Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Circle-mate ❣️

Jumaat, 22 November 2019

Jumaat, 22.11 (19)

Kak Dayu (bukan nama sebenar) kata, "okey jom main something. Untuk korang lebih faham macam mana GF ni sebenarnya happened pada ummah, danpada kita sendiri"

"???."

 Kami semua macam tertanya-tanya. Bukan kami tak faham apa yang dia sampaikan dalam keterangannya tadi, tapi aku rasa; contoh yang dia nak dalilkan dekat sini adalah untuk kami lagi jelas betapa GF yang musuh Islam dah buat sekarang ni, sangat bahaya pada Ummah. "Nak main apa?" Bisik kak Sya (bukan nama sebenar) yang duduk disebelah aku.

Well, aku cuma angkat bahu. Semua orang tak tahu, termasuklah aku.
Tiba-tiba, kak Dayu berdiri. Dan dia ambil al-quran. Ada satu ruangan yang berada disebelah mejanya, dia letakkan kerusi disitu. Lalu, dia meminta sahabatnya untuk tolong dia buat satu petak yang jaraknya boleh tahan jauh dari kerusi yang tadi dekat atas tu ada quran. Siap.

Then dia kata lagi "Akak nak, antunna (kamu semua) ambik quran ni dengan syarat antunna semua tak boleh pijak kawasan ni" merujuk kepada petak yang tadi dia buat tu.

"Buat je apa2 cara untuk antunna semua dapatkan quran tu" kata akak yang lain Pulak.

Apa yang terlintas dekat otak aku, adalah.., ambik lagi satu kerusi letak dekat tengah (kawasan petak), then pijak atas kerusi untuk ambik quran tu. Tapi aku diam dan masih tak buat apa2, sebab aku tahu mesti ada yang fikir benda yang sama dengan apa yang aku fikir. So, aku yakin yang orang tu akan buat.

Tak lama lepastu, tepat sangkaan aku dengan izin Allah. Memang ada sorang akhwat (sahabat wanita) buat macam apa yang aku fikir tadi untuk dapatkan quran tu. (Aktiviti kami tak campur lelaki perempuan).

Tak lama lepastu, kami disuruh duduk semula dekat tempat masing2 macam sebelum ni. Dan akak tu kata, "bagus., korang boleh solusikan. Tapi apa jawapan real yang boleh dikaitkan dengan GF ialah., dengan cara kita gulung tikat tadi. So that petak tu tak ada, then kita boleh ambik quran tu."

Kami semua terangguk., tapi aku terfikir yang buat macam tu menyusahkan. Nak kena alihkan semua meja kerusi, lepastu lipat tikar yang besarnya hampir keseluruhan dewan masjid tu, semata mata nak ambil quran. Kan susah? Memanglah worth., sebab nak ambik quran tapi kan ada cara mudah?

Aku baru nak keluarkan seoalan tu, tapi tetiba kak dayu kata. "Proses tu mungkin menyusahkan, sebab kita nak kena angkat semu benda, alih letak luar lepastu gulung tikar dan ambik the quran., tapi korang perasan tak? Inilah yang dilakukan oleh musuh2 Islam sekarang."

Aku berkerut, kurang jelas. Aku rasa, bukan aku sorang yang kurang jelas. Tapi ramai. That's why akak tu sambung lagi,

"Orang muslim ni, dia sensitif dengan satu benda je."

Aku berkerut lagi, "apa?"

"Jangan kacau fizikal. Jangan kacau something yang kita boleh nampak"

Aku angguk., "okey.,?" Yang lain pun aku nampak macam setuju.

"Now, pernah tak korang nampak zionis nak bom ka'bah?"

Kami semua menggeleng. Gila apa? Nak mati? Kalau dibom ka'bah tu.., memang menuntut peperangan namanya.

"So, apa yang mereka buat adalah dengan melalaikan kita from technology yang diorang bina."

"Maybe, dia tak bakar quran. Maybe dia tak bom ka'bah tapi dia dah berjaya buat kita makin jauh dari quran. Makin jauh dari Allah. Makin hilang quran dan sunnah dari dalam hati kita."

"Senjata mereka, adalah minda kita."

Dan jantung aku berdetak. Jadi, inilah bad GF yang sebenarnya adalah suatu kepelikan tapi bertukar menjadi kebiasaan, disebabkan hilangnya quran dan sunnah dari dalam hati muslim.

Apa?

Ghouzul Fikri (Serangan fikiran)

Brain wash.

Talbis.

Etc.,



*flashback.

Hai koraaaaang! Aku ni, Laila.

So, hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentang circle-mate (cm). So, cm ni apa? Istilah ni, kami guna untuk bagi nama popular kepada usrah sebenarnya. Aku tak kata, aku orang yang anti usrah, no. Aku bukan orang macam tu. Aku pun, bukanlah giat sangat dalam usrah. Aku start kenal usrah ni, alhamdulillah masa aku form 3. Awalinya, dari phone : wassap: chatting. Aku tahu, sebab aku nak tahu. Aku nak tahu, sebab aku rasa benda tu benda baik yang boleh buat aku ingat 'sesuatu'.

Mula2 dulu, mentality aku kurang gemar pada budak usrah adalah sebab mereka ni satu golongan yang aku anggap acah baik. Golongan2 ustazah, kalau bukan ustazah pun mesti dia budak sekolah agama, budak pondok dan yang sama dengannya. Lepastu aku anggap mereka bajet tahu semua perkara. (Dulu la.,)

Sebab waktu dulu, minda aku diikat dengan satu jenis pemikiran yang mana; orang yang baik tu adalah orang2 yang pakai pakaian labuh2 lepastu yang golongan2 orang yang., kalau kita nak cuba tegur silap mereka; rasa bersalah. Bukan sebab takut. Tapi sebab mereka tu, orag pandang suci. Dan aku jugak kurang gemar pada mereka bila mereka asyik2 sentuh isu yang sama. Iaitu? Ikhtilat, nereka, syurga, mati, neraka balik, lepastu ikhtilat balik then isu semasa. Tapi, paling buat aku bengang bila ada dalam kalangan mereka yang cakap tak serupa bikin. Panas hati aku ni, woi. (Dulu la)

Aku langsung tak pernah expect yang ada jugak budak2 join usrah tu., bukan dari sekolah pondok, atau bukan kos syariah atau usuluddin atau lain lain yang sama.

Aku kurang gemar budak usrah, tapi tak bermaksud aku deny segala pengisian dia yang berdalil sahih. (Fahamkan baik2) so, sebab aku rasa benda tu benda baik; aku pun join. Mencatat segala benda bukan main. Kepala tunduk bila si naqibah @ naqib pandang kononnya tersentap. Aku cuma pergi dan catat. Ada yang naqibah @ naqib yang aku boleh addapt dengan cara penyampaiannya, hati aku terisi. Ada yang bila aku langsung tak boleh nak addapt, memang kosong hati aku, jiwa aku.

Ada masa hati aku, terasa diisi; ada masa, langsung tak aada kadang tu.., aku kosong. Aku tak tahu tujuan aku datang, kenapa aku datang dan kenapa Allah pilih aku.

Yelah, naqib dengan naqibah yang aku join usrahnya dulu; tak selalu sama orangnya. Aku join pun, sebab kawan aku adalah antara orang penting dalam organisasi dakwah tu (NGO).

Aku selalu confuse, aku selalu tanya diri. "Kenapa aku yang ada dekat sini?" Sebab aku selalu yakinkan diri. Kalau Allah dah gerakkan kau sampai ke sesuatu tempat, mesti ada sebab. Antara Dia nak kau nampak dan faham apa yang selama ni sebenarnya bukan kau tak nampak tapi kau tanak ambik tahu. Mungkin?

Sampai lah satu hari, 2018 nak hujung tahun dah aku rasa. Demi Allah, 2018 adalah tahun yang aku sangat2 kurang rasa tarbiah tu. Sebab aku jauh dari sahabat yang ajak aku buat benda baik, jauh dari sahabat aku yang selalu ajak aku dengar benda baik. Medium untuk aku rawat hati adalah daripada phone dan tv. Itu pun kadang kecundang. Faham tak perasaan tu bila kau rasa hati kau memang dah nyawa2 ikan dah. Cukup lima saat kau tutup saluran pernafasannya, memang mati lepastu.

Okey, berbalik pada suatu hari di Tahun 2018 (tahun lalu). Masatu dah nak masuk maghrib dah. Aku baru balik kelas, lepas siap2.., aku duduk depan tv. Saje je bukak tv al-hijrah. Then terdengar si qari (pembaca quran) baca surah Al-Fajr. Dan aku masih ingat sampai sekarang, masa dekat ayat 27-30, ada ayat yang diulang beberapa kali. Sumpah aku sebak, dengan aku aku rasa nak nanges.

Malam tu, aku bukak surah tu. Aku baca makna dia dari awal sampai habis. Ayat 27-30, aku baca banyak2 kali. Dan my tears dripping. A lot.

Selang beberapa hari, aku pergi library dekat satu mall ni dengan kawan baik aku. Di JB. Dipendekkan cerita, masatu dah masuk waktu asar. So, kami pun singgahla ke surau mall tu untuk buat apa yang patut. Kan? Tengah2 nak ambik telekung tu, ada sorang akhwat ni tegur. Aku rasa umur dia lagi tua dari aku, masatu; cuma andaian saja. Sebab nampak matured tapi bergaya yang sopan. Faham tak? 

Akhwat tu tegur, "assalamualaikum, dik. Awak nak solat ke? Jomla solat sekali dengan akak"

Which means dia ajak kami berjemaah sekali dengan dia. So, kami pun okey jelah. Habis solat, buat something yang kebiasaab dilakukan bila lepas solat. Then, siap2 nak keluar.

Masa tengah salam dengan akak tadi, dia ajak berborak. Islamiknya, Taaruf. Tapi tak lama, kejap je. The special is, apa yang aku tahu. Akak tu bakal jadi doktor sebab masatu dia tengah final sem, alhamdullah. Waktu ni, aku tak expect apa2. Akak tu kata, dia boleh ajar aku math. So that's gonna be the reason fo we will meeting each other.

Aku tanya akak tu, "akak nak ke mana lepas ni?"

Akak tu jawab, "akak nak pi popular sebenarnya., tapi akak tak tahu kat mana."

Aku terperanjat, alahai jodoh ke ni "akak.! Seriousla? kitorang pun nak ke sana sebenarnya ni. Jom la saing?"

"Boleh boleh., jom?"

Sambil berjalan tu, baaaaanyak yang kami borakkan. Lepas keluar dari kedai dia ada bagi aku something. Dia kata, as gift for our perkenalan. Apa? Penanda buku magnet. Comel gila. HAHAHAH.

Then dia tanya, "you gais nak pi mana lepas ni?"

Yaya (bukan nama sebenar) kawan aku pun jawab, "kitorang sebenarnya study tadi, dekat library"

Dan jawapan akak tu buat aku rasa benar2 sesuatu. Rupa2nya, akak tu pun dari library jugak.  alahai.., cute kan? Sama tanpa sengaja, tapi ada makna. Aku yakin benda ni bukan Saje2.

Start dari sini, balik dari library aku langsung tak expect yang dia akan betul2 chat aku. Hampir hari2 jugak. Tanya pasal khabar, how my study and all. Selalu jugak plan nak jumpa lagi. Konon konon nak study sebab akak tu terror bab bab nombor.  tapi selalu ada aral. Sampai lah akhirnya terserampak lagi dekat mall yang sama. Dekat kfc pulak, sebab waktu tu.., aku keluar dengan kawan baik aku yang tadi tu. Kitorang memang selalu lepak library tu. Sebab tula., "eh?"

Kitorang nampak dia tengah ajar math dekat murid dia. Baru aku tahu, dia buat kerja sambilan jadi tutor personal untuk budak spm. From there, kami start makin rapat. Dia rajin ajak aku keluar . Jenjalan, pi makan., sampaila satu hari tu dia ajak aku jumpa akak2 marsah. Sebab umur diorang lagitua dari aku masatu. (Sebenarnya bukan masatu je, sampai sekarang pun lagi. Hahahahah) 

And guess what,? Untuk pertama kalinya dalam tahun 2018, aku join usrah semula. Dan kali ni., maybe sebab situasi aku benar2 buat aku tertekan. Aku dapat rasa something yang aku sendiri tak boleh nak described benda tu indahnya macam mana. Kali ni, aku betul2 ada circle-mate yang terdiri dari kaum sejantina sahaja.

Yang mana kalau aku nak gelak, nak menangis, nak meluah, nak bertanya pun., aku tak perlu nak malu. Disebabkan aku yang paling muda dalam circle tu, mereka selalu manjakan aku. Rasa macam anak last pun ye jugak bila jumpa circle-mate. Aku suka bila mereka peluk, bila air mata yang jatuh, mereka tak pernah halang dan sama2 tolong lapkan. Bila terasa lemah, mereka bagi semangat. Aku suka perasaan tu. Aku rasa terjaga. Aku rasa selamat. Aku rasa terisi. Aku rasa cukup.

Sampailah satu hari, akak yang tadi aku cerita tu; kak thierah (bukan Nama sebenar) gelaran yang aku panggil. Kadang orang kenal dia as kak Eton. So classic but cuteness overload.

Kak Eton tu tadi, tanya aku satu soalan.

"Lai sedar tak, apa tujuan lai hidup sebenarnya? What is your purpose of life?"

"Lai nak happy la." Jawab aku, bangga.

"Sure?" Tanya dia.

Aku berkerut, "Maybe?"

"Then nanti bukak lah 2:30 dengan 51:56. Dalil about your real purpose of life"

Dan aku kembali aku, terdiam yang masih buntu. Penuh tak tahu dan ada perasaan nak tahu. Tapi macam mana? Macam mana aku nak dapat jawapannya?

Ye, aku tahu menjadi Abid dan Khalifah. Tapi., apa?

Well, Wasilah Tarbiah (way of tarbiyah) yang selalu disebut oleh orang berilmu dulu; aku laluinya dengan bermula dari sini. Dari perjalanan tangga pertama dalam Maratib Amal.

*nanti aku sambung lagi. Ingat kan aku tau. Semoga ada something yang korang boleh dapat dekat sini. (Wink!) 

Kerja = gaji ?

Jumaat, 15 November 2019

*fuuhhhhhh! (tiup habuk yang dah bersarang dekat blog ni) 

So., hai koraaaang! ahahah, dah lama tak nampak, so, sihat ke tu? . "ehh?" dah lama rasanya aku tak tulis apa2 dekat blog ni, since busy-busy gila ni. Aku mintak maaf tau, sebab dah jarang kacau hidup korang, **gelak besar. Bosan tau, asyik hadap buku ni je. (gurau)

Hari ni, (pagi ni) time aku tengah menulis ni sebenarnya aku tengah menghadap luar. Langit hari ni cerah sangat2. Lawa tau, warna biru campur putih. Lepastu ada pancaran cahaya matahari dekat pokok-pokok, buat aku rasa macam ada adekat dalam cerita Disneyland. Lepastu dengar burung-burung berkicau, lepastu tengok burung merpati terbang ramai-ramai. Lepastu dengar bunyi burung terkukur ber uwu-uwu. (aku tak tahu betul atau tak nama burung tu, tapi kawan aku kata ya. aku percaya sebab dia memang pakar gila bab burung.) Hahahaha., semuanya buat aku rasa seronok.

Waktu-waktu macam ni, aku teringat balik kehidupan aku. Aku teringat kenangan aku. Aku teringat bila masatu kawan2 aku termasuk aku duduk dekat satu table ni, then tiba-tiba masuk cerita pasal pengalaman bekerja. Sorang-sorang bercerita. Aku? Entahla, rasa macam nak diam dan tanak cerita apa-apa. Bukan sebab aku takde pengalaman, bukan sebab aku malu. Tapi, entahla., apa yang aku boleh cakap dekat diorang masatu, "aku bukan orang senang, mestilah aku pernah jugak rasa susahnya nak cari duit."

Bila aku cakap aku bukan berasal dari orang yang senang2 macam diorang, ada yang tak percaya. Tapi aku kisah apa. Bukan diorang pun yang sara aku, kan? hidup aku dari kecik, sederhana.

Hari ni kan, aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku terasa nak bercerita pengalaman aku. Bukan nak mintak simpati, no. Aku cuma nak ingat balik semua benda yang aku dah lalui. Tapi of coursela, tak semua aku akan cerita dekat sini. Sebab aku masih lagi aku, yang tak akan pernah kongsi cerita pahit aku, dekat semua orang.

Aku nak cerita, sebab aku nak ingat balik. Maybe jugak sebab aku nak pujuk diri aku sendiri? tentang apa? "biarlah rahsia~" *lagu Dato' Siti.

Dulu, masa aku kecik-kecik aku duduk dekat kampung. Duduk dengan nyai (nenek) belah ayah. Rumah nyai aku ni, takdelah usang sangat pun even dah lama duduk dekat situ. Rumah batu campur kayu. Biasalah rumah kampung, ada rumah bawah dengan rumah atas.

Since aku kecik, aku dengan sepupu yang dekat kampung suka sangat ikut nyai pergi kebun sawit. Masatu, umur lima tahun. Kami ke kebun selalunya dari lepas waktu dhuha sometimes pergi lepas subuh sebab nyai nak jenguk jenguk kebun. Ikut nyai kadang tu., bukan buat apa pun. Saje je nak teman. Lepastu main pondok2 dengan sepupu. Konon2 rumah dalam hutan. Main berlakon-berlakin cerita p. Ramlee. (Biasanya cerita labu labi) hahahaha. ๐Ÿ˜‚

Okey, so aku pun tak tahu kenapa aku cerita yang tu sebenarnya. Actually, selalunya kami tolong nyai kutip buah sawit yang berterabur lepas disabit. Kira okey lah tu jadi experience untuk budak2 perempuan lima tahun yang sepatutnya dekat rumah, main patung. Tapi boleh kutip sawit, main dengan cacing, tangkap ikan dekat parit besar depan kebun nyai, tu belum kalau ternampak ular, lintang pukang lari woi, hahahahah (aku dengan sepupu akuyang sorang tu. Aku panggil dia elly, even nama tu bukan nama sebenar dia)

Bila dah dapat kutip, kumpul sampai penuh satu tong, nyai bagi upah gula2 dua biji. Tak pun duit lima posen dua keping. Weyh! Boleh kenyang buat belanja sekolah petang time rehat. (Rasa kaya gila dah tu) hahahah.

So, itu first time aku punya experience rasa duit sendiri sebab bersungguh buat something. Rasa best. Rasa seronok macam dapat emas! **nak kata syoknya puas tu. Even lima posen dua keping je. Kira okeylah tu untuk budak pompuan lima tahun.

Okey, masa pun berlalu. Dan aku membesar. Aku membesar dekat kampung. Time aku darjah tiga, aku tolong nyai dekat kebun sawit lagi (time cuti). Kalini aku dah tak main ar kutip kutip benda kecik tu, sebab waktu tu; kerja kutip2 tu kerja adik sedara aku pulak. Sebab aku dah besar, so kerja aku lagi mencabar dari kutip kutip tu tapi takdelah mencabar sangat kot bagi lelaki sebab aku perempuan. Apa? Angkat bertandan2 sawit, masuk dalam kereta sorong sampai full ikut kemampuan kereta sorong tu, then sorong bawak keluar kebun; lepastu kau nak kena lalu satu titi diantara tebing parit (parit tu boleh tahan dalam jugak), yang cuma ada dua papan sebesar betis lelaki dewasa (kebiasaan) untuk kau lintas ke seberang. Itu kalau jatuh, memang tenggelam terus sawit tu dan lepastu kena marahla dengan nyai. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ tapi aku JARANG jatuhkan swit dalam parit sebab aku budak sukan. So, benda tu macam.., well, dah biasa? (Maksudnya dekat sini aku nak bagitahu yang aku pun pernah kena marah dengan nyai sebab benda tu)

Time tu, upah tolong nyai dah naik dah. Sometimes dapat tiga ringgit. Tak pun nyai belanja eskrem satu malaysia untuk aku lima batang. Paling mahal pun aku rasa waktu tu aku mintak nyai belikan eskrem cornetto. ๐Ÿ˜‚ **takkan nak mintak magnum pulak kan? Aku rasa, iklan magnum belum ada lagi waktu tu. Tapi, seingat aku.. ekonomi masih stabil waktu tu, gst pun belum ada. So, tiga ringgit tu pun banyak jugak untuk si clumsy yang baru darjah tiga tu.

Duit tu, kadang aku simpan. Tapi yelah, budak2 kan? Lagi satu hal., aku sangat tertarik dengan jajan (makanan ringan) dan eskrem stoberi. Memang kadang tu aku tak boleh nak nafikan yang aku pun boros juga. Lama jugak aku tolong nyai, sampai lah aku darjah enam. Aku pindah ke pekan.

Lepastu, masa aku tingkatan dua, aku pindah kampung balik. Duduk dengan nyai lagi. Sebab takde sekolah petang, aku boleh terus tolong nyai bila lepas balik sekolah tak payah tunggu cuti. Homework? Hahahahaha, buat malam. Tapi ada jugak yang aku buat masa dalam kelas, lima belas minit sebelum cikgu suruh hantar. Ekspress kan? Kagum pulak aku. HAHAHAHA. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ *jangan tiru aksi ini.

Tapi lama-lama, aku memang busy teruks dekat sekolah. Dengan sukannya, kawad kakinya. Tambah2 bila dah join archery plus chess tambah lagi aku join kelas seni as my subject elective tambahan (just saja2 je, markah tak masuk slip exam pun. Aku join sebab aku minat dan benda tu hobi, Hahaha.) Memang tambah busylah aku. Kadang balik pukul 5-6 petang. Kali ni aku dah rasa kebiasaan yang selalunya aku buat tu jadi beban. Tapi tak apa, aku masih okey. So., even balik pukul lima sekalipun. Aku akan cepat2 siap dan kayuh basikal pi ke kebun and tolong nyai. Waktu ni, upah yang nyai bagi dah bertambah. Lima sometimes lapan ringgit satu hari kalau aku tolong. Kira banyak lah jugak. Kan?

Kira best tau waktu ni, sebab dapat kumpul duit sendiri. Lagi rasa bangga bila pergi lawatan, aku tak mintak duit ibu ayah, sebab dah ada duit sendiri. ๐Ÿ˜‚ *bangga jap. (Joke)

Time bulan ramadhan pulak, aku tolong makcik belah ibu aku berniaga dekat bazar. Satu hari rm 20. So, darabla 20 x 25 hari sebab seminggu nak habis ramadhan gerai tutup dah. Then saaaaaampailah aku habis tingkatan empat. Tingkatan lima, aku pindah duduk bandar. Aku focus dekat belajar. Dah nak spm kan? ๐Ÿ˜‚

Habis spm, pulak. Memang kebiasaanla, takkan nak tanam anggur kat rumah kan? Lagi kalau anak sulong, memang aku tak boleh nak selalu duduk rumah. (Bagi aku lah). Tepu weyhh., so aku cari kerja. Alhamdulillah, dapat kerja jadi guru taska. And that was the first step my life change. Nanti aku cerita.

Sekarang baru aku perasan. Kawan2 aku selalu cakap yang aku ni, kalau pukul orang. Eh jap, macam gangster benar perkataan pukul tu. Okey tukar, kalau tepuk orang. Sakit. Padahal aku rasa aku tepuk slow je. Tapi aku hormati kalau mereka rasa macam tu, sebab yang kena tepuk tu; mereka. HAHAHAHA.

Lepastu, kalau angkat barang berat; bagi perempuan. Benda tu aku boleh angkat sorang. Bukan aku tak rasa berat. Rasa, tapi.. masih di bawah kawalan aku. Dan disebabkan benda ni., kawan aku selalu puji aku kuat. Aku selalu bagi alasan, "maybe sebab aku pernah masuk silat kot."

Tapi bila aku fikir2 balik, mungkin...., ?? HAHAHAHAHAH.

So aku bukan nak cakap pasal duit. Tapi definisi gaji bagi aku tu. Benda tu bukan pada pandangan fizikal je. Tapi moment yang aku dapat sampai aku boleh belajar something new pasal permulaan hidup aku., bukan dari atas.

Aku manusia biasa aku mula dengan cara hamba yang hidup besederhana. Dan sederhana tu, cara aku survive sampai aku boleh jadi legend satu hari nanti. In shaa Allah :). 

Dengan adanya kenangan, aku jadi manusia yang tak mengharap  manusia lain akan selalu ada untuk aku. Tapi aku tak nafikan kehadiran mereka dalam hidup aku untuk bantu aku, cuma mungkin bukan dikhaskan untuk aku. 


Pengalaman pun bantu aku untuk tak susahkan orang lain. 



Dan kenangan ni, aku akan cerita dekat anak cucu aku. *CEHHHHHH., SUAMI PUN TAKDE. BERANGAN LEBIH.

Ada aku kesah. Kan merancang ni. Eh? Hahaha ๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ˜‚

CeritaPendek||Bunga

Isnin, 22 April 2019

#repost

《tentang bunga》

Petang itu, Mel berlari lari anak mendapatkan ibunya yang lagi sedang berkebun di tanah lapang sebelah rumahnya.

Mel tersenyum melihat ibunya. Lambat-lambat, senyum nipis itu bertukar menjadi satu sengihan nakal.

Timbul dibenaknya satu akal, untuk mengganggu sedikit kerja si ibu tercinta. Dia jalan perlahan sambil berjingkit, memastikan setiap langkahnya tidak ibu perasan.

Kira kira lima jengkal sebelum sempat dia mencuit pinggang ibu, ibu sudah pun berpaling ke arahnya dan,
"Bhaa!"

"Arghh!" Jerit anak kecil berlingkungan lima tahun itu.

Akalnya panjang, namun ibu terlebih dahulu memotong. Ibu hanya tergelak manja melihat ulah puteri keduanya yang juga paling bongsu ini.

"Ibu...! Tekejut Mel." Ujar Mel seusai menjerit tadi. Dengan suaranya yang comel, ditambah lagi dengan kepetahan mulut si cilik itu bersuara. Erm... ia sesuatu yang mendamaikan jiwa seorang ibu.

Apalagi anugerah yang paling indah dalam hidup seorang tua bernama ibu? Selain dapat melihat anaknya tumbuh besar di hadapan mata?

Selajur itu, ibu pun meneruskan pekerjaannya yang tergendala sebentar tadi.

"Ibu," seru Mel.

"Ya Mel?" Sahut ibu, lembut. Dia sudah tahu, pasti ada sesuatu yang muncul di benak anaknya. Yang bakal diutarakan sebagai soalan yang membuka lagi minda anaknya itu untuk meneroka tentang kejadian alam.

"Ibu dah solat?" Tanya Mel. Terhenti sebentar, mengingati sesuatu. Lalu menyambung,
"Asar?"

Ibu tersenyum. Ulah anaknya ini, benar-benar mewarnakan rasa rindu ibu terhadap arwah ayah Mel yang juga suaminya.

"Dah, sayang."

Mel terangguk seperti sedang berfikir, sambil matanya menghadap pada bunga yang sudah mengembang besar, terserlah seri pada setiap kelopaknya yang kekuningan itu, di taman bunga mini milik ibu.

Tangannya di angkat untuk mencapai bunga tersebut. Tidak cukup dengan itu, kakinya dijingkit untuk menyamakan tingginya dengan bunga tersebut.

Tidak lama kemudian, dia berdiri semula seperti biasa tanpa menjingkit.

Lalu berjalan pula melihat bunga yang lain, sambil berkata;
"Ibu, yang ni.. bunga mawar. Kan?"

Ibu mengangguk, sambil tersenyum.

Mel menghidu bau bunga tersebut, lalu menyimpulkan, "erm..Harum. ibu? sebab dia harum ke, dia jadi perhatian?"

Ibu tersenyum, lalu berkata sambil mendukung anaknya, dibelai dan diusap kepala comel putrinya itu dan berkata,
"Itu, salah satunya. Mawar juga lambang muslimah sejati"

"Kenapa?"

"Betul Mel nak tahu?" Ibu menginginkan kepastian. Anak suntinya itu baru berumur setahun jagung. Mana mungkin dapat memahami sepenuhnya. Tapi tak mengapa, sekadar mahu memuaskan kehendak putrinya, maka ia wajar diberitahu.

"Bila kita jadi perempuan, kita tak boleh jadi yang mudah didekati oleh orang yang tak dikenali. Tengok pada duri bunga mawar. Duri tulah, yang selamatkan dia dari dicabut oleh  tangan-tangan yang tak berfikir sebelum bertindak."

Mel berkerut. Cuba mencerna sebaik mungkin hujah permaisurinya. Lalu dia hanya mengangguk, bererti dia puas dan faham.

Mel mengunjurkan tangan sebelah kanannya lalu dihala pada satu bunga yang tadi dia sentuh.

"Ibu, tu. Yang kuning tu.., bunga apa? Lawaaaa. Nampak sempurna taman bunga ni."

Ibu meletakkan Mel ke tanah agar Mel berdiri seperti sediakala.

Ibu memegang bunga tersebut,
"Yang ini?"

"Hurm," jawab Mel sambul mengangguk, manja. Rambut tocangnya sedikit bergoyang saat dia berkelakuan sebegitu. Comel!

"Nama bunga ni, bunga tahi ayam"

Mel berkerut. Baginya nama itu sama sekali tidak sesuai dengan bunga yang secantik itu. Bau bunga tersebut pun, bukanlah busuk seperti tahi ayam. Jadi kenapa dia digelar sebegitu?

Barangkali ibu terlihat reaksi anaknya yang satu itu, lalu ibu pun bertanya;
"Kenapa Mel?"

"Nama bunga ni.. tak sedap. Bukanke bunga ni lawa?"

Ibu mengangguk, bersetuju.
"Erm, mungkin sebab dia dibaja dengan tahi ayam?"

Mel semakin pelik.
"Mustahil semua bunga dipanggil bunga tahi ayam cuma dengan sebab dia di baja dengan tahi ayam. Kan ibu?" Tingkah anak kecil itu.

Baginya, ia sama sekali tidak adil untuk menamakan bunga indah itu

seperti itu. Bunga itu layak mendapat nama yang lebih indah.

Sekalipun jika bunga itu diletakkan pada laman, pasti mempu mekar bersama warna kuningnya.

Warna itu yang menceriakan suasana. Mengisi ruang dengan senyuman. Bukankah indah?

Jadi kenapa ia dipanggil dengan nama yang sedemikian buruknya? Kasihan bunga..,

Ibu hanya tersenyum. Benar juga apa yang dikatakan oleh anaknya. Benarlah kata arwah suaminya, anak ini; adalah anugerah paling besar dari Tuhan.

Maka jagalah anak cilik ini. Biarkan dia tumbuh dengan melihat dan belajar. Jangan biar dia berjalan mem'babi-buta' . Kelak, celik akalnya; didiklah dengan sefasih fasih pekerti persis yang pernah diiktiraf agama.

Biar dia mencari. Lalu perbalikkan semula jawapan pada kebesaran Tuhan.

Ibu mengucup dahi anaknya, sambil matanya terpejam. Menikmati saat saat ini. Mel? Dia lebih suka diperlaku sedemikian rupa.

Terlampau manja dengan ibu, apabila ada sahaja hatta sedikit masa yang terluang.

Ibu memandang bunga tahi ayam yang menjadi perbahasan anak bongsunya sebentar tadi.

Lalu berbisik sendiri seolah bermonolog memberitahu intuisi,
'Bunga, kau tidak sejijik tahi ayam. Kau *bunga indah yang mewangi sukma* .'

Lalu berzikir memuji keagungan Tuhan dengan lafaz tasbih, tahmid dan takbir berulang kali. Kerana, telah mengurniakan dia si kecil yang suka berfikir ini.

-------TAMAT------ ❤

Tajuk Cerpen:
《tentang bunga》

TamatTulis:
22:05||MalamTengkujuh,27November2ribu8belas

#Lailawrite

(Rasa macam dah lama tak buat cerpen) 

Magic Mirror ๐Ÿ’•

Jumaat, 11 Januari 2019

✍

salam gaisssss.

hai geng! long time no see. (Kan?)

hahahah, padahal memang tak pernah see pun. kan?

so, korang? rindu aku tak? ‍~UwU

ehehekk, gurau-gurau.

so, Hari ni aku nak bercerita pasaaaaaaallll
Magic Mirror ❤️

[tetiba teringat cerita snow white~yang step mother dia tu. kannn] 

Kali ni aku tak membebel banyak. Now, korang just need to put the mirror opposite your face.

Pandang mata korang yang terbias pada that mirror tu.

Breath.

Breath.

Breath.

and keep breathing in peace.

after that, say:
"dearself, thank you so much."

"Thank you" for being me.
"Thank you" for every struggle in making myself better than yesterday.
"Thank you" for every tears.
"Thank you" for every 'time' that we spend together.
"Thank you" for not giving up to keep alive in this life.
"Thank you" for not depress to keep standing at every worst day.

"dear self, terima kasih sebab masih sudi nak melangkah"

This is the time, gais.
This is the time untuk puji diri sendiri.
See you gais punya kelebihan yang sebenarnya boleh jadi lebih berbakat dari orang lain.

Proud to be yourself. 

say thanks to yourself.
Thanks to Rabb.

Berterima kasih lah, pada diri sendiri 

Your inner deserve that "thanks!"

Dah tiba masa kau menilai diri sendiri.
perbaiki mana yang tak patut ada dalam diri.

Dan saya thanks pada diri untuk lagi.

Berterima kasih lah pada jasad yang sudi menumpangkan roh yang memerlukan ni.

Berterima kasih lah pada diri yang lalui semua struggle sendiri tapi masih percaya pada kekuasaan Allah.

Berterima kasih lah. 

Jangan di sedihkan apa yang dah jadi dekat masa silam.
Jangan pula di takutkan apa yang bakal jadi dekat masa depan nanti.
hargai masa ini dan berhati-hatilah, supaya 'harga' nya lebih berkualiti.


okey, gais. sampai sini dulu. babaiii❤️

as human, aku saaaaayang korang. hargai diri. tauuu (?) 

Don't be so sad, for remembering the past.

Don't be so scared, for thinking the future.

Just be happy and enjoy your 'now.'

✍❤️ Now||JanuariDuabelas2019
14:18p.m||SehabisZuhor

#Lailakongsi✍