Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

❣️Thoughts-same (midnight-thoughts : 4) ❣️

Isnin, 12 Julai 2021


"Loki., come" panggil aku. 

Dia datang sambil mengeow. Aku hanya tergelak. Aku belai dia, tak lama; lepastu adik aku panggil dia. Dia terus keluar. Aku biar, malas nak kejar. Aku keluar dari bilik, aku pergi ruang tamu. Ambil satu buku bacaan dari rak buku aku yang terletak di ruang tamu. 

Sigh, buku siapa lagi yang akan aku tarik? Mestilah buku Ramlee Awang Mursyid. Novel trilogi Sunan yang pertama. Aku suka baca novel beliau tentang Saifuddin Jalis itu. Sesekali, ia menyentuh soal agama dan sejarah Melayu. 

Baru sahaja aku menyelak mukasurat pertama, ada satu bunyi bising yang menarik perhatian aku. Mungkin sebab aku masih belum fokus sepenuhnya pada jalan cerita novel, jadi aku terganggu. 

Kalau korang nak tahu, ibu ada bela seekor burung Bayan. Saiz burung Bayan yang ada depan mata aku ini kecil sahaja. Aku tak tahu sama ada memang begitu saiznya, atau sebab dia masih kecil? Hurm., entah. 

Disebabkan burung ini burung yang datang secara tiba-tiba ke rumah aku tempoh hari, ibu berniat untuk bela burung tersebut. Tetapi disebabkan tiada sangkar, ibu hanya masukkan ia ke dalam satu akuarium yang tidak besar namun tidak pula kecil. Tetapi, cukuplah kalau aku kata burung itu tidak bebas jika ia berada di dalam akuarium tersebut. 

Bunyi bising yang aku katakan tadi, adalah berpunca dari burung tersebut. Aku tak tahu apa yang dia zikirkan, tetapi pastilah pujian pada Allah; kan? Cuma aku nampak dia sibuk nak keluar melalui satu pintu lutsinar yang berada dari atas akuarium tersebut. Asalnya, pintu itu untuk memudahkan orang yang bela ikan untuk bagi makanan. Tetapi disebabkan dalam tu bukan ikan, lubang tersebut aku guna untuk keluarkan ia dari kurungannya. Yelah. Ada masa; memang aku dan adik-adik aku akan bawak dia keluar. Main2. Dekat ruang tamu jela. Musim2 glvirus covid-19 ni kalau keluar rumah; makan penamparlah namanya. Takkan nak biar dia terkurung je kan? (Lagi satu, dia manja)

Mungkin sebab dia dah mula tahu pintu tu boleh bagi dia keluar, jadi dia sibuk melompat cuba nak bukak pintu dari lubang tu. Aku tersengih. 

"Mimi, tadi kan dah main? Sekarang masa untuk tido taw?" Aku ketuk sedikit akuarium tersebut. Saja nak kacau. Tahu jela, aku akan?

Aku memang suka panggil dia mimi. Walaupun ibu aku berkeras nak bagi dia nama ujang. Hahahah, aku tak tahu. Tapi bagi aku nama mimi tu kiut. Sebab tula. 

Aku nampak, dia masih lagi macam tadi. Ishk, tak dengar kata betul! 😂 

Aku cuma terfikir, burung kan? Lumrahlah kalau dia nak bebas. Aku, memang tak setuju dari awal bila ibu kata dia nak bela burung ni. Sebab bagi aku, untuk apa burung jadi burung kalau dia tak bebas?memanglah kita bagi makan, tapi lumrah burung kan memang macam tu? Dia keluar dari tempatnya dengan perut kosong, dan pulang dengan perut kenyang. Nabi ada sebut lagi dalam hadis. 

Tapi belum sempat aku nak utara pasal benda tu, ibu berdegil nak bela jugak. Adik2 aku pun sokong ibu. Dah, Malas nak gaduh, aku biar. Tapi ambil tahu jugaklah. 

Dan ya, bebas. Aku tak tahu mungkin ini apa yang aku rasa, aku tanak jadikan ia sebagai satu ayat pernyataan. Jadi aku tanya; "aku ni, bebas dah ke?"

Bebas dari apa? 

Secara fizikalnya bebas, tapi dalam ni; aku confused. Kadang-kadang aku rasa aku bebas, kadang-kadang aku rasa aku tak. 

Aku rasa aku bebas bila aku berhak nak curious untuk segala hal yang aku rasa aku layak persoalkan. Dan aku mula rasa tak bebas bila aku rasa banyak lagi persoalan aku yang aku tak dapat jawapan. Aku stuck dekat jalan yang mana aku sendiri bina dalam dunia aku.

Aku macam.., Tiba-tiba aku teringat. Aku pernah dapat soalan. 

2020,

 
Dan persoalan tu, sebenarnya kita dah ada je jawapannya. Sebab kita manusia. Yang jadikan kita persoalkan semula soalan tu bila kita penat dan dah tak tahu macam mana nak buat dengan semua benda tu. Itu je masalah kita sebenarnya. 

Tahun yang sama jugak. Allah temukan aku dengan seseoeang yang ada worst past. Dia sedang cuba ubah. Dan aku bangga, cuma tak bolehlah selalu dia chat aku untuk perkara yang bukan2. Sebab dia different gender. Aku tak tahu, tapi sedikit; aku rasa bersyukur sangat bila Allah bagi dia sedikit rasa mudah untuk kongsi cerita hidupnya dengan aku. Itu kehidupan dia, aku cuma boleh doakan. 

Pada tahun yang sama, aku nampak seseorang yang diberi tanggungjawab sebagai ketua satu organisasi keagamaan di tempat aku; SANGAT RISAU dengan tugasnya. Dia junior, tapi aku nampak kerisauan dia dari wajah dia. Dia selalu mengadu dia tak pandai. Itu kali pertama untuk dia. Dia takut. Dia risau nak galas tanggungjawab besar tu. Aku macam terpana kejap. Aku terfikir lagi, ada tak rasa yang macam ni pada setiap pendakwah kat luar sana? Rasa RISAU pada orang yang mereka dakwahkan? Aku suka tengok semangat dia nak sebarkan kebenaran dan kebaikan. 

Budak tu, buatkan aku lagi semangat untuk aku terus pegang dua tujuan hidup aku dekat dunia ni. 

Masa 2019, aku pernah ditanya; 

"Akak happy tak dengan life akak?" 

Aku tak tahu sama ada aku hipokrit pada diri aku atau aku memang sejenis manusia yang mudah gembira. And of course, aku cakap ya. Aku bahagia dengan hidup aku. 

Pada tahun yang sama jugak, aku ditanya; 

"Kau., pernah tak ada rasa regret dengan hidup kau?" 

Dan waktu tu, aku teringatkan apa yang aku hadap dari aku kecil dulu. Memang biasalah hidup manusia. Yang dicerita moment bahagia, tapi banyak sangat hidden-moment yang dia belum atau mungkin takkan cerita. 

Tapi kalau kita tak lalui semua tu, mana mungkin kita jadi yang sekarang. Kan? Contoh macam aku, kalau aku tak lalui zaman silam aku; ntah2 aku tak boleh pun nak macam sekarang. Nak kacau hidup korang, nak membebel-bebel panjang2 dekat korang. Macam korang jugak, kalau korang tak lalui silam korang; tak mungkin korang akan baca apa yang aku tulis sekarang. Ntah2 kenal aku pun tak. even sekarang korang masih tak tahu aku siapa dan nama aku apa dan aku tinggal mana, (takkan aku nak share biodata aku kot? Well, anggap jela ni privacy aku yang aku nak dihormati) tapi at least korang tahu kewujudan aku sebagai pengganggu hidup korang. Hahaha. 

Jadi, layakkah untuk aku kata yang aku tak bahagia? Layakkah aku nak kata yang aku tak cukup? Layakkah? Tapi sebagai manusia, mesti ada satu atau mungkin  beberapa memori lepas yang aku kesalkan. 

Pada tahun yang sama, Allah bagi aku jumpa dan bersahabat dengan kawan2 yang hampir keseluruhannya ada masalah sosial. Tapi bukan itu pointnya. Yang aku nak highlight kan di sini ialah, hati mereka. 

Pernah sekali, lepas aku shared something dekat surau hostel. Kawan aku cakap, 

"Bie, U nak tahu tak? nanti kalau dah sampai seru. I nak jadi macam U. I rasa tenang je tengok U, Bie." Waktu tu, aku cuma senyum dan diam. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Terkejut, tapi aku kawal. Aku bukan baik pun, tapi takdelah tahap jahat yang iblis. 

Bie? Biasalah, kawan2 perempuan kan manja? Bie tu singkatan untuk baby. Hal biasa untuk para perempuan panggil sesama mereka macam ni. 

Orang yang sama jugak, cerita dekat aku tentang apa yang dia face sekarang. "Bukan tanak berubah, tapi susah. Lifestyle I lain dengan lifestyle U, bie." Nak buat apa? Senyum jela. Sambil tepuk bahu dia perlahan. Pujuk diri; takpe, slow-slow.

Pada tahun yang sama, aku stuck dalam diri aku sendiri. Aku macam tak tahu apa yang aku nak. Aku rasa SANGAT KOSONG. Rasa penat gila. Rasa macam nak tido je sepanjang masa. Aku cuba cari, tapi tak pernah jumpa. 

That time, Allah betul2 buat mental aku teruji. Banyak gila benda jadi. Dan aku terperangkap dalam fikiran aku sendiri. Aku mengadu. Aku mengadu pada akak usrah aku jugak, aku masih ingat satu ayat dia; waktu tu dia buat usrah malam. 

Dekat pantai. Aku tulis ayat dia dalam satu sticky notes. 

"penyatuan hati2 orang yang beriman"

Mesti korang pernah kan rasa seronoknya  duduk dalam satu bulatan usrah ni. Lagi2   kalau sama jantina. Rasa sangat selesa gila nak kongsi cerita. Kan? 

Bila dalam satu minggu tu korang penat dengan hal2 dunia yang korang tengah buat, dan korang hanya rasa rehat bila dekat dalam bulatan usrah tu. Faham tak perasaan aku waktu tu? 

Awal 2018, hati aku pernah teruji. Dengan kehadiran lelaki yang bukan keluarga aku. Kau faham jelah maksud aku, kan? Bukanlah bercouple, tapi hampir menuju  ke arah tu. Dan dalam masa yang sama; Tuhan bagi aku peringatan. 

Suddenly aku ambik keputusan untuk taknak selalu berhubungan dengan dia. Sakit sebenarnya, lagi-lagi itu kali pertama aku ada perasaan yang begitu. Setiap kali aku nampak status wassap dia, eksaited betul. Setiap kali ada notifikasi dari dia, rasa berbunga gila. Dan aku berundur, slowly but surely. Susah, tapi tak apa aku cuba. Biarlah. 

Guess what? Aku cuba nafikan perasaan yang wujud. Setiap kali ada orang tanya, aku akan diam. Atau paling kejam, "aku tak pernah rasa lagi benda tu" dengan harapan diorang senyap dan dah tak tanya dah. 

Pada tahun yang sama, Allah bagi aku jumpa seseorang (akhwat) yang sentiasa nasihatkan aku tentang DIA. Slowly, aku lepaskan dia (that guy) dari semua harapan yang pernah aku harapkan. Rasa berat, tapi tak apa; Tuhan kan ada? 

Sedih? Mestilah. Aku berhak untuk sedih. Tapi tak boleh lama-lama. Aku kena bangun. Ada benda big yang aku kena bawa. 

Masa tahun 2018 jugak, ingat tak entri aku yang pasal depression tu? Waktu tu aku dapat satu gambar dari sorang adik ni. Satu maklumat yang aku rasa sangat privacy. Aku tak tahu kenapa dia kongsi. Hasil diagnosis dia pasal mental illness yang dia hadap. Bukan aku perlekehkan, tak. Tapi aku terkejut. 

Perwatakan dia dari luaran tak menunjukkan pun yang dia ada sakit tu. Major depressive disorder (MDD). Hampir aku tak percaya yang itu; dia punya. Aku cuma., harap dia okay sekarang. 

Sejak tu, aku jadi kacau gila. Aku jadi tak percaya pada ketawa dan gembira orang lain. Ada 'something-big' yang buat diorang stuck. Tapi macam mana nak tolong? 

Aku makin confuse.

Masa 2017,  aku pernah dapat satu chat dari sorang kawan dekat wassap. Idk, but; kau tahu? Isunya pasal bunuh diri. 

Kalau mati boleh selesaikan  semua masalah; lebih baik tak payah tuhan ciptakan makhluk hidup. Kan? 

Susah nak bukak, dan memang aku tak pernah kemukakan soalan ni pada sesiapa pun. Sebab aku takut orang salah sangka. Kadang, aku lihat mereka yang pada mulanya  hidup biasa; cuba nak tolong mereka yang ada masalah2 berkaitan mental ni. Tiba2 aku tengok diorang pulak yang chop diri sendiri ada sakit tu. Ehh, bitternya. 

Aku bukan nak merendahkan. Dan aku tak cakap mereka permainkan  soal ni, cuma... Kenapa beria  sangat nak sedih2, kecewa teruk ikut orang nak ada sakit tu juga kalau sebenarnya kau mampu je nak usahakan kebahagiaan sendiri? Dengan izin DIA juga. 

Jadi, kehidupan. Bebas. Silam. 

Aku masih belum ada jawapan. Cuma boleh teruskan usaha nak bahagia and stay calm untuk semua situasi. Aku di sini bukan untuk bazirkan masa dengan sakit2 semua tu. Ada lagi banyak benda yang aku kena fikir dan buat. Ini baru sikit. Hahahaha. 

Rasa kelakar tak,? Daripada kucing kepada burung sampai ke silam. Hahahahaha. Sorry. Thanks sebab sudi baca! 

Aku cuma harap aku dapat jawapan untuk semua persoalan aku. Dan aku harap Tuhan tak biar aku. Aku dah selalu sangat jatuh dalam keselesaan aku. Selalu sangat., aku harap walau aku jatuh lagi nanti; Tuhan masih nak bimbing aku. Sebab sungguh, aku perlu. 

Oh ya, sebelum aku terlupa. Selamat datang ke midnight-thoughts aku yang ke empat! Maybe korang boleh kata, ini adalah sambungan kepada yang sebelum ni. 💁*angkat bahu satu kali.

Tarikh 24 March, 2020
Johor, Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan