"Korang suka baca buku tak?"
Jadi, saya teringatlah something yang happened tak lama hari tu. Tetapi sebelum tu, saya nak share something.
I am a person who loves to read. Book, article and so on.
I read a book. All genre.
(any) -Tales
Romance,
Love,
Sweet,
Fantasy,
Epic,
Thriller,
Dark-fantasy,
Historical-fantasy,
Buku2 sejarah yang fakta,
Buku2 pengalaman hidup orang,
Buku2 tentang travelogue orang pergi travel,
Buku2 kerohanian atau keagamaan,
Buku2 puisi,
Buku bahasa inggeris, buku bahasa melayu, bahasa indonesia selagi tulisan tu adalah dengan menggunakan bahasa yang saya fahami; saya baca.
school-book (Ofkoslah, kalau tak baca nanti bodoh).
Saya juga suka baca manhwa. (komik; online atau buku, kalau kena dengan selera saya; saya baca.)
Di dalam bilik saya, ada tiga kawasan yang digunakan hanya untuk meletakkan buku. Buku untuk study dan buku2 yang saya suka baca. Saya bukanlah fanatik, tetapi..., hobi kan?
Bezanya saya, saya tidak gemar membaca buku yang orang lain suruh atau suggest pada saya dengan cara yang saya tidak suka. Contoh?
orang itu tahu saya suka baca novel, tetapi dia kata macam ni;
"weyh, daripada kau baca novel tak bermanfaat tu; baik kau baca buku ni. At least terisi juga dada kau tu"
what?
really?
Saya memang bukan penulis, saya cuma pembaca. Tetapi saya tak suka kalau ada orang lain merendahkan buku2 yang saya baca. Seolah-olah nak cakap, "Saya tak pandai cari buku yang bagus2 untuk dijadikan bahan bacaan."
WOW.
Dalam setiap pembacaan, akan ada sesuatu yang penulis tu nak sampaikan. Dan saya percaya benda tu. Kerana tulisan adalah seni.
Dan amat tidak layaklah bagi seorang pembaca untuk kata 'buku ini lebih bagus' daripada novel itu hanya kerana buku itu lebih banyak fakta. Ada beza.
Ada beza, buku yang kita baca untuk kita telaah untuk fahami dengan buku yang kita hanya baca untuk rasa. Ada beza.
Persamaannya, perasaan yang kita bawa untuk baca buku2 itu sahaja.
(Bila kau baca buku tak kisahlah bahasa apa pun yang penting kau faham):
Bila kau baca buku novel atau puisi, kau faham tanpa perlu kau telaah sebab benda itu sangat mudah untuk kau selami. Dia bawa kau berimaginasi dan bawa kau faham perasaan yang sepatutnya wujud dalam hati. Olahan ayat yang digunakan rasa seronok dan buat kita rasa kita ada dalam cerita itu. Sesetengah novel adalah untuk hiburan.
tetapi, ada novel yang akan buat kau rasa nak tahu tentang 'sesuatu' yang mungkin itu adalah kali pertama kau baru tahu tentang 'sesuatu' itu. Dan dalam tak sedar, kau sendiri cuba kaji tentang benda tu. (Perkara ni aku pernah alami semasa aku baca novel daripada penulis2 yang aku anggap wow).
Berbanding bila kau baca kitab2 hadis imam bukhari, hadis matan arba'in, hadith thulasa, kitab2 macam tanbihul ghafilin, kitab2 tafsir surah yang bukunya berjilid2 tu, atau senangnya buku fakta2 tentang agama. Yang kau sendiri perlu telaah. supaya kau boleh faham dengan jelas.
Atau buku2 sekolah yang patut kau study.
Mana boleh kau samakan buku2 yang perlu kau study supaya kau faham dengan buku2 novel yang memang ada jalan cerita dan kau boleh faham dan selam perasaan sendiri bila kau baca.
Mana boleh.
Walaupun kedua-duanya adalah buku, tetapi perbandingan itu sangat tidak adil.
Kalau kau nak bandingkan juga, lebih kau baca quran sahaja hari2. Kan dalam al-quran dah lengkap semua? Al-quran juga kitab. Sebuah bahan bacaan.
Tak boleh, kan?
Sebahagian ayat di dalam quran, bila kita baca terjemahan, kita boleh faham yang cuba disampaikan oleh Allah melalui wahyu2-Nya itu. Sebab kebanyakan ayat quran yang difahami adalah sebenarnya sesuatu yang kita jalani sehari2.
Dan ada sebahagian besar ayat quran yang bila kita baca; kita bukan setakat kena buka terjemahan, tetapi juga tafsir dan wajib berguru. Contoh? Every verse yang menunjukkan perintah, hukum-hakam, sirah dan yang sama waktu dengannya.
Ya, ada bezanya. Kan?
Membaca bahan2 bacaan yang lebih kepada fakta perlu ditelaah dan terkadang wajib berguru. Untuk kau keluarkan something new dari apa yang kau pelajari. Mungkin untuk kau ajar orang lain, atau untuk buat 'sesuatu' yang memberi mudah kepada orang lain. Contohnya, kefahaman.
kita boleh belajar dan fahamkan orang lain dengan bahasa yang lebih mudah. Itu antara tujuan kau baca bahan2 fakta.
Membaca bahan2 yang lebih kepada cerita buatkan kau nak tahu tentang sesuatu yang disampaikan oleh penulis buku tu. Dan kau cuba faham sesuatu yang dalam cerita2 itu; mesti ada wujud keadaan seperti itu dalam kehidupan ni.
Sebab ironi kepada seorang penulis, walaupun tak banyak kisahnya; tetapi mesti ada situasi kecil yag dia pernah hadap, telah dia diarykan dalam tulisannya. Walaupun cuma satu perenggan, atau mungkin cuma satu ayat.
Sebab tu, kita as pembaca (Boleh jadi wakil rakyat, aku ni)
Tak boleh lah nak bandingkan semua buku yang kita baca. Kalaupun kau perasan, "buku ni lebih elok daripada buku yang tu"
Simpan sorang-sorang, tak perlu cakap dekat orang lain. Selagi buku tu tak datangkan mudarat kepada mental, akidah, perasaan muslim yang lain. Tak perlu canang keburukan buku tu pada orang lain. Atau cerita keburukan penulis buku tu seolah-olah kau kenal sangat penulis tu.
Kalau kau tak mahu baca, jadi tak payah baca. Jangan halang rezeki penulis tu dengan cara kau canang keburukan tulisan dia pada pembaca lain. Boleh jadi, cuma kau sorang rasa macm tu. Boleh jadi, pembaca lain meluat tengok kau bersuara macam keldai. Tak ada sebarang manfaat pun. Sumpah, takde.
Pembaca, membacalah dengan matang.
Membacalah dan cuba untuk faham. (Macam saya kata tadi, faham tak semestinya kita kena telaah, faham pun maksudnya kita cuba sedar yang dalam dunia ni; tak mustahil situasi dalam novel yang kita baca tu; tak wujud.)
"Dalam tulisan itu, ada diary hidup seseorang."
ada walaupun hanya secebis.
ada, walaupun cuma seperca.
ada.
dan memang ada.
Cuba faham.
Ini tidak, baca asyik nak cari kesalahan je. Tak faham aku. Dari dulu, sampai sekarang; bila aku baca buku..., aku akan elak sesuatu.
Sesuatu yang, 'ohh, aku kenal penulis ni' sebab tu aku baca buku dia.
Atau sesuatu yang, aku rasa..., aku baca buku ni sebab aku suka dekat penulisnya. (Suka bukanlah macam kau jatuh cinta, tapi nak katanya macam aku baca buku ni sebab aku tertarik pada penulis tu dan cuba jadi macam dia)
setiap kali baca buku ya, anak2. aku akan berperang dengan perasaan macam tu. ahahahah, pelik kan? Tetapi ia wujud dalam situasi hidup aku sebagai pembaca.
Sebab, bila aku decide nak baca satu buku sebab aku suka atau tertarik kepada penulisnya; aku bukannya 'sedang betul2 membaca' sebenarnya, aku lebih kepada nak support penulis tu berbanding mencari kebaikan dalam setiap tulisan yang dia tulis.
Aku takut bila benda tu jadi, aku akan deny tulisan penulis lain bila mereka bercakap tentang sesuatu yang bercanggah dengan penulis yang aku favorito kan tadi. Jadi benda ini sangat bahaya untuk aku.
Dulu, aku pernah jadi begitu. (Saya bercerita berdasarkan pengalaman, ya anak2 sekalian)
dan benda itu sangat tidak bagus untuk kesihatan rohani.
Sebab, benda tu buat aku rasa semua benda pasal penulis tu adalah betul dan aku telan bulat2 padahal sebenarnya, tak. Harus sadar ya, penulis juga adalah manusia.
Ada satu tulisannya yang buat kau rasa terbuka tentang memahami sesuatu; tidak semestinya penulis itu betul untuk semua keadaan. sebab?
Mereka juga manusia, pada akhirnya.
Yang akan ada salah, yang berhak untuk menerima kemaafan dan yang ada hak untuk memperbetulkan kesilapan.
Akhir kata,
Jadilah pembaca yang matang. (Aku rasa nak gelak bila baca ni, tapi memang ini yang aku cuba nak sampaikan).
With du'a,
-Laila.

Gracias!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan