Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Midnight-tales: Darkside (2)

Selasa, 27 Julai 2021


"Because when your mouth won't speaks, your eyes will revealed the rest. Let it sink." -Laila


Disclaimer: (lupa nak bagitahu haritu) 
Cerita ini, watak-watak di dalamnya, latar tempat dan semua yang berkenaan dengan cerita ini hanyalah sekadar imaginasi. Jadi, jangan perasan yang saya tulis cerita ini tentang awak. JANGAN PERASAN. Sebab apa? Sebab saya tak kenal awak, and I don't even have a time to know you. 

Warning triggered: Self harming, suicidal thoughts and suicide attempt, murder, abused, mental health, and sexual harrasment. 

Bermula dari part kali ini, saya akan sentiasa letak warning triggered tu okay? Dan mungkin, this story will be 'agak panjang' dan sedikit membingungkan sebab mungkin akan ada banyak flashback dan nightmare (memories-mare). Datsolll. 

Every scene in our life will be history. Either it is good or worst. It doesn't matter as if it is just a memories, right now. 

Some memories will make you smile and some will make you into tears. 

And the worst memories will remain hurt, as if it was meant to torture some people who can't deal with their own thoughts. And some of us lives with regrets. 

But a living things should have more chance to live their life quietly. Kan?

Untuk mereka yang tidak akan mungkin menceritakan sisi gelap mereka kepada sesiapa, tak mengapa. 

Kamu tidak seorang. :) 

Tak mengapa. <3

"May your days be bright, and your nights be quiet." -Laila. 


---------------------


Darkside (2) 
"I see it, Let's feel it."




"Rumi! Ray datang ni!!" Panggil ibu dari bawah. 

"Okay ibu!" Suara Rumi sedikit lantang dari rumah atas. Ingin memastikan suaranya didengari oleh ibu. 

"Ray, duduk dulu. Kejap lagi Rumi turunlah tu."

"Thank you, aunty." 

"Your welcome." Balas ibu ramah. Mereka berborak seketika, saling bertanya khabar. 
Setelah itu, ibu bergerak ke dapur. 

"Yow, brotherr. Where's Ali?" Rumi menegur kawannya itu.

"Yoww. Kejap lagi dia sampai." Ray ini, salah seorang sahabat Rumi di sini. Dia anak italy berkacuk Melayu. Ayahnya orang Iban. Sarawak. 

Boleh tahan kacak juga. Rambut Ray sedikit kerinting, hidungnya mancung. Anak matanya hijau bercampur kuning. Macam hazel pun iya juga. Dagunya tidak runcing. Ia berbelah. Jawline Ray jelas terlihat, wajahnya tampak berbentuk tajam. Warna kulit Ray tidak putih seperti susu atau porcelain, tetapi masih dalam katogori putih.

Badannya tidak terlalu kurus. Gemuk pun tidak. Dia berisi yang tegap. Tinggi Ray lebih kurang Rumi juga. 185 cm. 

"Main basket dekat tempat biasa kan?" Tanya Rumi. 

Memang kebiasaan aktiviti petang mereka bermain basket pada hari minggu. Ahad.

"Yup" Jawab Ray, sambil mengangguk. 

Tidak lama sebelum mereka lanjut berborak, ibu ke depan membawa sebuah dulang segi empat. Di atasnya terdapat tiga gelas kaca air lemon tea dan sepinggan chocolate cookies yang ibu buat malam tadi dengan Maryam.

"Makan dulu ya? Ibu nak pergi jemput Maryam dengan Sarah ni." 

"Okay ibu, hati-hati." Jawab Rumi sambil menyalami tangan ibu.

"Take care aunty." Ray turut menitip pesan.

Ibu cuma membalas dengan senyuman mesra pada mereka. Ibu nampak macam sedang bergegas. Rumi jeling jam tangannya, ohhh patutlah. Ibu takut lambat sampai ke sekolah untuk menjempit putri-putrinya itu. 

Ali yang baru sahaja ingin mengetuk pintu itu sedikit terkedu campur terkejut ketika pintu rumah keluarga Rumi terbuka sendiri dari dalam. Automatic ke? 

Namun tidak lama sebelum wajah ibu kepada Rumi terjenggul. 

"Salam 'alaikum, aunty." Tegur Ali. 

Ibu menjawab salam dan mempersilakan Ali masuk. Kata maaf turut dihidang kerana ibu memang kena cepat. Risau akan anak-anak daranya. Bukan tidak mempercayai, tapi..., Biarlah. Belum lagi. 

Nanti dulu. 

"Salam 'alaikum brodahhh!" Ali menerjah ruang tamu dengan riuh suaranya. 

Ali memang begini. Sangat riuh dan tak pernah diam. Kadang-kadang, kalau dengar dia bernafas pun orang risau. Sebab rasa macam pernafasan Ali adalah satu suara. 

Begitulah, mulut Ali macam murai tercabut ekor. Belum pandai diam. Mungkin pernah diajar, tetapi masih tidak pandai. Eh?

Nasib baiklah, Ali antara student paling pandai. Kalau nak bercakap pasal pandai, mereka satu kumpulan pandai sahaja, semuanya. 

Ini belum masuk Acap, Ben, Qiden dan Omar. 

Mereka semua berkenalan di dalam satu university yang sama. Fakulti yang sama juga, kecuali Ben. Ben ambil jurusan kedoktoran. Entah macam mana budak medik seperti Ben boleh tersesat masuk dalam kumpulan budak-budak kejuruteraan seperti mereka.











"Sashaaa!" Namanya diseru oleh seseorang. Sasha menoleh, sedikit berkerut namun setelah wajah orang yang dia panggil itu menghiasi pandangan mata, senyumannya melebar. 

"Skyyyyy!" Lariannya sedikit berdingkut. Sakit tertusuk serpihan kaca kecil masih terasa. 

Sasha bukanlah sejenis manusia yang berpuak. Sasha sering disenangi. Dia boleh 'in' dengan sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengannya. Tetapi dalam masa yang sama, Sasha bukanlah orang yang terlalu terbuka tentang dirinya.

Itu istimewanya dia.

Gadis ini manis, periang tetapi ada sisi misteri dalam dirinya yang tiada siapa perlu tahu.

Ya, cerita hidup Sasha; bukan suatu keperluan untuk diketahui oleh orang lain.

Melihat 'keterdingkutan' temannya itu, dahi sky berkerut. "Hey, hey. What's wrong? Kau kenapa? Kaki kau kenapa?" Dia risau.

"Kaca. Tadi malam." 

"Careless lah kau ni." Tanpa bertanya lanjut, terus Sky membuahkan pemikirannya. 

Sasha dah biasa, dia cuma ketawa. 

Kadang-kadang, bukan tak nak bercerita. Tapi memang tak ada nampak apa-apa kesempatan untuk bercerita. 

But that's fine, she's just breaking inside. 

Sasha faham. Sky terlalu risau, mungkin.
"Malam ni keluar nak?" 

"Nope, nak tengok show. Hari ni dia buat malam." Jawab Sasha ringkas. Hari ini hari ahad.

"A man who played violin on the street tu?" Sky cuba meneka namun masih dengan tanda tanya. 

Sasha mengangguk, bersemangat. Sambil bibirnya menguntum senyuman. Senyuman yang... Sangat gedik. AHAHAHAH!

Sky menjulingkan matanya ke atas seketika. Lupa pula hari ini hari ahad. Sky tahu, Sasha ada crush dekat mamat tu. Entah apa yang special sangat budak tu agaknya? Tapi, rupa budak main biola tu memang ada pun, boleh tahan. Bakat pun ada. 

Kalau sky tak ada boyfriend, mungkin dia akan suka pada lelaki itu juga. Ehhh. AHAHAHAH! 

"Sha, I have something for you. Balik ni, naik aku jela. Nanti aku tunjuk." Mereka meneruskan perjalanan ke library. Maklumlah, dah nak exam. Kena lah pulun, walaupun hakikatnya dua dua malas belajar. 

Tapi ada cita-cita. Jadi itulah, kena juga push diri untuk keluar daripada zon selesa. 

Kata orang, zon selesa tidak banyak membantu. Jadi, hardship in your hardwork will one day be worth enough. 

Sasha cuma angkat bahu dan terus bersetuju, "Okay." 

Sky pandang wajah cerah Sasha, lama. Sasha yang manis dan yang suka minum air coffee hangat perisa cappuccino di pagi hari. Perlahan, dia tersengih sendiri. 

"What?" Sasha bertanya. Agak janggal bila diperhatikan sebegitu. Yelah, macam tiba-tiba.

"Nothing." 

"Yeah, just tell me. Sky. What?" Sasha tak percaya dengan kenyataan Sky sebentar tadi. Sempat dia menjuling matanya ke atas seketika.

"Kau tahu? Aku macam tak percaya yang kau ni manusia?" 

Sasha berkerut lama sebelum tergelak kecil. "Kenapa?" 

Sky turut sama tergelak kecil, sebelum galak bercerita. "Kau nampak terlalu unproblematic." 

Sasha cuma senyum kecil. Biarlah. Tak ada siapa perlu tahu tentang hidupnya.

Biarlah.








"Weyh, gimme water please." Pinta Acap. 

"Heh!." Ali mengejek, ringkas. Wajahnya penuh sarkastik memandang Acap, sekilas.

"What? Penat tahu?" Acap mempersoal. 

Kali ini, Ben mencelah. "Kata orang yang tadi cakap stamina dia tinggi." 

"Shut up. Now, I'm tired." Balas Acap, dia sudah tidak kisah dengan apa yang dia cakap sebelum bermain basketball tadi. Yang penting sekarang.., dia sudah penat. Lagipun, lumrahlah manusia. Suka berlagak dan bercakap besar. Macam Acap. 

Rumi tergelak kecil. Yang lain buat muka meluat tapi sekadar bersenda. Tahu sangat perangai Acap. Dia memang macam tu. Dan mereka semua tahu, Acap hanya bercanda. Tetapi, Acap memang suka buat orang annoyed dengan dia pun. Dan Acap tetap baik. Cuma tulah.., 

Perangaiiii.

"Malam ni, jadi?" Ray mengajukan soalan itu kepada Rumi. Rumi angguk, "In shaa Allah." 

"Apesal?" Tanya Rumi semula. 

"Nak ikut." Ray menjawab.

"Mengadanya kau ni. Kau memang selalu ikut pun kan?" Omar mencelah tiba-tiba.

"Ala, bukan selalu dapat gedik-gedik dengan abang Rumi." Ini dia, Ray yang bodoh tiba-tiba muncul. 

"I. Am. Not. Gay." Jawab Rumi sepatah-sepatah, namun lancar dan tersangat jelas.

"But I'm into youuuu." 

"Babi, geli bodoh." 

Ray tergelak besar! Tahu takut? AHAHAHAHAH! Ray, memang macam ni. Perangai dia, kadang-kadang terlalu mirip dengan syaiton. Pangkat-pangkat koperal gitu. Rancak mereka berborak, tak sedar hari nak menjelang sore.

'Lets kill this love!' -Ringtone telefon Ray berbunyi. Mereka semua terkedu mendengar ringtone tersebut sebelum masing-masing ketawa. 

Sejak bilaaaa..., Sejak bila Ray minat korea? Lagu daripada band wanita pula tu. Tak, bukan mengecam. Cuma..., Sedikit canggung bila lelaki badan ketak macam Ray gunakan lagu black pink sebagai ringtone telefonnya. 

Pula itu, volume dia kuat namampos!

Ray sempat terkejut sebelum laju menjawab panggilan itu. Ini semua ulah adik dia! Dan dia tahu, si pemanggil ini adalah adik perempuannya. Ringtone tersebut, cuma terpasang untuk satu nombor. Kerana itulah...

"Hello, assalamualaikum? Yess, Nisa?" 

"Redhow Hasbullah Bin Abu 'Aziz!!!" Pekikan itu terlalu kuat. Dan dapat didengari oleh teman teman Ray. Walaupun tanpa loud speaker. Wuishh, bukan main. Macam tertelan mikrofon gamaknya si adik Ray itu. 

"Yess? Yess? Sistur? What happened?" Ray bergerak menjauhi mereka sedikit. Haihh, baru angkat phone, dah kena pekik dengan adik sendiri. Dan dia tahu, dia pasti ada buat silap. Yelah, perempuan mana pernah salah?

Nasiblah. 

Yang lain sudah bersiap sedia mahu pulang. Tetapi terhenti sebentar menunggu Ray. Sewaktu Ray datang mendekat, mereka semua memandang dengan penuh tanda tanya. 

Ray pula seolah kalut mengemas barang dan mencari kunci kereta.

"Adik aku." Jawab Ray tanpa menunggu soalan. "Aku lupa umi aku suruh beli barang dekat groceries, doe. Tadi. Mampuslah. Umi aku marah." 

Acap dan Ben bantai gelak. Yang lain hanya tersengih kecil. Tahu sangat sikap Ray yang satu ini. 

Pelupa.

"Dah ar, jom la gerak." Omar memahami situasi. Mereka pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

"Weyh, Rumi. Kau kena tolong aku." Pinta Ray dengan wajah kasihan. 

"Kau je yang boleh tolong aku."


Rumi memasang wajah toya. Ini tidak lain..,













Sampai sahaja di rumah Ray, Rumi berborak seketika dengan Umi Ray. Rancak bethol. Setelah itu, Rumi memamitkan diri. 

Ting! 

Satu notifikasi masuk,
'Thanks bro! Kan aku dah cakap. Kalau muka kau, Umi aku mesti tak jadi nak marah.' 

"Cehh!" Rumi tergelak seketika. Chat daripada aplikasi hijau itu ditekan. Butang voice menjadi pilihan. Paling cepat, dia malas nak menaip sebenarnya. 

"Pergi mamposla kau sana. Ahahahah!"  Setelah itu, dihantar. Rumi tergeleng seketika. Tak pasal-pasal tadi kena teman mamat tu pergi beli barang dekat groceries sekali. 

Perlahan, motosikalnya bergerak. 









Waktu menghampiri malam, Sasha mula berbasikal untuk pulang ke rumah. Sasha tersenyum memandang basikal tersebut. Tidaklah baru, tetapi tidak juga usang. Biasa dan masih sederhana. Sesuai untuk gadis semanis dia. 

Sky, sahabatnya yang seorang itu memang kadang-kadang bercakap macam tak ada insuran. Tapi Sasha tahu, sky baik.

Kayuhannya dilajukan untuk sampai ke rumah. Segera dia bersiap untuk keluar semula. Biasalah, Sasha akan keluar semula. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia cari.

'How sarcasm my life can be sampai orang boleh kata aku ni unproblematic?' keluhannya tampak sinis untuk diri sendiri. 

Pintu rumah dibuka perlahan. Dan seperti biasa, tidak ada yang menyambut kepulangannya. Rumah ini, tidak pernah ada kehangatan sebenar untuk definisi keluarga.

When a home isn't a home.., 

Dalam lemah yang tidak terlihat kerana tersembunyi di bahagian jiwa yang paling dalam dan terlalu tenggelam, dia gagahkan langkahnya. Masuk ke kamar dan membersihkan diri. 

Malam ini, dia nak tengok show street oleh jejaka yang.., entahlah. Dia suka? 

Mungkin.

Sasha kini membalut tubuh dengan singlet dan seluar pendek. Sebelum dia menyarung baju yang mahu dia pakai nanti. Kakinya sedikit terhenti dihadapan cermin berdiri yang ada di dalam kamar itu.

Manusia yang ada di dalam cermin itu, dia renung. Lama. Jijik. 

Penuh luka sini sana. Noda yang dia lakukan pada dirinya sendiri. Parut yang sudah berbekas dan yang masih baru. Dia tersenyum sinis. Penuh sarkastik. 

Hidup, tak pernah tak sarkastik. Pernah tak? Kau mengalami satu perasaan di mana, kau rasa mati itu lebih baik untuk kau daripada hidup dengan kehidupan yang penuh porak peranda tetapi dalam masa yang sama kau tahu kerja itu kerja gila yang bodoh dan tambah lagi satu, kau sebenarnya takut mati. 

Kau tak mahu hidup, tapi tak mahu mati juga. Sarkastik.

When a home isn't a home..,

Sasha menyarungkan tubuhnya dengan T-shirt putih. Digandingkan dengan jacket leather berwarna hitam pada bahagian luar. Seluar skinny jeans hitam pula dia sarungkan. Rambutnya diikat pony tail.

Bang rambut yang sudah agak panjang itu, diperkemas. Rambut Sasha tidak terlalu tebal tidak pula terlalu nipis. Jadi, kalau dibentukkan dengan gaya apa sahaja pun; tetap terkihat kemas dan menarik.

Selajur bersiap, dia keluar daripada bilik. Awalnya, dia berfikiran untuk mengisi perut dengan makanan sedikit. Namun ketika dia melangkah, cuping telinganya menangkap bunyi-bunyi terlalu dewasa yang tidak patut dia dengari dari arah ruang tamu rumah. 

Dan dia tahu, itu adalah ulah mama bersama teman lelakinya. Entah bila mereka pulang agaknya? Mungkin semasa dia mandi.

Jadi, Sasha naik semula ke kamar. Lapar yang dia tahan terasa hilang tiba-tiba. Tak apalah, di dalam beg sandangnya ada beberapa choc dan cookies serta skittles paket merah kegemarannya yang Sky beri tadi petang.

Gadis itu terus keluar melalui tingkap biliknya sendiri. Ada tangga yang dia pernah letak untuk turun daripada kamarnya itu. 

Lagipun, ketinggiannya tidak begitu menggayatkan. Masih boleh melompat jika dia mahu. Tetapi disebabkan kakinya masih pedih akibat kaca tempohari, haruslah dia menggunakan tangga.

Tubir matanya tiba-tiba memanas. Teringatkan kejadian hitam beberapa minggu lalu.

-imbas kembali;

Malam itu, tiada sesiapa di rumah melainkan dia seorang.  Sedang dia bersiap, tiba-tiba pintu kamarnya dibuka daripada luar oleh seseorang.

"Hye, sweetie." Suara teman lelaki mamanya.

Terus dia berpaling. Nasib baik dia sudah berpakaian lengkap. Lelaki itu, dia pandang tajam. "What do you want?" 

Sasha sering terlupa untuk memperbetulkan tombol pintu kamarnya yang sudah rosak itu. Kerana itu, pintu tersebut dapat ditolak dengan mudah daripada luar.

Lelaki itu menapak mendekatinya. Nafas Sasha menjadi sesak. Jantungnya berdegup laju. Dia tidak selesa! Tak suka! Tapi kalau dia menjerit..., apa gunanya? 

Lelaki yang mungkin lebih tua daripada mamanya itu mengambil haruman daripada wajah Sasha. Dengan pantas, Sasha menolak. Namun, kudrat wanitanya tidak setanding lelaki itu. 

Tubuh Sasha ditarik, kuat. Seolah ingin dimasukkan kedalam badan lelaki tersebut.

"Hmm..., Wangi." 

Sasha cuba untuk mengawal gentar dan sekali lagi menolak, kali ini dengan menggunakan lutut pula. "Pergi mati!" Laju dia cuba bangkit untuk berlari, namun sekali lagi dia jatuh apabila lelaki itu cekap menarik rambutnya. 

"Jangan kasar-kasar, baby. Aku tak suka." Tangan lelaki tersebut mulai menjalar ke kawasan tubuh Sasha yang tidak sepatutnya. Nafasnya penuh dengan nafsu dan berahi.

Sasha cuba sedaya mampu untuk tolak perbuatan keji lelaki tersebut. "No! Lepaskan aku!" Sesekali, dia menampar tangan lelaki tersebut dan mencari peluang untuk keluar daripada pegelutan ini.

Tawa garau lelaki tersebut terdengar. Bercampur dengan bau nafas yang menjijikkan. Alkohol!

Air mata Sasha menitis. "No, pleasee.. don't" Tangan lelaki tersebut terus mengawal tubuhnya. Sikit lagi, bibirnya hampir direnggut secara paksa dengan bibir lelaki itu. Tiba-tiba, selak pintu rumah berbunyi, petanda ada seseorang yang masuk ke rumah. 

Dengan cepat lelaki itu meleraikan apa yang mahu dia habiskan. 

"Shit!" Lelaki tersebut menyumpah. Adegan yang menjijikkan itu terlerai akhirnya.

"Honey! I'm homeee." Mama! 

Lelaki itu memandangnya tajam sebelum meninggalkan Sasha. Pandangan itu terlalu bermaksud dan terlampau mengugut. 

-tamat imbas kembali

Kisahnya, dia langsung tidak berani membuka cerita. 

Dan semenjak itu juga, Sasha tak pernah lupa untuk mengunci pintu. Dan apabila keadaan sudah terlalu merisaukan, dia akan lari senyap-senyap melalui tingkap biliknya dan tidur di kandang kuda rumah jirannya. 

Air mata dikesat. 

Kenapa Sasha tak mengadu pada mama? Sebab mama tak akan percaya. Tak akan. Mama tak pernah ambil kisah tentangnya. Yang mama tahu, dia ke sekolah dan belajar. 

Lihatlah seperti sekarang dan malam-malam sebelumnya? Mana pernah kantoi? Nampak sangat mama tak pernah check bilik dia untuk memastikan keadaan anaknya ini.

Hatinya berduka. Jiwa itu menanggung lara. Tapi Sasha ada cita-cita. Yang dia akan kejar, sampai habis nyawa. 

Apa? 

Kumpul duit banyak-banyak dan keluar daripada rumah tu. 
Pergi mana? 
Pergi sahaja mana-mana yang dia boleh dapati sesuatu yang sangat berharga untuk hidupnya. 

Apa?

Eternal happiness. 

Entah wujud, entah tidak. Sasha pun tidak tahu. Yang pasti, satu-satunya harapan untuk dia terus hidup; adalah itu. 

Eternal happiness. 

Disorong perlahan basikal itu hingga terasa sudah sedikit jauh dari kawasan rumah, barulah dia mula menunggang. 

Sempat juga dia memetik sekuntum bunga ros merah di taman depan rumahnya. Memang itu habit Sasha. Sekuntum ros merah itu akan diberi kepada lelaki yang membuat show street berserta duit. Dia akan ketipkan bunga tersebut pada duit dengan menggunakan tape.

Bunga tersebut dimasukkan ke dalam bakul basikal yang turut terisi beg sandangnya itu.

Sasha menyumbat telinganya dengan earphone. 

Lagu-lagu Linkin Park berkumandang mengetuk gegendang telinganya. Somewhere I belong. 

When this began
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
(I was confused)
And I let it all out to find
That I'm not the only person with these things in mind

Kayuhannya mulai deras. Kepalanya sekejap tergelang dan terangguk mengikut tempo rentak lagu tersebut. Lagu ini.., entah kenapa ceritanya macam dia boleh rasa apa yang Linkin Park nak ceritakan. 

Dan dia mengerti sakit itu.

But all that they can see the words revealed
Is the only real thing that I've got left to feel
(Nothing to lose)
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own

Sakit yang sering ditutupi dengan wajah tenang dan senyuman gembira atau bahkan ketawa riang. 
Sakit yang disimpan sendiri dalam sunyi yang membingitkan jiwa. Sunyi yang barangkali menyiat telinga. 

Sebuah sunyi yang terlalu menyakitkan. 

Bibir mungil yang merah pucat dan sedikit merekah itu mulai menyanyikan chorus lagu itu. Perlahan. 

I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I've felt so long
(Erase all the pain 'til it's gone)
I wanna heal, I wanna feel like I'm close to something real
I wanna find something I've wanted all along
Somewhere I belong!

"Somewhere..," kini, konsentrasinya masih pada tunggangan basikalnya tetapi ada sisi daripada mindanya yang membawa Sasha terbang mengimpikan sesuatu.

Kalaulah hidup ini ada butang esc untuk dia escape. Dia lah antara manusia yang bakal memegang rekod paling banyak menekan butang tersebut. 

Dia mahu escape ke mana sahaja asalkan bukan di sini. Asalkan bukan di dalam tubuhnya. Jiwa yang kosong itu semakin masak dengan perangai dunia.

She wanna go somewhere. Somewhere she's belong to. 

Anywhere.

The places where she can be the authentic version of her. Genuinely. 


Tapi.., di mana? "Huhh..," dia mengeluh sebentar. Kayuhannya diperlahankan sebelum dihentikan sepenuhnya. Destinasi yang dituju sudah semakin hampir. Jadi dia berkeputusan untuk berjalan sambil menolak basikal. 

Sebenarnya, Sasha lebih suka berjalan berbanding berbasikal. But the scenario of this world from her view when she use her bicycle is not as bad as she thinks. Seronok juga. Ada angin lembut tampar-tampar muka. 

Macam comel je penerangan dia.

Hidup memang tak adil, tetapi bumi masih lagi sebuah ciptaan yang indah. Angin, air, tumbuhan dan tanah. Langit dan bintang, bulan dan matahari, gunung dan lautan. Semuanya. Semuanya indah. 

Semuanya seolah diciptakan untuk dia berimaginasi dan terasa disayangi oleh sesuatu yang.., dia sendiri tidak pasti kewujudannya. 

Tuhan? 

Entahlah. Tetapi sebagai manusia biasa, perasaan ingin bertuhan itu memang ada. Normalisasi manusia ingin hidupnya ada pegantungan untuk bersangkut pada. Cuma dia tidak pasti. 

Kerana setiap kali orang kata Tuhan tidak pernah cacat dan tidak pernah silap, dia sentiasa rasa bahwa penciptaan dirinya adalah satu kesilapan tuhan. 

Entahlah.

Seperti biasa, dia menjadi penonton yang terpaling awal. Biasalah, peminat sejati. Ehek. Sasha mengambil bunga yang tadi dia petik, batang bunga rose tersebut dia pegang. Pisau lipat kecil yang ada di dalam poket dia keluarkan. 

Duri duri yang ada di sekeliling batang bunga rose tu dia siat dan buang. Dia pandang bunga itu lama, 

"Is a rose is still a rose? When the thorn is no longer here?" Soalan itu terkeluar daripada benaknya. Dia mengusap batang bunga rose tersebut. Hurmmm..,? 

"Of course it is. It is still. And always be a rose." Satu suara garau menyahut daripada sisi. 

Tak sangka pula suara dia mampu didengari. Terus dia menoleh ke arah punca pita suara itu bergetar. Halkum. Eh? Kenapa aku pandang halkum anak teruna orang ni? Dia tergeleng sekilas, pandangannya diangkat. Wajah pemuda itu dia pandang. 

Matanya sedikit terbeliak. "Awak..," 

Violist yang selalu buat show street itu! Lelaki yang Sasha crush kan itu! Ada di sebelah Sasha! Ohemgi. Ohemgi. Nak kena buat apa niii? 

"Haii, saya Rumi!" Riang dan tampak bersahaja. 

Sasha sempat menoleh kanan dan kiri. Belum ada orang. Dia teruja, namun perkataan yang terkeluar daripada bibirnya cumalah, "Sasha." 

Nampak hambar, tapi sebenarnya dia terlalu excited. Cuma dia tidak tahu harus beriaksi bagaimana. Teruja campur terkejut. 

Terkujat. Ehhhh? 



-bersambung.

(Saya nak update malam tadi sebenarnya, tapi malam tadi saya terlajak tengok drama turkey. Ahahaha, maafkan saya.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan