Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Fate can be hurt sometimes, and that's okay.

Khamis, 9 Jun 2022


 Heyyooooo! 

Well, long time no see. Ahahah. 

How are you guys doing lately? Posting kali ini mungkin tidak panjang. Ya know what? Lemme tell you, I've been really2 busy these few days. baaaaanyak sangat assignment yang due datenya within this month. It is a hectic month. I don't how what to say, though. But, Alhamdulillah- so far, everything went good. Not really well, but not really bad either. So.., yeah. I mean, life kan. Mana boleh perfect sepanjang masa. Sebab, dunia bukan  syurga


So, nak tak nak- hadap jelah. 


Well here I am, trying to write again. I hope, this means something for you and will reach you at the right time. 


It's okay if life don't go well. Just try your best to keep alive


Kita manusia. Akan sentiasa rasa sakit, no matter how hard kita cuba nak elak benda yang menyakitkan itu. Tak ada manusia yang hidupnya unproblematic. Semua orang sedang hadap sesuatu yang berat untuk dipikul, it's either we see it or not. Tak kisahlah kau lelaki atau perempuan. Kau seorang kakak, atau abang atau adik. Kau anak sulong, anak kedua, anak ketiga atau anak bongsu sekalipun.


Kau akan tetap berhadapan dengan ujian hidup. 


Well, no matter who you are-  You are allowed to be sad. You are allowed to cry as much as you want. You are allowed to express every hurtful feeling that is burst in you heart. You are allowed to express your pain. Let it all out. Let your tears out, it's okay. 


It's okay. :)



I know, kebanyakannya- ramai antara kita yang sangat suuuuuuka memendam. Dan sangat suka untuk tidak bercerita. And that is why, menangislah. That is the only way to comfort you. Yeah, of course. You might think, "Buat apa nak menangis? Bukan boleh bantu selesaikan masalah aku pun." Aku pun, pernah ada pemikiran yang sama. 


Aku pun pernah larang diri aku untuk menangis, dulu. Aku pernah rasa, menangis tu buang masa aku. Aku pernah rasa, menangis tu tak guna pun sebenarnya. Dulu, aku pernah juga ada prinsip- 'no matter how hard life turn you down, don't ever you dare to cry, bish!' 


But- it is actually hurt me so bad, doe. Well, aku rasa- kau faham je situasi di mana kau nak sangat menangis sebab situasi tu sangat menyakitkan jiwa kau, tapi kau larang sekeras-kerasnya diri kau untuk menangis. Sakit. Sampai satu tahap, bila dah terbiasa tak menangis- aku dah tak boleh nak keluarkan air mata even waktu tu aku dah paksa diri aku untuk menangis.


Dia macam, kau terluka- dan kau sepatutnya menangis, dan kau nak sangat-sangat menangis, tapi air mata kau tak boleh nak keluar. Kau dah paksa diri kau untuk menangis sebab benda tu buat kau sakit gila babi, tapi air mata kau macam stuck dekat mata- tanak jatuh.


Aku pernah ada dalam situasi itu and that damn is freaking hurt. Pain. Bukan hati sahaja yang sedang sakit, tapi jiwa juga. Sakit nak mampus. Rasa kosong gila, sebab benda tu macam- kau tak mampu nak ekspresikan apa yang kau rasa. Kadang-kadang kau sampai terpaksa cari alternatif lain supaya kau dapat keluarkan air mata kau. Like- tengok movie yang sedih2, baca novel yang sedih2, dengar lagu yang sedih2 or anything yang boleh buat air mata kau jatuh.


Sebab bila kau paksa diri kau untuk tak menangis sampai kau betul2 dah tak boleh menangis- something stuck within your soul. Jiwa kau sedang terluka, dan rasa macam something wrong. Kau akan rasa stuck dengan rasa kosong dalam jiwa kau. Kau rasa macam diri kau tak lengkap dengan something yang kau sendiri tak tahu apa. Dan bila kau cuba nak isi- tiba-tiba macam, takde yang ngam. Macam dah penuh. 


Waktu itu, kau sebenarnya sedang berada dalam fasa, diri kau penuh dengan kekosongan. Dan kau tak tahu nak mula isi kekosongan itu dari mana. Because there's something stuck inside you.


Jadi, menangislah. pernah dengar satu syi'ir arab? 'Sabil ad dumu' wa sabil murikh' (the way of the tears is the way to comfort.)

 

You know, it's okay to feel grounded sometimes. And if its draws you closer to Allah. It is something you have to feel blessed for.



It's okay to try something new. It's okay to cry in your prayers. It's okay to make a lil long sujood, sometimes. When no one wants to hears you, Allah ada. 


Sentiasa ada :)


No matter how many sins have we done, Allah ada. Untuk mendengar setiap cerita. Untuk menerima segala taubat. Dan untuk mencintai kau lebih daripada siapa pun. 


Kau, hanya perlu percaya. Dan cuba.


Some people may have someone for them to utter their problem- but it's not permanent, doe. Kena sentiasa ingat, manusia takkan sentiasa sudi menadah bahu untuk menjadi tempat kita bersandar dan menangis. Sebab? Sebab mereka juga manusia.


Mereka juga manusia yang hidupnya sedang diuji.


You know, sometimes-life aren't meant to be okay. Sometimes, it may sound a bit harsh but it is what it is. Life are always going to be harder and harder.


And it's okay.


Kita cuma perlu hadap. Dan terus hadap.


Mungkin, kerana itu juga- kau kena belajar untuk cari tempat meluah yang akan kekal setia mendengar luahan kau tak kira berapa banyak kali kau ulang luahan pada sakit yang sama. Yang tak akan mati. Yang akan kekal sampai bila-bila. 


Ya, bukannya aku kata kau tak boleh nak meluah pada manusia. Boleh. Tapi kau kena ingat satu perkara, kawan. Do not over shared your story even with someone yang kau rasa mereka sangat baik. I swear, I've learned my lesson- way too long ago. 


Sayang, kita sedang hidup- tidak semua takdir akan buat kau senang dalam masa takdir itu sedang terjadi. Fate can be hurt, and I just hope you can face it. Hadap sahaja, dan teruslah hidup. Tak apa kalau orang lain tak sudi pandang sisi kau yang sedang terluka atau sakit. 


Tak apa. 


Allah ada. :)



Semoga, kamu sembuh.









Terima kasih kerana masih sudi setia menunggu dan membaca dan menunggu tulisan yang seterusnya untuk dibaca. Oh ya! I dah tambah box chat kat tepi. Kalau ada masa dan kalau sudi, Jomla sembang! Oh, jangan risau- that chat will not expose who you are. You can remain be an anonymous reader if you feel comfortable with that way. We can simply enjoy chating without me knowing who you are. Unless you let me know who you are. heee. So, Adios!


With du'a,

Laila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan