Disclaimer: watak-watak yang ada di dalam cerita ini ada yang selain agama Islam. Maaf jika ada typoooo.
Sekiannnnnn.
-------------------
Darkside (1)
"There's something in your eyes."
Rumi menyumbat telinganya dengan earphone. Otaknya terasa penat menjawab test subjek calculus yang diberikan oleh professor tadi. Itu belum masuk dia curi-curi ambil masa untuk pergi solat maghrib tadi.
Nasib baik test online. Tak tahulah kenapa prof buat test dah nak malam macam ni. Hurmmm...,
Ada juga waktunya Rumi mengeluh. Tetapi dia kena faham, dia hidup di tempat orang. Budaya dan agama yang berbeza dengannya.
Selepas ini, dia harus sambung menyiapkan thesisnya. Tinggal sedikit sahaja lagi. Tetapi..., Haihh. Bukan main penat. Sampai tak tahu nak terangkan penat dekat otak tu macam mana.
Tingkap sliding bilik itu diseret buka. Angin sepoi malam berdansa mengenai roman wajah jernih milik Rumi. Rumi kacak sebenarnya. Walaupun ada sedikit parut jerawat dan jerawat kecil yang terhias. Tapi, Rumi masih sahaja kacak.
Badannya disandarkan penuh pada penyandar kerusi belajar.
"Huhhh.., penatnya." Keluh Rumi sendiri.
Sepasang karbon itu terangkat merenung dada langit. Cantik suasana malam ini. Bulan mengambang penuh. Bintang-bintang jelas kelihatan. Terasa sejuk tapi masih nyaman dan tidak angker.
Instrument kalimba yang tadi mengetuk gegendang telinganya kini bertukar dengan sebuah lagu pula. Spotify Rumi memainkan lagu Darkside yang dinyanyikan oleh Alan walker. Lagu itu ialah antara lagu yang sedang trending di spotifynya.
'We're not in love
We share no stories
Just something in your eyes."
Ingatannya kembali terjangkau pada seorang gadis yang sering menitip bunga setiap kali dia melakukan show street. Oh yaa, Dia gemar bermain violin. Itu adalah salah satu hobinya. Orang kata, manusia kena ada tiga jenis hobi.
Yang pertama, hobi yang boleh menjana wang untuk diri mereka. Yang kedua, hobi untuk mereka realese tension. Dan yang ketiga, hobi yang memberi manfaat kepada masa depan atau cita-cita mereka.
Siapa kata? Laila yang kataaa. (Ahahah)
"Don't be afraid
The shadows know me
Let's leave the world behind"
Dan bermain violin adalah hobi yang menjadi sumber untuk dia tambah duit poketnya. Iyalah, dia bukan orang kaya. Menetap di negara maju ini, memang seharusnya bijak mengatur financial sendiri. Walaupun, dia mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang akan membantunya ketika dia susah. Dia tetap harus belajar berdikari. Kan?
"Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it
Let's feel it"
Dan pada baris lirik yang ini, wajah gadis yang sentiasa tampak riang setiap kali menonton persembahan jalanannya sekali lagi menerjah ingatan.
"While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side"
Gadis itu tak pernah lokek dengan senyuman dan perangainya yang tak pernah tak menggembirakan orang sekeliling.
Tetapi, ada sesuatu. Entahlah, macam ada sesuatu dengan gadis tersebut.
"Fall into the dark side
Give into the dark side
Let go of the light
Fall into the dark side"
Sebab..., riak pada mata gadis tersebut.
"Beneath the sky
As black as diamonds
We're running out of time (Time, time)"
Entahlah.
"Don't wait for truth
To come and blind us
Let's just believe their lies"
Macam ada yang tersembunyi.
"Believe it
I see it
I know that you can feel it"
Sesuatu yang sangat dahsyat dan berat.
"No secrets worth keeping
So fool me like I'm dreaming"
Entahlah, sesuatu yang Rumi sendiri tak pandai rungkai. Tapi pada sepasang mata gadis itu, ada bezanya dengan perwatakan yang ditunjuk.
"Take me through the night
Fall into the dark side"
Tetapi siapalah Rumi untuk ambil tahu?
Mungkin benar kata orang, manusia dalam diri kita sentiasa berubah. Fizikalnya sama, tetapi yang di dalam. Yang di jiwa itu.
"We don't need the light
We'll live on the dark side"
'the darkside.' Rumi yakin, mungkin itu. Mungkin... Mungkin.
"I see it
Let's feel it"
Mungkin.
"While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side."
Masih, siapalah Rumi untuk mengacau hidup orang lain? Rumi bukan siapa-siapa. Rumi cuma manusia yang selalu buat pilihan. Dan pilihan Rumi, jarang yang tepat.
Setiap pilihan yang Rumi buat, pasti akan ada kesilapan di mana-mana. Tidak satu, mungkin dua. Dan banyak.
Rumi tak sempurna.
Jadi, Rumi tak ada hak untuk judge atau cari tahu dengan lebih dalam tentang privasi hidup seseorang.
Rumi sedar.
Cuma entahlah. Risau? Mungkin juga.
Haihhh..,
Sementalahan, tamat lagu itu. Rumi kembali tersedar daripada lamunannya. Apebendaaaalah malam-malam macam ni lamunkan anak dara orang ni, Rumi?
Kepalanya tergeleng sedikit sambil tersengih sendiri. Pen kembali diambil. Masa untuk siapkan thesis!
Entahlah, tetapi gadis itu menarik perhatiannya. Ehhhhh!? Menyempat lagi.
"Ahmad Syamim Rumi Bin Ahmad Fikriiiii!"
Mata Rumi terkedip beberapa kali, laju. Kali ini, dia tersedar penuh. Sedikit terkejut juga. Huh??
"Ya, ibuuu??" Sahutnya.
Tap. Tap. Tap. Telinga Rumi menangkap bunyi tapak kaki seseorang yang kedengarannya semakin dekat dengan pintu bilik Rumi. Dan sudah pasti dia kenali.
Ibu.
Tombol pintu dipusing dari luar. Rumi terus memalingkan wajah menghadap pintu biliknya.
"Ibu?" Sepasang kening Rumi terangkat. Ada apa ibu datang bilik ni? Kenapa cari dia?
"Dah isyak belum?"
"Belum ibu, kejap lagi. Abang nak siapkan kerja ni. Lagi sikit. Sikit je lagi. Jap. Jap." Badannya kembali terpusing menghadap kerja di meja belajar.
Ibu tergeleng sedikit. "Solat dulu, Ahmad Syamim Rumi. Bukan kerja tu yang tolong abang dekat 'sana' nanti."
Rumi memusingkan kembali badannya menghadap ibu. "Ibuuuuuu." Ibu mengangkat kening?
Kedua-dua tangannya dilekapkan ke dada. Zzzaaaaaappp!
"Deep separuh nyawa." Lalu Rumi tergelak kecil.
"Ehh, main-main pulak. Pergi solat sekarang!."
"Okay ibu, abang solat sekarang. Abang nak direct masuk syurga. Tanak check in neraka dulu."
"Eyyy, budak ni."
'pap!'
lengan Rumi, ibu tepuk sederhana sambil tersengih. Rumi memang nakal. Tapi kalau dengan ibu, pakej nakal Rumi sekali dengan manja dan gedik. Complete, langsung tak tertinggal.
"Ahahahah!"
"Dah, solat sana."
"Nak solat lah niii. Babai ibuuu. Muah muahh!" Pipi ibu, Rumi cium kiri kanan. setelah itu, terus dia berlari masuk ke toilet.
Kan dah kata?
"Gedik!"
"Anak ibu jugaaaak!" Jerit Rumi dari dalam toilet.
Ibu geleng kepala lagi. Haihhh, anak..., anak. "Nanti dah siap solat, turun makan!"
Rumi yang sedang berkumur jadi serba tak kena. Nak jawab, nanti makruh pula. Tak jawab, kalau ibu terasa hati, dosa pula.
Halaaaaah!
Akhirnya, "okay ibu!!"
Dan, Rumi pun mengambil wudhu' sekali lagi. Mereka sekeluarga bukanlah orang alim atau muslim yang terlalu islamik. Ibu dan adik-adik perempuannya pun bukanlah jenis yang bertudung labuh atau berpurdah. Tetapi mereka tahu tanggungjawab kepada agama.
Dan menjaga solat itu, adalah hal paling utama yang mereka sekeluarga sedang praktikkan.
Sebenarnya, Rumi sekeluarga orang Melayu yang menetap di negara Jiran. Ayah Rumi yang juga suami ibu mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lumayan. Disebabkan ketika di Malaysia, gaji yang diperuntukkan adalah kecil dan sering dicop 'over qualified'.
Ayah Rumi berkeputusan untuk bekerja di negara jiran ini dan menetap di sini. Rumi sempat lahir di Malaysia. Cuma, 2 orang adik perempuannya yang lahir di negara jiran ini.
Ibu pula, bekerja disebuah syarikat penerbitan akhbar. Tetapi sejak anak-anak ibu bertambah menjadi tiga. Ibu berkeputusan untuk menjadi suri rumah penuh. Tambah, anak-anaknya ramai yang perempuan.
Anak perempuan. Permata yang sangat memerlukan perhatian level tinggi untuk membesarkan mereka. Tetapi bukanlah maksudnya menongkong.
Walaubagaimanapun, mereka semua berwarganegara Malaysia. Mereka hanya menetap di negara ini, New zealand.
(Cehh, tempat nak havoc. AHAHAHsekatiakulah.)
Ada waktu, mereka akan pulang juga ke tanah air mereka. Ya, negara itu memang patut dicintai walaupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara itu TERSANGATLAH 'sesuatu.'
Selesai menunaikan solat isyak, Rumi duduk sebentar di atas sejadah. Gambar ka'bah yang ada di atas sejadah itu ditatap lama. Rasa rindu tiba-tiba.
Rumi tak pernah melaksanakan haji pun, tapi dia pernah melaksanakan umrah. Ayah, jika ada rezeki lebih .., sering membawa keluarganya menunaikan umrah. Mungkin kerana itu juga, rezeki ayah sering melimpah?
Entah. Kuasa Tuhan.
Tapi sumpah, kali ini Rumi rasa Rumi betul-betul rindu nak ziarah rumah Allah. Air matanya menubir. Sikit lagi mahu jatuh.
"Abang nanges ke?" Sarah menegur abangnya yang sedang elok mengelamun. Haihh, abang Rumi memang suka mengelamun. Nasib baik abang Rumi pandai dan rajin. Kuranglah sikit kena bebel dengan ibu.
"Shut up, Sarah." Balas Rumi sambil mengerdipkan sepasang karbon miliknya, laju. Mahu menghilangkan air mata yang tersangkut pada tubir matanya.
"Ohemgiiii, abang you criedddd."
"Diamlah, senget."
"Ahahahah!"
"Ada apa Sarah datang?"
"Ibu suruh panggil makan." Sebenarnya, Sarah sudah lama tercongok di pintu bilik abangnya itu. Tetapi dia malas mahu menegur Rumi.
Dan dia akhirnya berkeputusan untuk menegur abangnya itu. Sebab abang Rumi mengelamun lama sangat!
Kalah anak dara sunti ketika mengelamun sebab berangan ada anak raja nak masuk meminang. Ehhh?
"Jom"
"Ha, okay." Kopiah dibuka, dan diletakkan atas meja pendek lampu tidur bersebelahan dengan katil singlenya itu.
'PRRAAAANNGG!'
Bau wine atau arak menyucuk deria baunya.
Sasha memejamkan kelopak mata. Rapat. Entah jijik atau sakit di kaki yang semakin terasa cucuknya. Dia pun tak tahu. Terasa ada cairan likat yang terkena pada kakinya. Atau mungkin..., Cairan itu daripada kakinya sendiri.
Dan seperti selalunya, tidak ada sesiapa yang perasan lukanya. Darahnya. Ini baru secara nyata. Yang di dalam? Entah, sudah tidak terhitung.
Ahahah.., poor Sasha. Don't have anybody to lay her head on.
Bunyi tadi?
Seperti biasa, mama bergaduh dengan lelaki yang mungkin teman lelaki mama. Apabila mereka bergaduh, jarang tidak ada barang yang pecah.
Papa? Entah, dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan papa.
Matanya kembali dia buka. Setiap pekikan mama dan tengkingan lelaki itu, dia buat tidak dengar. Mereka saling menengking dan meninggi suara.
Sasha cuba pekakkan telinga.
Bersama kaki yang berdarah, Sasha cuba gagahkan diri untuk terus melangkah. Biasanya pada waktu seperti ini, dia sudah berada di rooftop bangunan yang jauhnya mungkin 2 km dari rumah ini. Itu sahaja satu-satunya tempat yang dia rasa selamat setakat ini.
Escape.
Well, short escape won't hurt. Right?
Sebelum dia keluar daripada rumah itu, sempat dia menarik beg galas denimnya yang sudah agak lusuh.
Dia keluar dari pintu belakang rumah dan menutup pintu tersebut perlahan. Kasut disarung. Entahlah, dia terlalu sakit. Dadanya sakit. Kepalanya sakit. Dia terluka. Dia patah. Dia pecah. Tapi.., tidak ada sesiapa yang sudi ambil tahu.
Semua sakit ini didahulukan, sampai sakit pada kakinya yang tadi tercucuk serpihan kaca itu pun jadi kurang terasa.
Tahap kesedihannya sudah pada...., 'too sad to cry.'
Sasha mula berlari. Sakit pada kaki sudah tidak dia endah.
Air mata?
Sudah tidak ada lagi air mata. Hidup Sasha sering memaksa dirinya menahan air mata untuk terus kuat. Sampai kadang-kadang, Sasha memaksa diri sendiri untuk menangis.
Sebab dadanya terlalu berat dan sakit. Dia sakit. Dia sedih. Dia mahu menangis. Dia cuba untuk menangis. Tetapi, setiap kali itu... tidak pernah dia berjaya.
Tidak pernah. Tidak ada satu pun air matanya jatuh. Kadang-kadang, hanya ada di tubir. Tapi tidak pernah mengalir deras.
Mungkin.., mungkin kerana sudah terlalu lama dia simpan sendiri. Mungkin..., Mungkin sebab dia sudah terbiasa. Dia sudah terbiasa menekan dirinya untuk sentiasa kuat. Sampaikan dia sendiri penat.
Terlalu lama begini, sampai dia sudah terbiasa. Ahahahah..,
Dan kebiasaan yang ini, sesungguhnya adalah penyesalan untuk Sasha.
Dia lelah. Dia penat. Dia sakit. Tetapi.., dia tidak tahu mahu melakukan apa. Keliru dengan hidup. Keliru dengan dirinya. Entahlah.
"Huhh..," nafasnya sedikit tertahan. Sakit di kaki terasa mencucuk. Sasha berhenti seketika di tepi jalan kecil itu. Kaki kirinya dikeluarkan daripada kasut. Berdarah teruk.
Sekali lagi, "huhhh...,"
Dia mencangkung. Serpihan kaca yang tercucuk pada kakinya dicabut perlahan. Ada tiga kesemuanya. Sakit. Tapi dia boleh buat apa?
Meratapi kesakitan yang dia rasa tidak akan membantu dirinya pun. Kan? Zip beg galas dibuka. Sebotol air mineral besar yang masih penuh dikeluarkan. Kakinya dijirus.
"Ssssttt", pedih. Lalu dilap perlahan dengan sehelai kain kecil yang dia sentiasa bawa di dalam begnya.
Kasut sebelah kiri itu diketuk-ketuk sedikit sebelum dipakai semula. Mahu keluarkan sisa serpihan kaca, mungkin.
Kali ini, Sasha berjalan agak perlahan. Tidak berlari atau laju. Kadar jalannya dengan cara sederhana. Sampailah di bangunan bertingkat tempat dia selalu lepak. Tangga dia daki. Sasha lebih suka mendaki tangga berbanding menggunakan lift.
Sampai di tangga yang terhubung dengan rooftop, pintu tersebut dia pulas.
Sasha mula menarik nafas dalam sebelum dengan kuat, dia menghembus. Terasa sedikit nyaman. Tetapi entah, masih kosong.
Kenapa?
Dia berjalan hingga bertemu tembok paling hujung sisi rooftop tersebut. Gelang tangan salibnya dipegang. Gelang itu, hadiah daripada mendiang kawan baiknya.
Tuhan?
"God? Are you really there?"
Kau tahu, apa sebenarnya persamaan manusia?
Manusia itu lemah. Dan sentiasa ada keinginan untuk hidup bertuhan.
Sasha juga. Sasha ingin hidup bertuhan. Ingin menggantung harapannya pada sesuatu yang tidak akan meninggalkannya.
Tetapi hidup Sasha sungguh kejam. Sampai dia sendiri pun keliru samada Tuhan itu benar wujud atau tidak?
Jika ada, kenapa tak pandang jiwa yang sedang lelah sepertinya? Nak kena mati dulukah? Baru diri itu dihargai?
Tapi..., Sasha tak mahu mati dalam keadaan yang bodoh. Sasha takut mati sebenarnya. Dia tidak mahu mati, tetapi tidak mahu hidup juga.
Maka itu, jalan yang dia ada kini; bertahan dan hadap sahaja.
"Huhh..," dia mulai memanjat tembok itu dan berbaring di atasnya seperti selalu. Sasha memang tak gayat. Mungkin pernah ada perasaan takutkan ketinggian. Tapi sudah hilang, barangkali.
Sebab.., cuma ini sahaja cara dia escape dari rasa sakit yang asyik menghentak. Kerana setiap garitan yang tertoreh dalam jiwa itu meninggalkan bekas. Cuma itulah.., lukanya tidak kelihat. Darahnya juga tidak ada.
Terluka tapi tak berdarah.
Kesakitannya..., Maha dahsyat!
Headphone dipakai. Malam hari itu dia nikmati. Playlist lagu-lagu XAM dan mendiang linkin park bermain.
Deep inside,
'I broke. Again.' - april, 2017
Ayat itu ditulis di dalam notes telefonnya. -bersambung.
-----------------------------
Hye, koraaaaang. So, saya nak kasi tahu. Nampak tak ada beza sikit dekat blog saya kali ni?
-ada chat box.
-ada lagu.
-butang follow.
Yaaa, itulah benda baru yang saya eksaited sangat nak cerita. Ahahahah! Tapi masalahnya saya tak tahu nak cerita macam mana. Chat box tu wujud sebab..., Saya macam boring. And macammm, nak kenal-kenal jugak dengan korang. Actually, before ni dah ada. Tapi saya buang sekejap, sebab saya tersalah buang weyhh. Nak buang widget lain, terbuang chatbox tu. Ahahahah, nasib baik boleh buat balikkk.
Yang lagu tu pula, sebab yelaaaa..., Macam boring kan blog saya, takde lagu. Tapi jangan risau. Maybe dua minggu sekali atau hari2 jika saya rajin, saya akan tukar lagu tu. Jadi, takde lah korang boring kann.
Yang butang follow tu. Ahahaha! Saya teringat before ni, ada orang tanya. Macam mana nak follow blog saya? Takde butang follow pun?
Ahahah, koraang. Kalau nak tahu, blog saya ni pun sebenarnya ada readers saya yang baik hati dan saya percaya yang hias. Yang buatkan semua. Kerja saya, tulis dan update. Baru2 ni je saya belajar nak edit coding blog sendiri. Ehekkk.
Then, barulah saya tahu macam mana nak letak butang follow. Dan butang share2 tu.
Dan ya, lagi satu. Untuk yang dah lama follow blog saya, mesti perasan kan yang post entry saya makin sikit dekat list tu. Dan untuk yang baru follow, mesti pelik. 'kata ada blog dari 2018, tapi kenapa update entri start dari 2019?'
Actually, korang. Saya unpublishhh. Sebab saya rasa penulisan saya yang dulu2 sangat childishhhh. Ahahahah!
Jadi, itu sahajaaaaa. Okay, chikaasss. Saya harap hari korang indah.
Btw, selamat kembali dan selamat datang keeeeeee....., Midnight tales sayaaaa.
(Semoga kalini saya betul2 boleh habiskan cerita ni. Ameen!) ๐๐๐ญ๐
-Laila in her midnight myth, 12: 30 am.
July 2021.
From Blogger iPhone client

Gracias!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan