, bukan setakat baca. tapi fahami juga." 


kerana dengan kefahaman tu lah, Islam pernah memayungi 2/3 dunia. (Teringat lagu kartun saladin, tajuk adakah kau lupa. Aku suka betul dengar lagu tu. bila nak study, tapi rasa down. dengar lagu tu auto rasa rajin. Sebab kita dengar dalam masa yang sama kita tahu tentang sejarah Islam dan ada azam untuk do 'something'.) 


So gais, dah ready  ke? 

nak bina dan kukuhkan semula rumah kita?


p/s: Semoga Allah memberkati penghuni-penghuni RI Jannah, RI Ghaza, etc.., Dan semoga Allah menjaga kak eton, kak atik, kak fadh, kak maryam, kak syu, kak minah,  kak Ijat, Kak wani, Kak nurin, Kak Syeril, Kak Bunga dan lain-lain daripada segala keburukan dan fitnah. Semoga Allah permudahkan ahli-ahli usrah katibah Zinnirah dalam semua urusan ibadah dan dakwah mereka. Semoga Allah memberi jalan dan kefahaman kepada Nisa', Arriesa, qiqi, Sya, Dik karmila, dik Syila, Alimah, Izzah, Diana, meyya, qiqish, syahrina, uswah, farehin, azza, Tasha dan Ira. Semoga Allah memberi pertolongan dan ilham kepada pembaca-pembaca yang membaca tulisan ini daripada awal sampai habis, yang baca setengah, yag baca greet sahaja, ang baca perenggan pertama sahaja, yang skip2 baca, atau yang cuma baca tajuk sahaja juga yang cuma scroll sahaja. 


"Alahai, sayang. Kamu sedang dicinta Tuhan." *Wink!


nota kaki:Firstly, maaf untuk segala typo. second, Ada sesiapa di antara awak nak join usrah? 

Laila, 12.12.2020