Translate

Rythm

"The combination of cute, sweet and funny. She is." -Since 2018

Cerita ringkas: Dandelions dan Cinta.

Jumaat, 12 November 2021

Tajuk: Dandelions dan cinta.
"This isn't goodbye, this is simply see you later."

Disclaimer: baca sambil dengar lagu Dandelions by Ruth b. Tawwww. Ehek. 

Sooooo, hiwigooooo. 
***

Lagu dandelions by Ruth b. mengetuk gegendang telinga Leyla. 

'Maybe it's the way you say my name.
Maybe it's the way you play your game.'

Ahh.., lirik ini. Dia tersenyum sendiri. Ada sendu, tapi rasa itu masih menyentuh hangat yang manis.

'But it's so good, I've never known anybody like you.
But it's so good, I've never dreamed of nobody like you.'

Nama seseorang bermain pada lintasan yang tiba-tiba saat detik ritma lagu dandelions itu dimelodikan. 

'And, I've heard of a love that comes once in a lifetime.
And I'm pretty sure that you are, that love of mine.'

Leyla memandang langit biru. Rantaian mindanya menerawang pada yang sering disebutkan dan didendangkan. 

'Cause I'm in a field of dandelions
Wishing on every one that you'll be mine, mine'

Seputar rasa sakit dan manis diaduk menjadi satu.

'And I see forever in your eyes
I feel okay when I see you smile, smile'

Ingatan memori yang aku sebutkan, rindu.

'Wishing on dandelions all of the time,
Praying to God- that one day you'll be mine.
Wishing on dandelions all of the time, all of the time'

Dan kisah ini, terlalu banyak lompong dosa. Tidak sempurna.

'I think that you are the one for me'

Kotor. 

'Cause it gets so hard to breathe.'

Tetapi, untuk seorang Leyla- kisah ini masih yang terpaling indah di antara seindah-indah kisah.

'When you're looking at me,
I've never felt so alive and free.'

Lalu, pada bayang yang tidak lagi dapat dia jejakkan injaknya- ada cerita sakti yang magisnya kembali diputar.

'When you're looking at me,
I've never felt so happy.'

Entah sengaja, atau sebenarnya sudah menyerah dengan yang namanya rindu. 

'And, I've heard of a love that comes once in a lifetime.
And I'm pretty sure that you are that love of mine.'

Untuk lirik seterusnya, Leyla meringis sakit dalam dada menahan sesak sebuah rindu. Air mata yang bertakung akhirnya terpecah.

'Dandelion, into the wind you go.
Won't you let my darling know?'

 Ranggut pilu dalam monolog doa ringkasnya. 
Sungguhlah, tidak ada rasa yang boleh menjadi seteru kepada rasa rindu. 

'Dandelion, into the wind you go.
Won't you let my darling know that?'

"Tuhan, cuma kali ini. Kali ini sahaja. Aku janji."

'I'm in a field of dandelions.
Wishing on every one that you'll be mine, mine.
And, I see forever in your eyes.
I feel okay when I see you smile, smile.'

"Cuma kali ini, izinkan aku terpatah. Kerana rasa rindu yang kau panggil anugerah." 

'Wishing on dandelions all of the time.
Praying to God, that one day you'll be mine.
Wishing on dandelions all of the time, all of the time.'

"Maaf Tuhan, hari ini aku menyerah." 

'I'm in a field of dandelions.
Wishing on every one that you'll be mine, mine'

Dan..., cerita lama kembali dimemorikan dalam fantasinya. Ada doa yang mengharap kebergantungan pada Tuhan.

Cerita lama yang semakin dia cuba untuk kaburkan itu. Cerita tentang kali pertama, seorang gadis sederhana- mengenal cinta. Cinta untuk dua jiwa. Cinta fitrah sebagai manusia, manusia yang berjiwa hamba. 





*------imbas kembali.*


May, 2018.
_"Ya Allah, what is love?"_ 


Entah kenapa, padahal masih awal remaja. Leyla tiba-tiba mahu tahu tentang cinta. Atau lebih spesifikasinya cerita ringkas dan sederhana milik dia ini, cinta fitrah kepada manusia selain keluarga dan sahabat.

Ya, cinta yang itu.

Tetapi, umurnya baru sahaja mencapai 17 tahun. Gatalkah dia? Gedikkah dia jika ingin merasai hal itu? 

Entahlah.

Nafas ditarik dalam, lalu dihembus. Tidak kuat seperti mengeluh. Tidak juga terlalu lambat seperti cuba menahan rasa. Sekadar menghembus seperti biasa. Lancar dan tidak ada beban yang menghimpit luas ruang pernafasannya.

Leyla menggeleng perlahan, "apehal aku nak fikir pasal mendalah ni?" Sudahlah lagi berapa bulan sahaja lagi Ujian besar SPM akan bermula. 

"Huhhh," iya, kali ini Leyla mengeluh. Apa kena dengan dirinya saat ini?

Buku matematik ditutup. Sudah mencapai limitasi ulang kaji. Sekarang, masanya dia bersosial melalui telefon pintar jenama samsung itu.

Dia tersengih lucu. Ketika umurnya mencapai 17 tahun ini, barulah dia mempunyai telefon pintar sendiri. Selama ini? 

Dia bergantung penuh pada telefon ibu dan telefon rumah. Begitulah cara dia berkomunikasi dengan rakan kelasnya untuk berbincang hal-hal berkaitan pelajaran. 

Aplikasi yang berwarna biru dan putih itu dia tekan. 

'Plato.'

Memandangkan sisi introvertnya lebih tinggi berbanding extravert, maka itulah cara Leyla bersosial. Berkomunikasi sihat dengan orang asing. 

'Media sosial.'

Dan ya, aplikasi plato ini- sedikit sebanyak dapat membantunya juga. Tidak perlu menggunakan nama betul pun. Tidak wjib juga menggunakan gambar sendiri. Ada avatar yang disediakan untuk pengguna aplikasi itu guna sebagai gambar profil mereka. Dari situ, privasi setiap pemain game plato itu, terjaga rapi.

Tidak anonymous, tetapi synonymous.

Aplikasi ini lebih kepada permainan. Memang aplikasi 'game' pun. Bermain random dengan orang asing.

Boleh juga berbalas mesej dengan orang asing tersebut semasa bermain 'game'. 

Game di dalam aplikasi itu juga banyak. Leyla suka main game 'golf' dari dalam aplikasi itu. Walaupun tidak mahir, tetapi selalu juga Leyla menang.

Malam itu, Leyla mencuba nasib bermain game lain. 

Bola sepak.

Dan sudah dapat diagak. Leyla kalah. Satu notifikasi naik, mesej daripada lawannya. Nick name lawannya itu, Restia.

"Hebatkan aku main?" 

Leyla tersengih, lucu. Amboi? Berlagak betul ni. Ibu jari kanan kiri Leyla mula menekan keyboard telefon pintar itu.

"Berlagak kau kan?" Emoji ketawa turut dia tekan.

Butang send ditekan. Tidak lama, si Restia itu menekan mesej balas,
"Ehhh, mestilahh." 

Satu lagi mesej daripada Restia itu sampai, 
"Rematch nak?" 

Leyla senyum teruja. Setakat ini, Restia adalah orang asing pertama yang ajak rematch. 

"Jom!" Mesej ringkas itu, Leyla hantar. Namun dia berfikir seketika. Sekali lagi, ibu jarinya menyusun diksi.
"Tapi, kasilah aku menang pulaaaa." 


"Ahahah, tengoklah nanti." Balas dari Restia.

Permainan itu dimainkan sekali lagi. Dan iya. Untuk lagi, Leyla kalah. Leyla membiarkan sebentar telefonnya. 

Basuh muka dan gosok gigi. Bersiap untuk tidur. Sebelum tidur, dia sempat membuka telefon. Memeriksa sama ada alarm telefonnya berbunyi esok pagi untuk subuh.

Notifikasi daripada aplikasi plato naik. Nama si penghantar mesej dia baca, Restia. Banyak juga. Leyla berkerut sederhana. Ibu jari kanannya gatal menekan notifikasi itu.

Mesej pertama dia baca,
"Weyh, main game lain nak?" 

Mesej kedua, 
"Jomlaa."

Mesej ketiga pula, 
"Kali ni aku kasi kau menang."

Leyla ketawa kecil. Kelakar dan comel dalam masa yang sama. Alahai, si Restia ni. Hahahaha...,

"Weyh, aku nak kena tidur ni sebenarnya. Aku student, kau tahu? Esok nak kena sekolah." Butang send, Leyla tekan.

"Oh laa, yeke. Kita sambung esok nak? Aku pun student juga. Aku tengah diploma sekarang" 

Leyla tergeleng lucu. Dia ikutkan sahaja, "Boekk."

"Weyh, approve friends aku taw." Balas mesej dari Restia itu dia baca. Terus dia bergerak ke laman untuk memperlihat 'rakan-rakannya' di dalma game tersebut. Nama Restia timbul membuat permintaan menjadi rakan.

Kotak mesej dari aplikasi itu timbul warna. Ada mesej masuk. Seperti yang Leyla agak, mesej tersebut daripada Restia. 

"Esok kita sambung main game taw, weyh."

"Gudnite Liecha." Nama itu, nama yang dia guna sebagai nama samaran di dalam aplikasi tersebut.

"Belajar leklok tu dekat sekolah esok. Okay?"

"Take care." 

"Assalamualaikum."

Lajur itu, dua garis merah merekah yang berhias cantik pada wajah manis Leyla, kuntum senyum tergarit indah. 

Gadis mentah ini, pada perutnya- seperti ada rama-rama terbang. Dadanya berkocak rentang. Bukan gugup, tidak juga angker.
'Rasa apa ini, wahai Tuhan?'

Namun, rasa itu perlahan dia padam.
'Masih terlalu awal.' Kepalanya tergeleng sederhana. Entah, manis tetapi membingungkan.

Ada apa dengan perasaan yang kocaknya mengelirukan ini?

Ibu jari Leyla menekan balas mesej untuk dihantar kepada Restia. 

"Ya, Restia. Thanks ingatkan aku. Gudnite juga. Waalaikumussalam." Emoji senyum turut dia hantar.


Semenjak hari itu, hubungan mereka semakin rapat. Semua game dalam aplikasi Plato, mereka cuba. Kadang-kadang, Leyla menang. Dan selalunya, Restia menang.

Selalunya, Restia yang bagi Leyla menang. Hahahah...,

Semakin rapat. Semakin Leyla selesa berkawan dengan Restia. Walaupun hanya di alam maya.

Mereka mulai mendedahkan nama sebenar masing-masing. Nama sebenar pemain yang bernama Restia itu, adalah Faiz.

Faiz cerita, nama Restia itu dia ambil sempena nama watak dalam cerita anime yang dia tonton. Banyak hal yang menjadi bahan bualan mereka. 

Hari demi hari, cerita ringkas yang bertukar-tukar tetapi masih asli tentang mereka itu; menjadi asbab hubungan antara Leyla dan Faiz merapat.

Faiz anak jantan dari tanah Melaka. Berjiran sebelah sahaja dengan negeri tempat Leyla dilahirkan. Johor.

Sebulan berlalu, dan mereka bertukar nama insta. Setelah itu, berbalas mesej di insta. Bercerita itu dan ini. Terasa hangat jiwa Leyla ketika berbicara tentang hidup dengan lelaki itu.

Banyak juga nasihat daripada Faiz yang Faiz kongsi dengan Leyla. Salah satu sebab Leyla mula belajar menutup aurat dan menjaga solatnya.

Ya, Faiz adalah salah satu sebab kepada hal baik yang semakin dia takrofkan dalam gaya hidupnya sebagai seorang Islam, sekarang.

Entah pada tarikh bila, mereka akhirnya bertukar nombor telefon. Berbalas mesej di aplikasi hijau yang biasanya orang guna untuk berkomunikasi.

Daripada hobi, kesukaan masing-masing, cerita duka, tentang sakit yang lelaki itu sedang hadap dan juga tentang keluarga. Cerita mereka seolah tak akan pernah dan tak mahu habis.

Suka.

Leyla suka pada rasa hangat yang menyentuh lekuk hatinya ini. Terasa diisi walaupun tidak penuh. Sederhana ini, sudah cukup menjadi punca kepada rasa yang terlalu ingin dia pegang.

Hangat dan cinta.

Semuanya terasa benar.
"Leyla, if I say that.. I'm into you. I mean, I love you? Macam mana?"

Lama, mesej itu Leyla baca. "Bagi aku habiskan spm aku. Boleh?" 

Pada ayat ini, Leyla rintikkan satu janji untuk setia menjaga hatinya. Dan, dia harap lelaki itu turut merasa perasaan yang dia sedang juga rasa.

"Trust me, Faiz. Trust your feeling. I feel the same." Balasan mesej Leyla yang selanjutnya ini mengukir senyum paling ikhlas pada roman wajah Faiz.

Sungguh, dia sedang berada di dalam fasa yang begitu hangat tetapi menyelesakan.

Dan seperti biasa, banyak cerita yang Faiz kongsi. Kadang-kadang Faiz menyanyi. Walaupun tidak sehebat suara Afgan, tetapi masih merdu pada pendengaran Leyla.

'Tuhan, inikah cinta?' Leyla tenggelam.

Daripada Faiz juga, Leyla semakin dekat dengan yang namanya Tuhan. Leyla mula menyertai usrah. Hal itu turut dia ceritakan kepada Faiz. Setiap kali habis usrah, dawrah dan bermacam lagi program dari bulatan kecil yang dipanggil usrah itu, dia kongsikan dengan Faiz.

Ada hari, Leyla bercerita tentang sirah para nabi dan sahabat. Ada hari, Leyla bercerita tentang ayat quran yang naqibahnya ceritakan kepadanya.

Semakin banyak cerita dan hukum dalam agama ini yang dia pelajari dan cuba dia aplikasikan dalam hidupnya.

Kata kakak naqibahnya, "Biadadari syurga yang paling cantik cemburu pada wanita dunia yang solehah."

Leyla bertanya, "Macam mana nak jadi solehah?"

Kakak Naqibah itu menyahut sambil tersenyum mesra, "Yang taat kepada Tuhannya, yang hormat kepada ibu bapanya. Yang berdamai dengan takdir hidupnya. Yang sentiasa bertawbat ketika melakukan dosa."

Malam itu, Leyla berendam dengan air mata. Dia perempuan, yang banyak dosa. Leyla pernah tak solat. Sampai pada tahap dia tidak tahu cara menunaikan solat. Leyla pernah malas nak mengaji quran. Leyla tidak banyak tahu tentang agama. Leyla pernah tinggi suara pada ibu bapa. Leyla pernah banyak mencarut. Leyla tidak mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradiknya. Leyla bukan anak perempuan yang baik. Leyla pernah tidak menjaga auratnya.

Malam itu, syahdu terasa ketika jiwa seorang menangisi dosa yang pernah dia lakukan sebelum ini. Terasa begitu tanah dan rendah. Terasa kerdil. Terasa begitu banyak dosanya yang menghimpit jiwa. Terasa begitu jauh seorang Leyla daripada fitrahnya sebagai manusia yang hidup memerlukan Tuhan.

Tuhan sebagai tempat bergantung. Tuhan sebagai tempat berharap. Tuhan sebagai tempat dia mendapatkan rasa hangat.

Tuhan, yang mencipta cinta.

Faiz. Lelaki itu sentiasa menjadi tempat Leyla menumpahkan rasa risaunya. 

Seperti biasa, nasihat Faiz selalu menyentuh hatinya. Ada gelojak yang membantu Leyla melangkah dan mendekati kebaikan. 

Sehinggalah pada hari ketika Leyla belajar tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perlahan, Leyla menjauhkan diri.

Masih berbalas mesej, tetapi tidak selancar persis kebiasaan mereka. Leyla mula membalas mesej Faiz dalam tempoh masa yang sangat lambat. Jika Faiz menghantar mesej suara nyanyian, Leyla tidak lagi membalas mesej suara nyanyian.

Akaun Instagram dia padam. Aplikasi plato juga dia buang. Perlahan-lahan, dia tinggalkan semua itu. 

Ada sedikit sakit yang merentap dada Leyla. Dia tidak mahu berjauhan dari lelaki itu, tetapi... Dia takut Tuhan juga. 

Ya, dia tidak sempurna. Tetapi tidak mungkin dia mahu melanggar semua hukum dalam bergama. Tidak mungkin.

Jika dia cuba menerangkan hal itu kepada Faiz, akan fahamkah lelaki itu?

Atau akan ada juga garit luka yang akan dia bekaskan pada hati lelaki itu?

Tetapi, dia juga sakit. 

Dia juga sakit...

Harus bagaimana, wahai Tuhan? Harus bagaimana?

Dia kalah dengan rasa rindu. Kadang-kadang, batas rindu mengakhiri percubaan gadis mentah ini untuk menjadi sebaik-baik wanita.

Nama faiz dicari sekali lagi.

Dia mahukan lelaki itu, tetapi batasan agama perlu dia jaga.

"Kau macam dah lain, Leyla. Kenapa? Hati kau dah berubah ke?"

Mata Leyla berair. Sumpah, Leyla tak berniat langsung mahu menyakiti perasaan lelaki ini. Tidak mungkin bagi seseorang yang mencintai pasangannya mahu menyakiti pasangannya. Biarpun pada perasaan. 

Tidak. Tidak ada detikan itu pada hemat Leyla.

Tetapi, wanita solehah harus mendahului Tuhannya dalam segala hal. Bahkan pada perasaan ini. 

Leyla memujuk hati, 'Mungkin bukan sekarang.'


Mesej balas ditekan, 
"Bagi aku masa untuk aku jaga agama dalam diri aku dulu, boleh?"

Leyla tahu, dia sedang melukai hati seorang lelaki yang ikhlas terhadapnya. Tetapi, Leyla juga sedang mahu menjaga hati yang cuma satu itu- untuk Tuhan. 

Lagipun, dia masih sekolah. Mentah. 

Belum masanya lagi rasa itu patut bercambah. Benar, pada waktu yang belum mencapai matangnya hadir; perasaan yang wujud adalah ujian. 

Manusia yang menyinggah adalah pelajaran.

Sakit tetapi manis. 

Dan sakit itu bukti, bahawa dia sudah pernah merasai cinta.

Leyla masih dengan janjinya. Hati itu, dia jaga. Sampai sekarang. Belum ada lelaki yang mampu mencapai tahap sangkut yang Faiz pernah capai pada kedudukan istimewa di dalam hatinya. 

Belum ada. 

Entah, mereka yang cepat berputus asa atau..., Leyla yang menutup ruang?

Tidak tipu, saban malam..., ada doa ang begitu tulus- Leyla semogakan kepada Tuhan. Cerita tentang dia dengan lelaki itu.

*Tamat imbas kembali.* 

'I'm in a field of dandelions,
Wishing on every one that you'll be mine, mine.'

Nafas ditarik dalam, hembusnya perlahan. Ada hal yang mencengkam perasaan, dia tahan. 

"Ya Allah, aku rindu dia." 
Bayang wajah maskulin lelaki itu terlayar seketika. Terakhir kali berbalas mesej ketika dia berumur 19 tahun. Waktu itu, Leyla sedang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Manakala Faiz pula sudah menamatkan zaman diplomanya dan menyambung degree.

Akhir berita yang Leyla tahu, Faiz menyambung Degree di Johor. Itu penghujung hubungan dalam cerita roaler coaster ini.

Hari ini, Leyla sudah berjaya menyambung degree nya di Kelantan. Semoga dia berjaya menghabiskan langkah ini dan menjadi muslimah bekerjaya nanti. In shaa allah, ameen. 

"Faiz, kau apa khabar?" Semoga, angin yang berlalu membawa pertanyaan khabar ini.

Sambung Leyla lagi,
"I try my best to be a women that can suit your standard."

"Selamat malam, Sang Jaka." Lafas terakhir itu dia tiup, persis meniup sebut bunga dandelion. Leyla suka bunga dandelion dan baby breath. Tetapi entah kenapa memori dia bersama faiz lebih mengingatkan dia tentang bunga dandelions.

Yang pada lanjut cerita, kuntum halus itu akan terpisah jua akibat hembusan angin. Apa mungkin akan bertemu lagi?

Entahlah. 

Ini bukan cerita cinta novel. Susah untuk Leyla letakkan ekspektasi seperti itu. Tetapi jujurnya, masih ada sisi kecil Leyla yang berdoa untuk pertemuan kembali. 

Siapa tahu?
Dengan izin Allah.

Kan?



-puisi,

Untuk Sang Jaka;
yang selalu aku tulis namanya di dalam puisi manisku,
Semoga masih ada ruang untuk kita.

Bunga di sini, 
Sedang rindu. - selalu.
Tetapi masih meratapi janji kepada Tuhannya.
Untuk menjaga hati.

Jaka, 
Bunga di sini;
Masih dalam fasa mengubati dosa lama.
Masih dalam fasa berusaha menjadi wanita soleha.
Masih dalam fasa belajar mencintai Tuhannya.

Wahai Jaka;
yang selalu Bunga rindu,
Apa kau masih tunggu?
Atau,
sudah habis kudrat dalam fasa terkuat penantianmu?

Apa masih ada,
Doa malammu, sujud hajatmu dan tasbih puji-pujianMu pada Tuhan?
Beecerita soal hari penyatuan kita nanti? 

Apa masih ada cinta dan hangat dalam hatimu, wahai jaka?
Untuk aku, si Bunga ini.

Jaka, Bunga rindu.



---
Kalau, cerita ini sampai pada pembacaan lelaki yang aku maksudkan. Semoga masih ada ruang untuk kita lagi, di masa hadapan. 

Cepat hadir ya?
Wahai Jaka. 

Sekadar membalas cerita ini pun tak apa. Andai sudah ada pilihan hati sendiri pun, 
Di sini sudah bersedia.
Khabarkan.

Dan aku berhenti menutup hati.
Berhenti menunggu.
Mungkin, ada yang lebih layak mendapatkan ruang menyentuh hati ini pula.

Sebab, bunga di sini-
sudah hampir mencapai titik lelah.

')

-Dhealoveth.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan