Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Circle-mate ❣️

Jumaat, 22 November 2019

Jumaat, 22.11 (19)

Kak Dayu (bukan nama sebenar) kata, "okey jom main something. Untuk korang lebih faham macam mana GF ni sebenarnya happened pada ummah, danpada kita sendiri"

"???."

 Kami semua macam tertanya-tanya. Bukan kami tak faham apa yang dia sampaikan dalam keterangannya tadi, tapi aku rasa; contoh yang dia nak dalilkan dekat sini adalah untuk kami lagi jelas betapa GF yang musuh Islam dah buat sekarang ni, sangat bahaya pada Ummah. "Nak main apa?" Bisik kak Sya (bukan nama sebenar) yang duduk disebelah aku.

Well, aku cuma angkat bahu. Semua orang tak tahu, termasuklah aku.
Tiba-tiba, kak Dayu berdiri. Dan dia ambil al-quran. Ada satu ruangan yang berada disebelah mejanya, dia letakkan kerusi disitu. Lalu, dia meminta sahabatnya untuk tolong dia buat satu petak yang jaraknya boleh tahan jauh dari kerusi yang tadi dekat atas tu ada quran. Siap.

Then dia kata lagi "Akak nak, antunna (kamu semua) ambik quran ni dengan syarat antunna semua tak boleh pijak kawasan ni" merujuk kepada petak yang tadi dia buat tu.

"Buat je apa2 cara untuk antunna semua dapatkan quran tu" kata akak yang lain Pulak.

Apa yang terlintas dekat otak aku, adalah.., ambik lagi satu kerusi letak dekat tengah (kawasan petak), then pijak atas kerusi untuk ambik quran tu. Tapi aku diam dan masih tak buat apa2, sebab aku tahu mesti ada yang fikir benda yang sama dengan apa yang aku fikir. So, aku yakin yang orang tu akan buat.

Tak lama lepastu, tepat sangkaan aku dengan izin Allah. Memang ada sorang akhwat (sahabat wanita) buat macam apa yang aku fikir tadi untuk dapatkan quran tu. (Aktiviti kami tak campur lelaki perempuan).

Tak lama lepastu, kami disuruh duduk semula dekat tempat masing2 macam sebelum ni. Dan akak tu kata, "bagus., korang boleh solusikan. Tapi apa jawapan real yang boleh dikaitkan dengan GF ialah., dengan cara kita gulung tikat tadi. So that petak tu tak ada, then kita boleh ambik quran tu."

Kami semua terangguk., tapi aku terfikir yang buat macam tu menyusahkan. Nak kena alihkan semua meja kerusi, lepastu lipat tikar yang besarnya hampir keseluruhan dewan masjid tu, semata mata nak ambil quran. Kan susah? Memanglah worth., sebab nak ambik quran tapi kan ada cara mudah?

Aku baru nak keluarkan seoalan tu, tapi tetiba kak dayu kata. "Proses tu mungkin menyusahkan, sebab kita nak kena angkat semu benda, alih letak luar lepastu gulung tikar dan ambik the quran., tapi korang perasan tak? Inilah yang dilakukan oleh musuh2 Islam sekarang."

Aku berkerut, kurang jelas. Aku rasa, bukan aku sorang yang kurang jelas. Tapi ramai. That's why akak tu sambung lagi,

"Orang muslim ni, dia sensitif dengan satu benda je."

Aku berkerut lagi, "apa?"

"Jangan kacau fizikal. Jangan kacau something yang kita boleh nampak"

Aku angguk., "okey.,?" Yang lain pun aku nampak macam setuju.

"Now, pernah tak korang nampak zionis nak bom ka'bah?"

Kami semua menggeleng. Gila apa? Nak mati? Kalau dibom ka'bah tu.., memang menuntut peperangan namanya.

"So, apa yang mereka buat adalah dengan melalaikan kita from technology yang diorang bina."

"Maybe, dia tak bakar quran. Maybe dia tak bom ka'bah tapi dia dah berjaya buat kita makin jauh dari quran. Makin jauh dari Allah. Makin hilang quran dan sunnah dari dalam hati kita."

"Senjata mereka, adalah minda kita."

Dan jantung aku berdetak. Jadi, inilah bad GF yang sebenarnya adalah suatu kepelikan tapi bertukar menjadi kebiasaan, disebabkan hilangnya quran dan sunnah dari dalam hati muslim.

Apa?

Ghouzul Fikri (Serangan fikiran)

Brain wash.

Talbis.

Etc.,



*flashback.

Hai koraaaaang! Aku ni, Laila.

So, hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentang circle-mate (cm). So, cm ni apa? Istilah ni, kami guna untuk bagi nama popular kepada usrah sebenarnya. Aku tak kata, aku orang yang anti usrah, no. Aku bukan orang macam tu. Aku pun, bukanlah giat sangat dalam usrah. Aku start kenal usrah ni, alhamdulillah masa aku form 3. Awalinya, dari phone : wassap: chatting. Aku tahu, sebab aku nak tahu. Aku nak tahu, sebab aku rasa benda tu benda baik yang boleh buat aku ingat 'sesuatu'.

Mula2 dulu, mentality aku kurang gemar pada budak usrah adalah sebab mereka ni satu golongan yang aku anggap acah baik. Golongan2 ustazah, kalau bukan ustazah pun mesti dia budak sekolah agama, budak pondok dan yang sama dengannya. Lepastu aku anggap mereka bajet tahu semua perkara. (Dulu la.,)

Sebab waktu dulu, minda aku diikat dengan satu jenis pemikiran yang mana; orang yang baik tu adalah orang2 yang pakai pakaian labuh2 lepastu yang golongan2 orang yang., kalau kita nak cuba tegur silap mereka; rasa bersalah. Bukan sebab takut. Tapi sebab mereka tu, orag pandang suci. Dan aku jugak kurang gemar pada mereka bila mereka asyik2 sentuh isu yang sama. Iaitu? Ikhtilat, nereka, syurga, mati, neraka balik, lepastu ikhtilat balik then isu semasa. Tapi, paling buat aku bengang bila ada dalam kalangan mereka yang cakap tak serupa bikin. Panas hati aku ni, woi. (Dulu la)

Aku langsung tak pernah expect yang ada jugak budak2 join usrah tu., bukan dari sekolah pondok, atau bukan kos syariah atau usuluddin atau lain lain yang sama.

Aku kurang gemar budak usrah, tapi tak bermaksud aku deny segala pengisian dia yang berdalil sahih. (Fahamkan baik2) so, sebab aku rasa benda tu benda baik; aku pun join. Mencatat segala benda bukan main. Kepala tunduk bila si naqibah @ naqib pandang kononnya tersentap. Aku cuma pergi dan catat. Ada yang naqibah @ naqib yang aku boleh addapt dengan cara penyampaiannya, hati aku terisi. Ada yang bila aku langsung tak boleh nak addapt, memang kosong hati aku, jiwa aku.

Ada masa hati aku, terasa diisi; ada masa, langsung tak aada kadang tu.., aku kosong. Aku tak tahu tujuan aku datang, kenapa aku datang dan kenapa Allah pilih aku.

Yelah, naqib dengan naqibah yang aku join usrahnya dulu; tak selalu sama orangnya. Aku join pun, sebab kawan aku adalah antara orang penting dalam organisasi dakwah tu (NGO).

Aku selalu confuse, aku selalu tanya diri. "Kenapa aku yang ada dekat sini?" Sebab aku selalu yakinkan diri. Kalau Allah dah gerakkan kau sampai ke sesuatu tempat, mesti ada sebab. Antara Dia nak kau nampak dan faham apa yang selama ni sebenarnya bukan kau tak nampak tapi kau tanak ambik tahu. Mungkin?

Sampai lah satu hari, 2018 nak hujung tahun dah aku rasa. Demi Allah, 2018 adalah tahun yang aku sangat2 kurang rasa tarbiah tu. Sebab aku jauh dari sahabat yang ajak aku buat benda baik, jauh dari sahabat aku yang selalu ajak aku dengar benda baik. Medium untuk aku rawat hati adalah daripada phone dan tv. Itu pun kadang kecundang. Faham tak perasaan tu bila kau rasa hati kau memang dah nyawa2 ikan dah. Cukup lima saat kau tutup saluran pernafasannya, memang mati lepastu.

Okey, berbalik pada suatu hari di Tahun 2018 (tahun lalu). Masatu dah nak masuk maghrib dah. Aku baru balik kelas, lepas siap2.., aku duduk depan tv. Saje je bukak tv al-hijrah. Then terdengar si qari (pembaca quran) baca surah Al-Fajr. Dan aku masih ingat sampai sekarang, masa dekat ayat 27-30, ada ayat yang diulang beberapa kali. Sumpah aku sebak, dengan aku aku rasa nak nanges.

Malam tu, aku bukak surah tu. Aku baca makna dia dari awal sampai habis. Ayat 27-30, aku baca banyak2 kali. Dan my tears dripping. A lot.

Selang beberapa hari, aku pergi library dekat satu mall ni dengan kawan baik aku. Di JB. Dipendekkan cerita, masatu dah masuk waktu asar. So, kami pun singgahla ke surau mall tu untuk buat apa yang patut. Kan? Tengah2 nak ambik telekung tu, ada sorang akhwat ni tegur. Aku rasa umur dia lagi tua dari aku, masatu; cuma andaian saja. Sebab nampak matured tapi bergaya yang sopan. Faham tak? 

Akhwat tu tegur, "assalamualaikum, dik. Awak nak solat ke? Jomla solat sekali dengan akak"

Which means dia ajak kami berjemaah sekali dengan dia. So, kami pun okey jelah. Habis solat, buat something yang kebiasaab dilakukan bila lepas solat. Then, siap2 nak keluar.

Masa tengah salam dengan akak tadi, dia ajak berborak. Islamiknya, Taaruf. Tapi tak lama, kejap je. The special is, apa yang aku tahu. Akak tu bakal jadi doktor sebab masatu dia tengah final sem, alhamdullah. Waktu ni, aku tak expect apa2. Akak tu kata, dia boleh ajar aku math. So that's gonna be the reason fo we will meeting each other.

Aku tanya akak tu, "akak nak ke mana lepas ni?"

Akak tu jawab, "akak nak pi popular sebenarnya., tapi akak tak tahu kat mana."

Aku terperanjat, alahai jodoh ke ni "akak.! Seriousla? kitorang pun nak ke sana sebenarnya ni. Jom la saing?"

"Boleh boleh., jom?"

Sambil berjalan tu, baaaaanyak yang kami borakkan. Lepas keluar dari kedai dia ada bagi aku something. Dia kata, as gift for our perkenalan. Apa? Penanda buku magnet. Comel gila. HAHAHAH.

Then dia tanya, "you gais nak pi mana lepas ni?"

Yaya (bukan nama sebenar) kawan aku pun jawab, "kitorang sebenarnya study tadi, dekat library"

Dan jawapan akak tu buat aku rasa benar2 sesuatu. Rupa2nya, akak tu pun dari library jugak.  alahai.., cute kan? Sama tanpa sengaja, tapi ada makna. Aku yakin benda ni bukan Saje2.

Start dari sini, balik dari library aku langsung tak expect yang dia akan betul2 chat aku. Hampir hari2 jugak. Tanya pasal khabar, how my study and all. Selalu jugak plan nak jumpa lagi. Konon konon nak study sebab akak tu terror bab bab nombor.  tapi selalu ada aral. Sampai lah akhirnya terserampak lagi dekat mall yang sama. Dekat kfc pulak, sebab waktu tu.., aku keluar dengan kawan baik aku yang tadi tu. Kitorang memang selalu lepak library tu. Sebab tula., "eh?"

Kitorang nampak dia tengah ajar math dekat murid dia. Baru aku tahu, dia buat kerja sambilan jadi tutor personal untuk budak spm. From there, kami start makin rapat. Dia rajin ajak aku keluar . Jenjalan, pi makan., sampaila satu hari tu dia ajak aku jumpa akak2 marsah. Sebab umur diorang lagitua dari aku masatu. (Sebenarnya bukan masatu je, sampai sekarang pun lagi. Hahahahah) 

And guess what,? Untuk pertama kalinya dalam tahun 2018, aku join usrah semula. Dan kali ni., maybe sebab situasi aku benar2 buat aku tertekan. Aku dapat rasa something yang aku sendiri tak boleh nak described benda tu indahnya macam mana. Kali ni, aku betul2 ada circle-mate yang terdiri dari kaum sejantina sahaja.

Yang mana kalau aku nak gelak, nak menangis, nak meluah, nak bertanya pun., aku tak perlu nak malu. Disebabkan aku yang paling muda dalam circle tu, mereka selalu manjakan aku. Rasa macam anak last pun ye jugak bila jumpa circle-mate. Aku suka bila mereka peluk, bila air mata yang jatuh, mereka tak pernah halang dan sama2 tolong lapkan. Bila terasa lemah, mereka bagi semangat. Aku suka perasaan tu. Aku rasa terjaga. Aku rasa selamat. Aku rasa terisi. Aku rasa cukup.

Sampailah satu hari, akak yang tadi aku cerita tu; kak thierah (bukan Nama sebenar) gelaran yang aku panggil. Kadang orang kenal dia as kak Eton. So classic but cuteness overload.

Kak Eton tu tadi, tanya aku satu soalan.

"Lai sedar tak, apa tujuan lai hidup sebenarnya? What is your purpose of life?"

"Lai nak happy la." Jawab aku, bangga.

"Sure?" Tanya dia.

Aku berkerut, "Maybe?"

"Then nanti bukak lah 2:30 dengan 51:56. Dalil about your real purpose of life"

Dan aku kembali aku, terdiam yang masih buntu. Penuh tak tahu dan ada perasaan nak tahu. Tapi macam mana? Macam mana aku nak dapat jawapannya?

Ye, aku tahu menjadi Abid dan Khalifah. Tapi., apa?

Well, Wasilah Tarbiah (way of tarbiyah) yang selalu disebut oleh orang berilmu dulu; aku laluinya dengan bermula dari sini. Dari perjalanan tangga pertama dalam Maratib Amal.

*nanti aku sambung lagi. Ingat kan aku tau. Semoga ada something yang korang boleh dapat dekat sini. (Wink!) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan