Tajuk: The beautiful Sore
"I'm not sure how I cover up the wounds"
Sudah hampir pukul 4 pagi, aku masih tidak mampu tidur. Di dalam bilik ini, tinggal aku seorang sahaja yang belum mampu melelapkan mata. Sekali lagi dan seperti biasanya. Kawan sebilikku tidak ada hari ini, dia pulang sebentar ke rumah keluarganya. Ada hal barangkali.
Sunyi. Senyap. Terlalu sepi. Dan bisu ini, menyiatkan luka dalam setiap urat dan nadiku. Memori lama kembali menerjah. Dadaku sakit.
Segala tempikan dan bisikan seolah kembali mengiang. Kembali membuatkan diriku rasa tidak berguna.
"Kau ni memang anak tak guna kan?! Takkan jaga adik-adik pun kau tak pandai?"
Aku menahan sakit di dalam dada ini sendiri, "Epmhhh!!"
Wajah ini, aku sedaya boleh sembunyikan ia disebalik selimut tebal milikku. Tangis esakku, semampunya aku tahan. Aku gigit erat hujung bantalku. Tidak mahu suara esakku terkeluar.
Aku tidak mahu sesiapa pun perasankan keadaanku. Bilik ini tidak kedap suara, boleh jadi jika aku melepaskan tempikanku, bilik sebelah akan terdengar sama.
Akhirnya, jeritanku menggemakan rasa singgung dari dalam batin.
Bisikan itu datang lagi,
"Betina macam apa kau ni?!"
Aku cuba tutup telinga walau nyatanya, tidak pernah aku berjaya hilangkan suara-suara itu.
"Lebih baik kau mati jelah! Hidup tahu nak menyusahkan orang je!"
Berhenti! Tolong berhenti! Aku terseksa. Aku merana.
Kenapa aku? Kenapa...?
"Emphhh!!!" Aku cuba bertahan.
Aku pejam mata. Air mata ini aku biarkan ia menitis satu persatu. Aku cuba beristighfar. Aku cuba berselawat. Aku cuba ingat Tuhan. Tapi aku kalah.
Badanku semakin mengerengkot. Aku sejuk. Aku terganggu. Aku menangis. Aku sakit. Tidak ada siapa tahu.
Aku, seorang Qaseh Malikah yang sering mendengar masalah , mengelap air mata milik orang lain, yang sering ketawa, yang sering membuka pelukan hangat untuk orang lain dan yang paling banyak memberi nasihat;
Adalah seorang Qaseh Malikah yang sebenarnya sangat rapuh. Sedang sakit dan perlu dirawat. Cuma aku tahu, tidak ada yang sudi mahu merawat sakit aku.
Aku tahu, jika aku katakan hal yang sebenar tentang kondisiku, mereka akan bilang aku gila.
Padahal aku sakit. Dan aku perlukan rawatan. Aku mahu sembuh. Luka aku pada jiwa. jiwa aku yang berdarah dan tergarit. Jiwa aku yang bernanah. Jiwa yang tak pernah aku cuba rawat sehingga bekasnya memarut dalam.
Jiwa aku sedang sakit.
Aku tak gila! Aku cuma sedang sakit. Aku sedang terluka. Aku bukan tak ada iman. Aku sakit.
Aku cuma sakit!
"Ya Allah.." Aku cuba jerit nama Tuhan dalam hati. Dan masih, aku kalah dengan raksasa yang bermaharaja di dalam minda.
Benar, manusia akan sering kalah pada tekanan yang membungkam perasaan mereka. Pisau lipat yang ada di bawah bantal, aku capai laju. Aku buka ia. Aku genggam kuat-kuat. dan; Ahhhh, aku dapat rasa aliran likat dan pekat mengalir dari dalam genggamanku.
Darah.
Bisikan-bisikan yang tadinya membingit kembali senyap. Aku pejam mata. Seolah terlihat bayangan raksasa di dalam mindaku sedang tersenyum sarkastik kepadaku.
Aku eratkan lagi genggaman tanganku. ahhh, darahku terasa mengalir lagi. Sudah hampir seminggu aku cuba bertahan untuk tidak melakukan hal ini. Sudah hampir seminggu aku cuba bertahan untuk tidak mengambil ubat.
Aku ingat aku boleh berjaya. Tapi sayang, pada hari ke enam ini, aku kalah.
Aku sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menghentikan bisikan yang begitu merosak dan menggilakan kesakitanku. Aku cukup terseksa.
Untuk itu, kesakitan fizikal adalah satu-satunya cara yang aku ada untuk aku puaskan raksasa yang mengganggu ini.
Aku tak ada daya untuk menahan sakit yang merengkung begitu kuat dari dalam dadaku. Kesakitan itu terasa sampai ke otak. Dan aku terasa mahu pecah!
Aku..., aku tidak mahu hidup begini.
'No I don't wanna die, just don't wanna live.'
Aku tak sedar apa yang berlaku, aku terasa duniaku gelap. Mataku terpejam. Entah tidur, atau pengsan.
Sebelum aku pejam mata, aku sempat ketawa kecil. Mungkin doktor akan tambah dose aku lagi selepas ini.
'bodoh.'
———————
"Because when I scream for a help; help never arrives. And I'm tired. It's kinda relive for seeing my blood running out of my vein. Really. In the end, it's fun." -Laila.

Gracias!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan