Nak tahu tak? Masa aku baca soklan tu, aku tengah dalam bas taw. It take so much time untuk aku taip apa yang aku fikir. Entah, aku termenung waktu tu sambil pandang luar tingkap. (Sumpah, aku kuat termenung. Itu memang aku)
Aku suka duduk sebelah tingkap kalau dalam bas ni. Pertama, sebab aku selesa nak tidur sambil sandar kepala dekat tepi. Kedua, sebab aku suka berangan sambil tengok alam.
Biasalah, tipikal perempuan yang suka termenung macam aku. Tapi, selalunya aku takde peluang nak duduk tepi tingkap sebab kawan aku dah chop dulu. Tapi haritu, entah; dia bagi pula aku duduk tepi tingkap. Maybe sebab dia nak main phone kot, lepastu aku cakap yang aku nak tidur. So yeah, dia pun dengan baiknya memberi. Tapi aku rasa dia agak terpaksa jugak. Hahahahaha, masa dalam bas; aku ambik sit paling belakang, sebab kalau aku tidur takde siapa kacau. Well, aku; asal masuk kenderaan je nanti aku rasa mengantuk. Melainkan kalau aku termenung. Dia macam, tak tentu. Aku pun tak faham, but aku terhibur dengan diri sendiri kengkadang. Aku bukan introvert, nak kata extravert pun; tak tentu. Kadang aku rasa aku nak sensorang, kadang aku lah yang paling hyper.
Aku, macam biasalah. Normal. Macam orang lain. Kalau aku sedih, aku nangis. Kalau aku happy, aku ketawa. Kalau sakit, makan ubat. Kalau luka, cari ubat; pakai. Kalau tak suka, aku akan diam atau marah. Kalau rasa tak puas hati, aku persoalkan.
Macam orang lain, aku juga pernah rasa susah. Cuma cara dan situasi yang aku telan tu; pastilah berbeza dengan orang lain. Kan? Benda biasa weyh. Hidup aku full dengan semua rasa. Dan aku happy macam tu. Biasa je kan? Takde yang special pun. Ye, aku tahu tu.
So, what is the best blessing of my life?
Aku tertanya, tapi bukan aku tak bersyukur dengan kehidupan aku. I live my life, and I'm happy. Very much. Praise to God. Aku cuma tertanya, macam mana dengan orang lain? Aku tahu, a part yang aku nampak is mostly not like what I thought.
Aku cuma., teringin nak tahu. Macam mana orang lain hadap kehidupan dia. Apa yang buat orang lain bersyukur dengan kehidupan yang dia ada sekarang? Kita hidup, kan? Mesti kita tahu betapa susahnya kehidupan. Dan kita langsung tak berhak nak compared kan ujian yang kita dah lalui dengan orang lain. Kita tak berhak nak kata ujian kita lagi hebat dari orang lain. Ya, aku tahu.
Sebab tu, aku tertanya. Macam mana orang lain boleh survive dengan hidup yang diorang tengah hadap sekarang?
Disebabkan ada persoalan macam nila, yang buat aku jelous; dan aku tanak kalah. Aku pun nak jadi positif dan optimistik macam diorang jugak. Aku pun nak kuat jugak. Jadi, ada pemikiran yang positif dan optimistik tula yang buat aku tak berhenti berjalan. Mungkin, macam tu jugak dengan diorang?
Luka, pendam.
Tak tahan, nangis.
Penat, rehat.
Take time, healing.
And rise again.
Error? Rise again, and keep trying.
Put all your efforts; trust Allah.
Allah.
Kuncinya ada dekat situ. Dan aku yakin, semua orang Islam pun akan rasa macam tu. Hidup bertuhan.
Dengan Tuhan, kau akan heals.
Berada dalam jalan ini untuk Tuhan, kau akan terluka; tapi kau akan sembuh.
Berbanding ketika engkau terus mencari dunia, kau akan terus sakit dan sesak.
Bukankah pada Tuhan itu, menjanjikan ketenangan?
Bukankah pada Tuhan itu, menjanjikan kekayaan jiwa?
Bukankah pada Tuhan itu, menjanjikan jual beli yang sangat adil?
Bukankah pada Tuhan itu, menjanjikan berita gembira?
Dan bukankah Tuhan itu, tak pernah mungkir janji?
"Tuhan berikan kita banyak." Ayat ni aku terbaca dekat insta orang, aku rasa. Tapi aku lupa insta siapa.
Aku masih tak henti fikir. Lepas semua yang aku hadap; dan dapat. Mana mungkin aku tak bersyukur?
Kalau aku masih tak bersyukur? Akulah yang kejam dengan diri aku, dan Tuhan tak pernah sekalipun berlaku kejam pada hamba-Nya. Aku percaya tu, Sebab Allah masih lagi Tuhan yang maha Kuasa jika tanpa aku sekalipun. Dan kalau aku? Jika aku hilang satu-satunya Allah sebagai Tuhan yang Maha benar dengan kebesaran yang ada pada DIA, apa yang aku ada lepas tu? Entah-entah, dunia pun akan buang aku.
Alasan apa lagi yang aku nak bagi untuk tak nak rasa the blessing of life ni?
Tak ada.
Cubalah cari sampai ceruk mana sekalipun, aku takkan jumpa kecatatan pada Takdir yang Allah susun. Melainkan, aku sendiri yang mencacatkan kehidupan aku sebagai manusia yang hamba kepada Tuhannya.
Tak ada.
Tak ada yang mampu jadi setanding Allah. Takkan ada yang mampu lawan Allah.
Tak ada.
Sebab tu, setiap masa; benda yang boleh kita buat bukanlah melawan takdir. Tapi cuba jadi hamba yang membalas cinta Allah yang sememangnya wujud dan takkan pernah sirna.
Cuba.
Teringat satu ayat kak elvroseth (penulis ke-4 yang amat aku minati penulisannya selepas Teme Abdullah, Ramlee awang Mursyid dan Budak tomato).
Ayat ni aku terbaca dalam cerita wattpad beliau. Tak silap aku, dalam cerita Lord of Empero. Kotlaaa. Tapi aku rasa aku yakin. Ya, aku yakin,! Memang dalam cerita tu. (Hahahahaha.)
Ayat dia, berbunyi lebih kurang gini. Ta silap aku, masa ni tengah scene Lady Lilith time kecik, dengan ummi dia. Kalau tak silaplah.
"Biar kita hilang semua, asal jangan hilang Allah. Sebab bila kita ada Allah; maka ada lah SEMUANYA." -ELVROSETH in her wattpad tales.
Aku suka gila baca cerita2 beliau ni. Sumpah, tak tipu. Beliau tak pernah mengecewakan pembaca untuk semua notes dalam penulisan beliau. Kalau teme, sangat genius untuk menghurai isu semasa dalam penulisannya yang buat aku tertarik untuk baca. Ramlee Awang Mursyid pula sangat bermain dengan dramatis kata. Budak tomato menyinggah puitis dalam semua tulisan. Elvroseth pula bermain dengan mitos yang dia sendiri cipta tapi benda tu sangat relate dengan apa yang kita sedang hadap. Cuma bezanya, beliau guna konteks yang luar akal untuk semua jalan cerita.
Semuanya buat aku jatuh cinta. Semuanya buat hati aku tersentuh. Aku suka. Banyak kali dah aku jatuh cinta ni, erm.. Alhamdulillah masih bahagia. HAHAHAHA.
Well, Mungkin sebab mereka menulis dengan semua rasa tulus yang mereka ada? Sebab aku faham, bukan senang untuk seseorang hadirkan rasa tulus dalam tulisannya yang panjang. Dan bagi aku, mereka ada benda tu. Jujur, aku tak mampu nak setia pada satu buku sahaja. *Aceeehhhh jiwang naw!
Choii terukkss.
Okay dahhh. Babaiii. Sorila tak panjang.
(Dah lama tak kacau korang kan.)
Lailawrites, 29 April 2020.
Ba'da asr || Johor, Malaysia (quarantine time : covid-19)
6: 00 petang.

Gracias!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan