Sweet-Midnight; 'Imma story teller'
"Here we go our bedtime-story by me."
'Our fantasy, may not be long-lasting.
but the love; will... Because Allah is.'
*first of all, forgive my broken english. AHAHAHAHAHAHA.
'Purnama' bisikku sendiri, lalu tergelak kecil. Aku tahu benda ini tak kelakar, tapi yelah; aku nak ketawa juga. Purnama? Aku sedang terfikirkan satu nama untuk dijadikan watak. Tiba-tiba nama itu terlintas. Elwafa Qamarina. That Qamarina means moon, or in Malay; purnama (bulan). Rasa kelakar tapi macam comel dalam masa yang sama. At least aku boleh berangan yang watak itu bakal menjadi umpama bulan yang terang di malam hari sebelum adanya penciptaan mentol dan lampu;
Akan gelaplah dunia dan seisinya jika tanpa bulan si penyerap cahaya dari mataharinya; juga bersama bintang yang mengindahkan langit malam. Cehhhhhh. Dan entah-entah.., penciptaan lampu pun agaknya bermula dari inspirasi bulan tak? ehhhhh yeke? (sekatiakuuuuujeeeeeeeahahah).
Aku masih tak tahu apa function aku cerita benda ini semua. Aku cuma ingin beritahu yang aku mahu menulis cerita pendek di entri blog ini. Disebabkan blog ini aku punya, maka…. Aku rasa macam tak payah minta izin dekat korang punlah, kan? AHHAHAH. Kan aku cuma nak bagitahu je, bukan nak minta izin. Eheheheh…, *ketawa sambil kembangkan hidung.
Kalau aku minta izin, even korang tak benarkan sekalipun, aku tetap akan buat. Supaya, aku boleh terus dan terus ganggu hari-hari korang dengan penulisan aku. Hohohoho.
Aku mahu tulis cerita mitos. Yang mungkin tidak pernah wujud dan kekal fantasi, tetapi mungkin kau akan dapat rasa kwujudannya jika kau suka bermain dalam semua susunan diksi yang aku susunkan sepenuh hati ini.
It’s been a long time aku tak menulis. I lost my skills. I don’t even know how to starts my romance scene. But I try to build it back. In shaa Allah, doakan aku.
There’s so much thing happened, and I can’t handle it like before anymore.
Tak payah tahu lah kot. Cukuplah kau tahu yang aku masih aku yang sama. Gadis biasa yang comel dan sangat suka menulis dan sangat suka kacau hidup kau. Juga si kentang yang cuba untuk menjadi cantik. Aku adalah kentang yang cantik. Macam mana kentang cantik? Entah.
“Long live maharani kentang!”
Jadi, wahai rakyat kentang sekalian!!! Sudah bersediakah kalian??? Maka….,
Welcome to The kingdom of kentang Chantueqs. AHAHAHHA.
(Okay dah, stop pasal aku)
Cerita ini, mitos yang aku cipta. Aku masih ingin kekal menulis sebab aku tahu, diri aku sebagai pembaca yang suka membaca sedang mencari sesuatu. Dan disebabkan membaca, aku juga ingin memberi sesuatu. Semoga kau berjumpa ‘sesuatu’ itu dalam mitos ciptaan yang aku reka ini. J
This myth is belong to me. If you wanna continue reading it, then it’s not my false if it makes you hurt. I see. I read. I twist. I write. I share. But don’t be a dumbers whom always thinking that this story is your story. This is my writings, and my dancing fingers are write it. This is just a fantasy. There’s no such a beauty from begun until the end. But there’s always have a happy ending in every tales-exist.
Usually style that I use. sweet-romance-thriller-a bit horror-romance-sweet-cringenamateyyy.
jadi, kita akan mula dengan sweet episode dahulu. ahahahahahahaha.
There is a tale behind the story and there must be a real story among the myth. Who created and spread all the magics? Of course, we!!!! kan? ( I mean, magic in the storyla. bukan magic yang bebukan tu.)
Book is such as Doraemon punya magic door, no? "Pintu ke mana sahajaaaaa"
It can bring us to another world where we feel the fantasy is live-living-alive. We might can’t touch it, but we can feel it. It's wonderful yet powerful. (Dan mestilah tak boleh lawan kuasa Tuhan. Halah halah halaaaaah.) Dah nama pun cerita. Yang menulis itu pun manusia sahaja. Mana boleh jadi lagi hebat dari Tuhan. Yet; never can compared with God’s story line yang Dia tulis untuk kita suma ni.
This is just another mere story which is written by a mere poetry; An ordinary girl.
Aku cuma…, teringin nak tulis cerita yang seperti ciptaan cerita si pelipur lara. Boleh menghiburkan hati orang lain, dalam masa yang sama tidak melupakan mereka tentang cinta yang satu-satunya. Cinta Dia, Yang Maha Esa. Aku ingin menghibur orang lain. Jadi, aku cuba. Mungkin sebelum ini ada yang pernah baca cerita yang aku reka. Kerana pertama kali aku cuba mencoret cerita, semuanya bermula dengan serpen bersiri pendek. Siapa yang pernah baca, ya pernahlah. Siapa yang belum pernah baca…, sini. kejap lagi aku bagi kau baca.
I wrote a flawed myth. There, you’ll found so much imperfection in my writings.
Just a flawed myth and tales from the cutest and mere kentang-girl here. (ehhh?) I may not a witch. But I love to be friend with those witch coz I love witchy things. I love to read and heard their story, they’ll expel the plot and make a twist for an invisible story behind the fantasy story. Could you ever remember?
"Some fantasy is actually a reality that wore a beauty mask. Those glitter is a poison for many heart, including the main character; sometimes."
Sebab hidup ini sedikit lucu, bagi aku. Terkadang, aku rasa takdir mungkin sedang menjeling aku dengan begitu sinis dan mengatakan 'Aku takkan berjaya kalau aku lupa jalan ini Tuhan punya.' Ironinya, hidup ini sangat sarkastik. Sarkastik yang sangat real. Ada hakikat yang membawa bahagia. Ada juga hakikat yang memenatkan dan melelahkan. Ada pula hakikat yang pada awalnya terlihat bahagia, tetapi ketika hakikat itu sudah menjadi memori, semuanya diulang bersama air mata.
Dan hidup ini masih sangat sarkastik yet…, everything was just a playful. Dan kita sedang bermain di pentas penuh dengan permainan ini. Siapa yang berpegang kepada yang ‘benar’ maka dialah yang paling beruntung. Kerana hidup ini sangat asas dengan jual beli. Jika jual beli ini berjalan sesuai dengan lorong yang benar, maka akan berehatlah kelak di sana. Jika sebaliknya, tanggunglah segala persoalan yang ‘wajib’ dijawab nanti.
Aku masih tak faham kenapa aku merepek sampai ke sini. nak cakap yang aku nak tulis cerpen dalam entri kalini je pun. Heisyyyy., aku adalah si kentang yang seedikit complicated. Hanya sedikit.
Okay okay. Dahh. (panjang kan aku membebel. That's why aku oernah digelar waktu zaman sekolah dahulu dengan gelaran: 'the greatest story-teller')
Selepas bulan lima hari itu, blog ini langsung tidak aku isi dengan apa-apa, bapak lama woooooooo! Sekarang sudahpun bulan sembilan. Cuba kau kira, dari bulan lima, enam, tujuh, lapan…, 4 bulan woiiii. Istiqomahnya seorang aku tak update apa-apa di blog ini. Ahahahaha.
“Fuhhhhhhhhh!” *tiup segala habuk yang bersarang dekat dalam blog ini.
Cuba korang tengok sekalli, mana tahu kannnn. Kot-kot ada labah-labah ke dalam ni. Ahahahaha.
Okay okay okay.
it may sweet yet a bit cringe, errrr......*garu belakang kepala. hiwigo
So..., dah ready nak baca cerita merepek yang bakal kauorang tak suka ni?
Then we may start with;
'Bismillahirrahmanirrahim..,'
Al-hub (part 1)
Intoxicating stated, in his sapphire blue; I’m slowly drowned.
Waktu dhuha sudah hampir mencapai ke kemuncaknya, aku bawakan kaki ini melangkah ke surau. Aku bukanlah wanita yang baik. Aku bukanlah wanita yang sempurna. Aku bukan bidadari yang terjatuh dari syurga. Bahkan aku sendiri tidak tahu jika kayangan itu sudi menerimaku atau tidak. Dan akan wujudkah singgahsana yang bakal menerimaku sebagai maharaninya? Aku…, tiada yang istimewa dalam diriku.
Aku suka datang ke surau ini, aku suka melihat seseorang yang selalu aku lihat di sini. Dia..., si sapphire blue yang sempurna untuk aku. Mungkin juga dia seorang bidadara dari syurga yang wujud di muka dunia. Aku suka melihat dia duduk di penjuru bersebelahan dengan rak al-quran di tempat solat lelaki. Mata ini sering mengintainya senyap-senyap. Dia…, dia yang sedang membaca sebuah Humaira berwana hitam yang sering dibawanya.
Kadang-kadang aku terasa seolah bacaannya dibawa bersama angin yang menyapa, dan menghantar suaranya ke impulse saraf untukku cerna dari gegendang telinga. Dan ia sampai ke hati. Aku tidak tahu samada ini berlaku kerana hati aku sudah sedikit tersangkut pada dia.., atau kerana ayat yang dibacanya itu sangat santun dengan cinta.
Aku tidak tahu, tetapi setiap kali terlihat dia; aku yang jiwang sering wujud sama. Puitis bahasanya seolah mengolah diriku dalam wujud puisi yang sempurna. Tidak ada kertas sajak, hanya memori yang aku lakar pakai mata. Taruhannya kekal tersimpan dalam hati.
Sangat tidak ‘gangster’ bukan? Lantaklah.
Setiap kali aku melakukan ‘kerja-kerja’ intaian ini, tirai pemisah itu akan aku selak sedikit dan aku pinkan ia. Kedudukanku akhirnya adalah bertentangan dengan si sapphire blueku itu. Aku tenung wajahnya. Lama. Entah kenapa, wajahnya selalu buat aku terasa ingin mendekatinya. Tetapi aku tahu. Aku tahu siapa aku, dan aku sedar…, aku bukan wanita yang beragama. Yang sesuai untuk dia. Kerana itu, iris mata coklat gelap ini hanya mempu memerhati si sapphire blue itu dari jauh sahaja.
Dia mungkin si bidadara, aku cuma si hodoh yang banyak lompong sini-sana, yang sedikit bertuah kerana dapat dengan tidak sengaja melihat dia di dunia. Dia mungkin raja di kayangannya, dan tidak mungkin akulah maharani yang terpilih untuk mengisi ruang waktu yang sama dalam singgahsananya. Aku tahu, aku siapa. Dan aku sedar hakikat ini.
Aku…, tak sempurna jika dibandingkan dia.
Kadang-kadang, aku sendiri tidak tahu mengapa aku menyertai badan usrah di sini sedangkan aku bukanlah perempuan yang seperti itu, asalnya. Aku musykil dengan diri sendiri, aku melakukan ini kerana dia…, atau DIA? Aku bukan budak-budak usrah, tetapi aku sukakan kebaikan. Ya, semua manusia sukakan kebaikan. Aku juga. Tetapi aku bukanlah perempuan tipikal islamik. Aku…, cara hidupku juga sangat tidak usrah. Aku cuma akan menutup auratku sepenuhnya ketika di kolej atau ketika aku datang usrah atau ketika keluar dengan usrah-mate ku sahaja.
Aku datang usrah kerana aku tahu benda ini baik. Dan sebab utama aku menyertai usrah adalah kerana dia. Si sapphire blue yang sempurna itu. Aku ingin tahu lagi dalam tentang islam, kerana aku mahu mendekatinya. Ya, aku tahu aku salah. Niat aku tidak benar. Aku salah. Aku berdosa. Tetapi aku tidak mampu menghalang hati ini untuk mencari apa yang dimahukannya.
‘huhhh..,’ sedikit, aku mengeluh dengan diriku sendiri.
Entah berapa banyak kali agaknya sel-sel otakku terputus akibat mengeluh yang sangat tak terhitung setiap kali aku memikirkan segala kesalahan dan dosa yang aku perbuat? Kenapa maksiat ini terasa manis? Kenapa dosa ini terasa manis?
Kenapa?
Aku tahu kebaikan itu baik. Tetapi aku takut juga…, aku takut semua orang pandang aku tinggi. Aku takut semua orang pandang aku serong jika aku berubah tetapi tidak sempurna. Mungkin sedikit-demi sedikit. Dan aku masih cuba. Sedikit demi sedikit, aku cuba untuk belajar dan mendekati yang sepatutnya. Tetapi tidak dapat tidak, perhatianku masih untuk dia.
Dia, si hamba yang sama manusia. Dia, si sapphire blue yang sempurna bagiku.
Aku hirup nafas dalam-dalam. Sesaat, dua saat dan aku melepas nafasku seiring memejamkan mataku. Mengeluh lagi. Bukan tidur. Cuma…, entahlah. Barangkali untuk melepaskan sedikit beban. Bukan beban, tetapi bermacam soalan yang terbenam dalam benak sendiri. Rasa ini sedikit menyakitkan untuk aku, tetapi aku masih suka dengan hidup aku.
Pernahkah kau rasa perasaan ini? Sangat kusut, kan? Otak kau bermain dengan bermacam persoalan, tetapi jawapan yang kau dapat masih samar dan kau tak dapat tangkap ia secara jelas. Kadang-kadang aku penat dengan otak ini, ia sering mempersoal sesuatu yang aku sendiri tak mampu dengan baik mencari jawapan itu. Adakalanya, otak ini ingin menanyakan soalan yang sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana bentuk soalan itu. Tetapi mahukan jawapan yang pasti. Sangat-sangat mahukan.
Pelik kan? Aku juga pelik dengan diriku, otakku.
Dan selain melihat lelaki itu, aku temui sesuatu yang sedikit lega untuk diriku di dalam surau ini. Aku tidak tahu mengapa, tetapi mendengar dan melihat manusia lain mengaji dan bersujud di atas sejadah di dalam surau ini…, buat aku rasa ‘sesuatu’. Sesuatu yang aku sendiri tidak tahu hendak menerangkannya bagaimana.
Aku buka kembali kelopak mata ini, seiring dengan itu, entah hembusan bayu daripada mana bertiup sedikit kuat sehingga menyebabkan tirai pemisah antara musolla lelaki dengan musolla perempuan itu tersingkap penuh. Saat itu juga, si sapphire blue yang sering menjadi hidangan untuk sepasang mata milikku itu mengangkat wajah, barangkali terganggu dengan tirai yang seolah ingin menari tetapi terhalang dek jahitan pada besi.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat,
Dan lima saat berlalu…, aku mulai lupa bagaimana caranya oksigen dihirup melalui rongga hidung. Jantungku turut lupa bagaimana sepatutnya ia memainkan rentak dalam skala yang betul mengikut peredaran masa jasad ini bernafas.
Iris matanya yang sangat sapphire dan sedikit biru itu tampak sempurna. Warna biru pada iris itu tidak terlalu nampak. Birunya seolah biru Kristal yang ingin memudar tetapi tetap ada. Untuk sekali pandang, mungkin hanya akan terlihat sapphire sahaja. Tetapi apabila kau menatap ke dalam terus anak matanya…, kau akan melihat keindahan yang ada pada matanya. Penuh khayalan. Penuh intiminasi. Dan aku terkhayal.
Intoxicating.
Wajahnya sangat simetri, setiap lekuk yang ada pada wajah itu sangat sempurna. Hidungnya berbatang dan mancung sederhana. Kulitnya cerah, dan itu memperlihatkan kemaskulinannya. Rambutnya sedikit kerinting di bahagian hujung, ikal. Warnanya hitam pekat, tidak terlihat sedikit pun perang walau tersuluh mentari dhuha. Bibirnya pula berwarna merah pucat dan sedikit merekah. Anak rambutnya yang terjatuh di bahagian dahi itu…, sedikit menggugat jiwa wanita ini.
Dan kerana matanya yang berwarna unik itu, aku gelarkan dia si saphhire blue.
He can be the butterfly I feel in my belly.
Mata antara kami bertarung rasa. Entah kenapa jantung ini laju, tetapi rasa yang menghentam begitu hangat dalam jiwa. Hembus nafas ini; biarpun hilang aturannya, tetapi masih mengindahkan suasana. Si Sapphire blue itu seolah ingin berbicara. Dan kami berbicara dengan bahasa bisu. Perantaranya pula, adalah bayu yang menari di ruangan atmosfera yang wujud antara kami. Kami…, seolah pasangan mannequin yang sedang cuba berbicara dengan bahasa hati. Rasa ini indah, dan aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku terangkan dengan lebih jelas bagaimana lagi perasaan itu terbentuk.
I’m drowning into his sapphire blue.
Aku tenggelam. Dan manusia ini …, sekali lagi terjatuh ke dalam persoalannya sendiri yang terkadang; jatuhnya adalah pada dosa yang sangat manis untuk dirasa. Aku tahu, tidak menjaga pandangan itu tak bagus. Aku tahu ini dosa, tetapi kenapa dosa ini terasa manis?
Aku terbuai.
Lelaki tersebut duduk sejenak di bawah pohon rendang yang ada di taman rekreasi itu. Memang ini tabiatnya selepas tamat kelas. Dia lebih suka berseorangan dan menulis sesuatu pada buku catatannya. Kadang-kala dia menulis puisi. Kadang-kala pula dia melukis. Sesungguhnya dia ini, adalah lelaki yang sangat puitis dan romantis. Karangannya penuh dengan romansa, tarian jemarinya membelai lantai kanvas dengan sepenuh jiwa. Dan cintanya turut berdansa dalam diksi yang dia susun satu-persatu.
Hatinya penuh dengan sesuatu yang dia mahu kongsi. Sesuatu yang manis dan memberi manfaat, yang juga kadangnya berbentuk luahan untuk melepas keluh. Cumanya bukan dalam bahasa kasar tetapi lebih kepada puisi dan nukilan yang menyedapkan hati yang membaca. Ini cara dia melepaskan lelah dari dalam jiwa. Kesedihannya terkumpul dalam diksi yang dia susun, dan ia membentuk wacana yang tampak bahagia untuk sesiapa yang membaca.
Kerana dia pernah sakit, dan dia tidak mahu orang lain merasai sakit yang sama seperti yang dia pernah rasa atau mungkin masih rasa. Jadi dia memilih untuk menyebarkan lebih banyak bahagia dan gembira daripada kesakitan dan tangisan. Dia puas dengan begini. Dia suka apabila ada yang suka dengan hasil penulisannya. Dia lega kerana sekurang-kurangnya dia tahu, dia berjaya buat semua orang rasa percaya pada harapan untuk bahagia.
‘Semua orang…, layak bahagia.’
Semua orang layak.
Dia mulai membuka satu aplikasi berlogo burung dari dalam telefon berjenama Apple rose gold miliknya. Warna aplikasi itu, biru dan putih. Dia menaipkan sesuatu, kerana tatkala itu…, minda dan hatinya teringat akan wanita yang dia selalu nampak di surau. Selalu, setiap kali dia berada di surau, dia terasa dirinya seolah diperhati. Teringat saat mata mereka saling bersabung tadi, untuk pertama kali…, sedikit sepi dalam ruang kosong hatinya menjadi terisi.
Selesai menaip, dia kembali mematikan telefonnya. Tangannya kembali melakar beberapa garis untuk membentuk satu entity dalam buku lukisnya. Setelah siap, dia tersenyum melihat hasil karyanya sendiri, tersenyum seolah dia benar-benar puas dengan hasil kerja jemarinya.
Jemari kanannya mengusap lakaran tersebut, dan matanya kembali membaca nota pada hujung bawah sebelah kanan lukisannya, yang ditulis pada buku lukisnya itu.
‘There’s so much said in every unsaid, there’s so much peace in every times we met. Hey, Senorita. We’ll meet again soon.’ –April, SweetDaisy.
Matanya sekali lagi tertancap pada wajah yang dilukisnya beberapa puluh minit yang lepas,
Wanita itu.
Di dalam buku itu, seringnya dia melukis satu entity manusia yang tidak lengkap. Dia hanya sering terlihat bibir, kadangkala terlihat kelopak mata atau kening wanita itu sahaja. Kerana kesuluruhan wajah wanita itu biasanya tertutup oleh tirai pemisah antara musolla lelaki dan perempuan. Tetapi hari ini, setelah sekian lama …., akhirnya wajah itu dapat dilukis penuh. Dia sangat mengamati wajah wanita itu tadi. Dan hasilnya, ada di dalam kertas kanvas pada buku lukis yang sedang dipegangnya.
Wanita itu.
Wanita yang sering curi-curi pandang dia ketika dia sedang mengaji di penjuru musolla lelaki bersebelahan rak Al-quran. Bukan dia tidak perasan, dia perasan. Bukan dia tidak tahu, dia tahu. Saat itu juga dia sering mahu melihat wajah wanita itu, tetapi yang sering dia nampak hanyalah sedikit sahaja daripada wajah mulus wanita itu. Dan saat ini, dia mahu. Dia mahu tahu dan mahu kenal siapa wanita itu.
Dia mengusap lagi lakarannya, bibir merah pucatnya menyungingkan satu senyum manis. ‘My beloved,’
Teringat saat dia cuba mengejar langkah wanita itu tadi,
(imbas kembali)
Entah berapa saat berlalu, dua pasang mata itu saling berpaut rasa. Mungkin sedang berkongsi rasa yang sama. Masing-masing cuba melahirkan rasa hangat untuk bertukar cara komunikasi dalam bisu dengan pandang yang tenggelam.
Dia terlihat wanita itu melarikan anak matanya. Pipi wanita iu mulai mentomato. Manisnya wajah wanita itu. Entah kenapa matanya suka melihat pemandangan ini. Cantik itu subjektif. Dan dia melihat ‘cantik’ yang dia sendiri definisikan, dalam diri wanita itu. Dia turut bangun dan berdiri. Mulai mengorak langkah untuk ke pintu keluar-masuk musolla di sebelah luar yang mencampurkan masuk-keluarnya Jemaah yang berlainan jantina.
Sebelum masuk ke surau itu, ada satu pintu pagar yang tidak terlampau besar untuk para jemaah meletakkan kasut atau selipar. Batas suci. Yang telah dibuat supaya bahagian dalam surau itu tidak kotor dengan kotoran fizikal seperti habuk yang ada pada tapak kasut atau selipar para Jemaah. Namun demikian, di bahagian dalam sebelum masuk ke ruangan musolla yang dikhaskan untuk jantina berasingan; yakni musolla untuk lelaki dan musolla untuk perempuan, kedua-duanya mempunyai pintu tersendiri untuk ke bahagian tersebut.
Ini bermakna, tidak akan ada pertembungan yang berlaku semasa mereka masuk ke musolla atau ke tempat wudhuk.
Saat itu, dia cuba mengikuti langkah kaki wanita tersebut. Mungkin kerana langkah wanita itu yang terlalu gopoh, entah macam mana dia terlihat wanita itu hampir tersungkur. Namun, takdir yang baik memihak kepada wanita tersebut. Wanita itu tidak terjatuh. Cumanya…, habis berterbangan kertas dan berjatuhan semua buku yang ada di dalam dakapan wanita itu.
Dia mendekat dan cuba untuk membantu, “Mind if I help you?”
Tanpa memandang wajah lelaki yang ada di dahadapannya, wanita itu menjawab, “Sure, thanks.” Sambil tangannnya dan matanya masih ralit memungut kertas flyers yang dia reka untuk event kecil yang bakal dia urusi kelak. Sedikit, dia mengutuk diri sendiri. “Such a clumsy and silly you, little bicth!”
Selesai, dia mengangkat pandangan, “terima kass-” percakapannya sedikit terbejat. Matanya tidak berkerdip, jantungnya mulai hilang fungsi sebenar. Sekali lagi, dia terlupa cara bernafas dengan betul.
Ohhhh, my……. Sapphire blue!
“Sapphire blue,” Entah macam mana bibirnya boleh terlepas sebut dua patah perkataan itu. Perkataan yang merujuk kepada lelaki yang ada dihadapannya ini. Terus dia mengerdipkan matanya lebih lima kali dan menekup mulut sendiri. Dan seiring dengan itu, dia tersedu.
Holly shoot! What a perfect timing! Kenapa dia boleh tersedu pada waktu-waktu begini? Sangat memalukan! Rasa hendak menyorok dalam blanket selepas itu menyorok dalam almari. Aaaaaaaa…, ibuuuuu! Mimi maluuuuuuuuuuu.
“Cute” kata lelaki tersebut.
Wanita itu berkerut lalu memandang wajah lelaki tersebut dengan wajah yang sedikit keliru. “Pardon?”
“You’re hiccup when you’re shy. Well, it’s freaking cute, miss…?”
Wanita itu cuba menahan senyum dengan menggigit sedikit bahagian dalam pipinya. Dia juga sedaya mungkin menahan pipinya daripada memerah, why is this so-damn-hottest-man in front me is freaking honest to me? My gatch!!!!
“er…, Syamimie. Call me Syamimie.”
Lelaki itu terzenyum, “My beloved.”
“Haaa?” Syamimie semakin kurang mengerti, namun dia bukannya bodoh untuk tidak mengerti maksud perkataan yang disebutkan oleh lelaki itu. Dia tahu beloved itu apa. Dan dia tahu ‘my’ itu menunjukkan siapa. Cuma ketika ini…, otaknya sedikit bercelaru. Barangkali sesetengah wayar sudah habis tercabut.
Lelaki itu tergelak kecil melihat wajah Syamimie yang semakin keliru itu. Syamimie sedikit tersentak. Dia suka mendengar ketawa lelaki dihadapannya ini. Ahhhh, merdunyaaa! Bila dah suka, semua benda akan jadi semanis madu.
Lelaki itu terhenti ketawa dan matanya menatap ke dalam anak mata coklat gelap milik syamimie. Pandangannya begitu redup, ia simbol rasa senang dan tenang daripada lelaki itu. Mata itu biasa, tetapi hangat yang Syamimie kongsi luar dari tabi’i yang dia pernah rasa selama ini. Dia suka rasa ini. Ya, dia sukakan senyuman Syamimie. Dia suka melihat pipi itu memerah apabila sedang malu-malu.
Segala-galanya yang ada pada Syamimie, semua indah pada matanya.
Dia…, sangat indah pada mata. Sangat cantik, apabila berbicara. Manis ketika tersenyum; buat hati lelakinya mahu turut senyum sama. (dan lagu ciptaan eda naziela seolah bermain dalam gegendang telinganya)
-Tamat imbas kembali.
Dialah, lelaki yang sama yang digelar sapphire blue. Dia…, yang namanya Ashraf Na'im. Hanya dia, seorang Na'im untuk ‘Syamimie’nya. Nak tahu tak maksud Syamimi itu apa? Syamimi itu bermaksud kesayanganku. Dan siapa tahu? Syamimie itu bakal menjadi sesorang yang paling dia sayangi kelak?
Dia teringat panggilan yang Syamimie gelarkan untuknya. Sapphire blue. Dia tersengih lagi. Angau agaknya. Rasa sedikit special dengan gelaran yang itu. Kerana tidak semua orang perasankan warna sebenar yang wujud di dalam anak matanya. Semua orang boleh detect warna matanya adalah sapphire. Tetapi tidak ramai yang perasan warna asal yang ada pada matanya adalah sapphire blue.
Dia membuka semua aplikasi sosial media yang dia ada. Menukar nicknamenya kepada gelaran yang diberi oleh ‘Syamimi’nya.
Sapphire blue.
Aku duduk di meja makan, dan mulai memegang dadaku. Aku tersenyum sendiri, Teringat si sapphire blue itu tadi…, aku jadi suka. Aku tahu perasaan ini tidak patut ada. Aku tahu, tapi aku kisah apa? Aku tahu aku cuma patut belajar sahaja di sini. Keluargaku menghantarku ke sini untuk belajar. Aku tahu itu. Tetapi ini bukan apa-apa, aku cuma minat sahaja. Apa salahnya?
Salahkah niatku ini? Terpesong sudahkah aku?
Aku mula membuka aplikasi twitter dari dalam laptopku. Entahlah, sejak akhir-akhir ini, tabi’atku untuk bermain media sosial sangat tidak boleh di bendung. Tetapi, apa yang aku tahu untuk lakukan…, hanya menscroll sahaja. Sekadar ingin menghilangkan bosan. Aku scroll dari atas sampai bawah. Terlihat ada salah satu followersku yang aku juga follow, telah me-retweet suatu ayat yang sangat indah untuk dibaca dan dihayati oleh sang hati. Sedikit jiwang, kerana ia adalah sebuah puisi ringkas yang ditulis oleh seseorang.
Aku membaca puisinya berulang,
‘Jika cinta itu raja; maka…, apakah pula takhtanya?
Jika cinta itu dusta; maka…, apakah yang menipu itu mata?
Jika cinta itu hamba; maka…, siapakah yang bakal terpenjara?’
Sempat mataku melihat nama profile yang telah tweet kan puisi itu, aku sedikit terkejut. Aku melanjutkan pembacaanku. Jantung ini serasa tersentak untuk serangkap lagi ayat terakhir yang dia lukis dalam aplikasi ini, aku baca perlahan. Dan sangat perlahan.
‘Dan kamu; wahai Si Bunga, masih dengan malu-malu mengintai Sang Jaka; yang sedang mengaji sebuah Humaira di tepi penjuru terpencil dalam kota.’
Aku terus menekup mulut. “Is that him???” mataku sedikit bersinar dan semakin membulat. Aku…., aaaaaaaaaaaa! Rasa hendak menjerit. Aku teruja. Sumpah!
“Is that really…, really my sapphire blue???” Kenapa aku rasa lain macam dengan ayatnya yang terakhir ini? Kenapa aku terasa seolah ‘bunga’ yang disebutkannya itu adalah aku? Berdasarkan apa yang telah aku perbuat selama ini? “Is he really noticing me???”
Jika benar seperti apa yang aku perkira, maka aku adalah manusia yang paling gembira. Tetapi rasa ini perlu aku jaga. Takut terlebih jangka, lari pula dari medan asal dan punah pula harapan yang kian terukir. Aku tak mahu sakit disebabkan manusia. Apatah lagi lelaki. Tetapi apabila ia melibatkan sapphire blueku itu, aku mahu tahu. Tak kira!
Umum kita tahu bukan? Bahawa wanita sangat memahiri satu ilmu, iaitu ilmu stalker dan cari sampai dapat. Jujurnya, aku bukan tipikal gadis seperti itu, tetapi aku rasa malam ini aku bakal tergolong dalam golongan yang sebegitu. Terus aku menekan profile yang menggunakan nama ‘sapphire blue’ itu. Jantungku sekali lagi berdegup, kencang! Rentaknya seolah tersalah gendang. Tidak sumbang bahkan terasa merdu paluannya.
‘He is a peanut butter to my jelly’
Gambar sepasang mata yang sangat aku kenal. Gambar itu tidak menunjukkan sepenuhnya wajah milik sapphire blue yang aku kenali. Tetapi aku kenal mata dia. Dan aku kenal perasaan ini.
Dia…, si sapphire blue itu. Gambar seorang lelaki yang sedang duduk di bawah pohon yang rendang sambil bermain dengan kucing pula menjadi gambar latar kepada gambar profilenya pada aplikasi sosial burung putih itu.
Warna baju yang dipakai oleh orang di dalam gambar itu lebih meyakinkan aku bahawa akaun ini memang akaun lelaki yang sering aku intai senyap-senyap di penjuru surau itu. Si sapphire blue ku. Aku tahu aku mengarut. Aku tahu. Tetapi aku dan…, aku yakin!
Aku kenal perasaan ini, dan keyakinanku melebihi keraguanku.
Ini dia! Sapphire blue ku.
“Because he is an apple to my pie.” Dan lagu perfect two terus berdendang dalam telinga yang sudah aku sumbat dengan earphone ini. Terus aku menekan butang follow yang wujud dalam dunia burung biru dan putih itu. Walaupun aku masih tidak tahu samaada orang ini adalah orang yang sama dengan yang aku kenali atau tidak, tetapi aku yakin dengan rasa ini. Ya, aku yakin.
Tidak lama selepas itu, telefonku berbunyi. Telefon ini berdering meminta diangkat. Tidak sampai beberapa saat, ibu jariku ini aku leretkan ke kanan.
“Assalamualaikum,” terdengar salam dari corong sebelah sana.
Aku menjawab dengan penuh santun. Ini suara ibuku. “Waalaikumussalam, ye ibu? Mimi ni.”
“Anak ibu sihat? Dah solat ke tu? Dah makan belum? Duit dekat dalam poket tu cukup?”
Aku tertawa kecil, senang dengan telatah ibu yang seolah memanjakanku lagi dan lagi ini. “Ibuuuuu.., Mimie dah besarlah bu. Mimie pandai berdikari tau. Mimie dah masuk 22 dah tahun ni taw.”
Aku terdengar suara ibu ketawa. Ahhhh, tenangnnya. Selepas satu hari aku kusut dengan otak dan diriku, tetapi setelah mendengar suara dan ketawa ibu…, aku rasa terisi. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi rasa hangat ini seperti di rumah.
Here is a little cat who missed her home so damn much! Huwaaaaaaa, aku rindu ibu.
‘Home isn’t a place, home is a person whom made us feel peace.’ Aku teringat ayat yang aku baca tempohari dari sosial media yang berlambang burung itu. Pertanyaan ibu sedikit menyentakkan aku,
"Kakak terima tak lamaran tu?"
Dan ketika itu, ear-phoneku mendendandangkan lagu dari MP4 playyer; 'Istikharah by Eda Naziela'
Sweetveth, 9:48 pm (12.09.2020)
(hampir 4k words juga, nah.... makan)

Gracias!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan