Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Cerita pendek: The Scrabble

Isnin, 28 September 2020

 

Laila-tales; Scrabble




The Scrabbles

“Keep your head up, princess”

 

Lily memejamkan sebentar matanya. Entah kenapa, kenangan lalu tiba-tiba menghenyak keteguhan jiwa. Merentak pada irama paling syahdu, dan itu.., membuatkan jiwanya sakit. Nafas ditarik dalam-dalam, lalu dihela perlahan. Berada pada jarak yang jauh sebegini memang bermain dengan rasa rindu yang tajam. 

Tetapi syukurlah, kerana jarak tidak pernah mengkhianati hati-hati yang ikhlas. 

Dia duduk merenung danau, sekejap-sekejap diubah picingan matanya ke arah langit. Mentari senja yang bakal bersembunyi daripada purnama malam terus berlari sehingga kelihatan seolah terbenam ke dalam bumi persis tertanam. Namun hakikatnya, ia melintasi sfera bumi pada bahagian lain pula.

Begitulah yang terjadi setiap hari. Begitulah sifat alam yang sering bertukar cerita pada saban hari dan malamnya. Indah, semua ciptaan Tuhan itu indah dan terlampau. Dibandingkan dengan binaan yang manusia bina, biarpun menambah selesa tetapi sangat jarang membuatkan seseorang jatuh cinta. 

Bak kata Rumi, ‘yang terlihat menawan, tak semestinya membuat kita jatuh cinta. Tetapi yang membuatkan kita jatuh cinta, semestinya terlihat sangat menawan pada pandangan mata.’

Binaan tangan manusia tidak mampu menjadi setanding ciptaan yang mencipta manusia itu sendiri. Buktinya, lihat sahaja pada syair arab yang paling popular dengan ayat al-quran. Ia tidak sama. Berbeza. Ironinya, manusia itu juga salah satu ciptaan istimewa milik Tuhan. Semua ciptaan Tuhan memang indah, tetapi manusia adalah lebih indah. Diberi perhatian sebaiknya oleh DIA, dalam al-quran sendiri tuhan kata begitu. Tuhan berikan kita banyak. Satu kata pun sudah mampu mendefinisi semua; indah.

Kita lihat semua Indah, tetapi hakikat yang ditelan oleh sang alam tidak seperti yang kita nampak. Syahdan, itu semua ketelanan mereka yang ditakdirkan hidup sebagai makhluk yang sentiasa terlihat indah untuk tatapan manusia. Lihat langit, yang kita nampak cuma putih dan biru pada siang hari, maka itu mengundang rasa tenang. Ditambah dengan angin sepoi yang bertiup, semuanya cukup sempurna untuk membuatkan kita terlebih bersyukur dan terus mentadabburi kisah cinta dari Yang Mencipta kita.

Namun pada hakikatnya, lapisan stratosfera dalam sistem atmosfera itu sedang ada pergelutan yang maha dahsyat di antara partikel-partikalnya. Gas-gas ozon yang ada di sana telah pun membentuk perisai kepada bumi iaitu ketika susunannya merangkai ikatan kovelet bagi menghalang cahaya Ultra Lembayung (UV) daripada memancar terus ke bumi. Dalam erti kata yang sepatutnya ikatan kovelet itu menapis cahaya matahari agar tenaga suria yang sampai pada bumi tidak akan merosakkan secebis pun ciptaan yang kita lihat indah ini. Tapi sayang, kini gas-gas ozon itu sedang bergelut dengan gas-gas yang mampu memecahkan ikatan kovelet mereka. Gas kluorofluorokarbon (CFC), terutamanya.

Gas CFC yang mampu memecahkan ikatan kovelet itu datang dari ciptaan manusia yang kita lihat menawan tetapi tidak cinta. Kini, ikatan-ikatan kovelet itu sedang berperang pada dua bahagian. Satu bahagian sedang melindung bumi daripada sinar UV dan satu lagi bahagian sedang bertarung dengan gas-gas yang ingin memecahkan perisai mereka dari dalam. Itu, secebis ‘tahu’ yang mereka hadap dan kita cuba faham. Hakikat itu akan tetap menjadi definisi indah yang sekadar indah kepada meraka yang cuma melihat tetapi tidak cuba ambil tahu.

Manusia masih lagi manusia, yang sebahagian besar daripadanya adalah mereka yang tamak dan lokek; bodoh dan sombong. Manusia masih lagi manusia yang sebahagian besar daripadanya adalah mereka yang hanya tahu dan menuduh berbanding yang cuba faham dan cuba tolong. Tuhan, semoga kau sudi menerima ampun daripada hamba yang sering leka dengan selesa dunia ini.

Kehidupan ini sangat ironi, manusia itu semulia-mulia ciptaan tetapi selemah-lemah makhluk. Nafsu ini.., yang buat kita keliru dalam perjuangan kita. Sekali lagi, nafas Lily dihembus lepas. Terdengar sangat berat. Bibirnya tersengih sinis kepada diri sendiri, mengejek diri yang selalu lupa bersyukur walhal Tuhan sudah berikan dia banyak. Banyak.

Matanya ditutup, lama.

Selepas malam mengganti tirai alam, dia keluar lagi. Duduk dan menatap langit. Entah kekuatan mana yang buat dia hilang rasa takut. Pukul tiga pagi itu juga dia keluar dan duduk di bahagian halaman belakang rumahnya, taman bunga mini yang dia dan suaminya pernah bina dahulu. Kakinya mulai melangkah dan kini, dia duduk di atas kerusi yang memang tersedia di situ.

Kerusi itu bertujuan untuk menjadi tempat empunya taman duduk bersantai menikmati keindahan alam. Langit pada malam itu sangat damai. Busana langit yang terhias dengan bintang juga kelihatan indah. Tak lupa juga pada si purnama yang terlihat bulat. Comel! Segala-galanya terlihat indah jika cuma dilihat, kerana hakikatnya tidak semua bintang itu masih bernyawa ketika cahaya yang disinarkan oleh dia sampai pada penglihatan manusia. Dia berbakti untuk memberi rasa senang dalam keadaan dirinya sudah terkorban dan tidak sempat melihat rasa indah yang manusia lihat dari hilangnya nyawa sebutir bintang. Lily tersenyum lagi, ahh.., manusia mudah lupa pengorbanan sang alam untuk memujuk mereka supaya bersyukur. Semoga Tuhan selalu beri ampun kepada kita.

Mp4 playernya dipasang. Lagu yang bermain di earphonenya mengundang virus sendu. ‘Sembunyi Rahsia’. Matanya sampai terpejam menghayati lirik lagu yang terpasang. Suara yang menyanyikan lagu itu membuat kedinginan malam terasa lebih syahdu untuknya. Tuhan., dia tersangat rindu. Tersangat.

 Lily merasa ada seseorang dibelakang yang sedang mendekatinya, haruman apple ini menusuk ke dalam rongga hidungnya. Dia kenal bauan ini, dia tahu itu siapa. Badannya serta merta mengigil, namun dia tidak berkeputusan untuk mengangkat kaki. Earphone yang menyumbat telinganya itu dikeluarkan. Mp4 player itu digenggam erat. Mp4 playernya itu adalah hadiah dari insan yang paling dia cinta dan yang paling dia rindu saat ini.

“You’re here.” Tuturnya perlahan, ibarat berbisik namun suara gemersik Lily dapat didengari oleh orang itu.

“Yeah, I’m here.” Terdengar sahutan suara garau dari belakangnya. Tidak dekat, namun tidak terlampau jauh. Lelaki itu akhirnya mengambil tempat dan melabuhkan punggung di sisi Lily, tidak ada jarak. Ini bukan dosa. Lelaki itu sah untuk mendekatinya. Bahkan untuk buat lebih daripada itu pun tidak ada dosanya.

“I always am.” Suara husky itu berbunyi lagi. Dia rindu suara ini, dahinya sedikit berkerut. ‘Tapi abang dah mati. Suami Lily dah tak ada .’ desisnya. Takut itu memanglah takut, cuma rasa rindu ini sangat tinggi melawan rasa takutnya dalam hati. Rasa rindu mampu menjadikan waras akal terlihat mustahil untuk dipercayai. Dan dia tenggelam dalam rasa rindu yang kian menggunung.

Lily cuba membuka mata; mahu ditatap wajah suami yang dia rindu itu sungguh-sungguh, namun ada satu tangan yang menutup mata Lily dan serta merta pandangan Lily gelap semula, “Don’t, or this fairy tale will disappear itself.”

 Lily tersentak sedikit. Kalau ini mimpi.., kenapa semua terasa sangat real?

“Lily rindu abang..,” suara Lirih Lily bersuara, menahan sendu yang semakin menyesakkan pernafasannya. Saat ini, dia mulai terlupa bahawa oksigen itu wujud. Sakitnya dada dia tak mampu lagi dia bendung. Dia penat.., tapi harus erpura-pura kuat. Dia penat…, tapi perlu terus berjalan.

“Abang tahu.” Sahut suaminya. Lily kekal menutup mata, tangan yang sedang menutup matanya itu dipegang. Lily merapatkan badannya dengan badan lelaki itu, umpama ingin masuk ke dalam tubuh kekar milik suaminya. Akhir sekali dia merasa tubuhnya didakap, erat. Dia menyandarkan kepala pada dada bidang suaminya, tiada lagi bunyi detak jantung. Rasa seolah dia menyentuh satu jasad bernafas tetapi tidak ada jantung. Pelukan itu juga tidak sehangat dulu, ianya dingin tetapi tidak menyeramkan bahkan ia tenang. Barangkali kerana rasa rindu yang menebal.

“Abang tinggal Lily.., abang dah janji nak jaga Lily. Kenapa abang tinggal Lily,? Sampai hati abang.,” Tangisan Lily pecah. Dia tersedu dalam tangisnya. Jantung itu berdetak hebat menzahir rasa rindu yang kian melukai jiwanya. Dia sakit dalam rasa ini, tetapi mukmin kena kuat. Dan dia tetap harus berjalan.

“Mana ada, sayang. Abang tak pernah tinggalkan Lily.”

Belakang badannya diusap oleh tangan dingin itu, kedudukan tangan suaminya tepat dengan kedudukan jantung Lily. “Inikan.., ada abang? Kan?” suara husky itu bersuara seolah memujuk.

 Lily hanya mengangguk. Iya, kemalangan yang berlaku beberapa minggu lepas; selepas pernikahan mereka yang baru berlangsung selama enam hari itu hampir meragut nyawanya, namun suaminya itu sanggup memberi dia peluang untuk bernafas dengan sempurna (bawah kuasa Allah). Ini pilihan yang diberi izin-Nya untuk setiap kelancaran perancangan, bukan takdir yang dia cuba lawan. Operasi dilakukan, jantung ditukar dan dengan izin Allah; segalanya lancar.

Hasilnya, dia terpaksa hidup untuk menerima hakikat bahawa suaminya itu sudah tidak lagi mampu bernafas bersama dia. Dia kehilangan.., soulmate nya. Dia kehilangan suami yang dia cintai tetapi tidak melebihi cinta dia kepada Tuhan. Cuma saat ini, jiwa itu terlampau sarat dengan rasa rindu sebagai hamba kepada Tuhan. Jiwa wanitanya terbeban dengan segenap rasa yang menghambat kekuatan yang dia ada. Maka biarlah, kali ini sahaja. Biarkan dia tenggelam sekejap. Kali ini sahaja.

Dia janji, cuma kali ini sahaja. Tuhan, hanya kali ini.

Kali ini.

 

 

Lily masih lagi mengogoi di dalam pelukan suaminya. “Lily rindu, Lily rindu.., Lily rindu abang.”  Kepalanya terasa diusap, perlahan.  

“Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab tak lupa abang.”

“Terima kasih, sebab selalu bagi abang hadiah. Abang suka hadiah-hadiah sayang tu.” Suara itu memberitahu, bahagia. Jujurnya sejak pemergian lelaki itu, dia tidak pernah sekalipun lupa mengirimkan bacaan ayat-ayat al-quran yang dia baca untuk dihadiahkan kepada manusia yang pernah bertakhta di dalam hatinya. Dan masih. Saban malam, itulah yang dia akan lakukan sebelum tidur dan setiap kali dia mengaji.

Kepalanya sakit, cuba didongakkan. Matanya cuba dibuka, wajah suaminya terlihat kabur. Dahinya berkerut, sakit. Namun sekali lagi dia buka matanya, menatap garitan senyum dari rekahan bibir merah jambu milik wajah jernih sang suami. “Abang.,” wajah itu dipegang dan diusap, lembut. Dingin dan pucat macam tak ada darah. Tetapi wajah itu sangat kacak pada pandangan dia. Sangat tampan dan masih manis seperti yang selalunya.

“Sangka baik dengan Allah, sayang. Buang ego bila dekat dengan Allah.” Itu kata-kata terakhir yang dia dengar sebelum entah macam mana dakapan itu bertukar goncangan dan mata yang dia rasa dari tadi terbuka rupanya tertutup.

“Lily, bangun Lily.!”

Dia membuka mata dan…, wajah kakak kepada arwah suaminya, kak Maryam dan sahabat baiknya, Ufairah sedang menjadi hidangan mata. Kedua-dua mereka mulai cuak dan.., risau? Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan, iris mata coklat gelapnya melilau mencari sesuatu. Atau lebih tepatnya.., seseorang.

“Mana abang, kak Maryam?”

“Ahmad dah tak ada Lily., suami Lily dah tak ada.” Kak Maryam membalas, suaranya kedengaran sayu. Dia menatap wajah separa lesu milik isteri arwah adiknya ini. Air mata yang sudah hampir kering pada pipi Lily itu diusap, “Kenapa nangis?” Lily hanya senyap, Mp4 playernya digenggam lagi, tidak kuat tetapi erat. Tidak ketat, tetapi kukuh.

“Kenapa kau tidur dekat luar ni Lily?” Ufairah bertanya, dia juga risau melihat sahabatnya itu terbaring dikerusi ini tadi. Punyalah cuak dia mencari Lily di dalam rumah, rupanya di sini. Sedang tidur pula itu! Tapi masalahnya mata Lily sembab seperti baru lepas menangis. Menangis dalam mimpi ke?

 Sejak pemergian arwah suami Lily, Ufairah memang tinggal dengan Lily. Lily yang mengajaknya. Namun dia masih islam yang berakal waras, dia memang tinggal bersama Lily tetapi pada setiap bulan, dia akan memberi Lily duit. Umpamanya dia adalah seorang penyewa. Lily malas bergaduh, dia ambil sahaja duit itu walaupun dia tidak mengharap. Dia juga akan membiarkan sahaja jika sahabatnya itu terlupa. Mereka bersahabat sejak kecil. Hubungan mereka pun sudah macam adik-beradik. Tak salah kan?

Kak Maryam pula akan selalu menyinggah ke sini untuk menjenguk-jengukkan wanita muda ini. Atau lebih tepatnya, wanita ini yang Ahmad tinggalkan untuk dia jaga. Amanah ini yang diberi oleh arwah adik kandungnya itu sebelum dia menutup mata beberapa minggu lepas.

“Abang suka duduk dekat sini dengan Lily. Ahmad suka rehat dekat sini dengan aku, Faya.” Tuturnya. Ayat pertama ditutur kepada Kak Maryam manakala ayat kedua itu dituturkan untuk Ufairah. Hanya dia sahaja yang memanggil sahabat karibnya itu dengan panggilan sebegitu. Ufairah juga tidak kisah.

“Suami kau dah tak ada, Lily”

‘Aku tahu.,’ Lily mendesis lalu tersengih, manis. “Kenapa kau cari aku?”

“Nak ajak kau solat, pastu sahur sama-sama. Esokkan hari Khamis? Lepastu aku cari kau satu rumah tadi., tak jumpa. Tu yang aku terus kejut Kak Maryam tadi.” Terang Ufairah jelas. Memang selalunya dia akan mengajak sahabatnya itu untuk melakukan sedikit qiamulail pada waktu-waktu sebegini. Dan juga mengamalkan puasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis.

“Sekarang pukul berapa?” wajahnya ditoleh ke arah wajah mendung yang cuba diselindung itu, Kak Maryam. Wanita itu memakai jam tangan ketika ini, kerana itu dia bertanya.

“Almost 4 a.m” bibir merah jambu milik kak Maryam mernggarit senyum. Senyuman itu.., persis senyuman milik Ahmad. Adik-beradik, remember?

Lily hanya mengangguk sebelum beristighfar. Memang ada rasa rindu, tetapi dia tidak akan membiarkan rasa ini membuatkan dia tertunduk. Ironinya, jiwa mukmin perlu kuat! Melepas lelah itu boleh, tetapi menyerah kalah itu jangan.

“Jom masuk?” ajak Kak Maryam. Maka, mereka pun masuk ke dalam rumah.

'Tadi Abang datang.' desis Lily sambil mengerling sekilas bangku yang tadinya tempat dia memeluk sang suami.

***

Kehilangan ini sangat menyakitkan. Kehilangan orang yang kita sayang pula, berganda sakit yang akan kita rasa. Seolah ditikam dan kita terluka, merasa sakit dengan darah yang mengalir. Tetapi anehnya kehidupan menjadikan kita tidak mampu menghentikan luka itu. Ia terus melukai. Dan hanya jiwa yang menyangkut gantung kepada Allah sahaja yang mempu bertahan sampai ke tahap yang mereka sendiri keliru dengan kekuatan jiwa mereka yang sedang asyik bertahan untuk terus berjuang ini.

Kita terluka. Kita kecewa. Kita sakit. Kita berdarah. Namun, kita terus hidup dan memang perlu untuk terus hidup selagi bernyawa. Tuhan yang memberi kuat, Tuhan yang memberi tenang, Tuhan yang mengubat segala luka dan Tuhan yang tidak akan meninggalkan sesiapa.., semoga kita mampu merasa kasih sayang-Nya yang menghangat dalam jiwa kita. Semoga kita terus tenggelam dalam cinta yang Dia beri. Kerana tenggelam yang ini sangat magis; kita tidak lemas bahkan mendapat rasa tenang dan senang.  Itu sudah cukup, mungkin., untuk mendefinisikan sebuah bahagia?

Kerana ketika kita merasa mereka milik kita, mereka juga sebenarnya pada setiap masa adalah milik Allah. Sama seperti kita. Bersangka baik lah kepada Allah. –Laila.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ternyata., layaran kita tidak seteguh sang ikan si perentas laut.

Terbangan kita tidak setajam sang helang si pemecah angin.

Kerana pada kita itu, wujud tali rata untuk memecah segala kudrat;

Mencari sahih untuk khabarkan berita menghalau gundah.

Kerana hikayat sang manusia, kita adalah semulia-mulia ciptaan.

Tetapi selemah-lemah makhluk.

 

Tunduk; kita hamba Tuhan.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan